Arak Yolun yang berada di dalam jag besar sudah tinggal suku. Pelanggan pub beransur-ansur keluar dari pub kecil. Yang tinggal hanya Vlademir, Deathwing dan Merlin. Mereka mamai dan mabuk...
Pelayan pub hanya menggeleng kepala melihat mereka bertiga. Dia mengelap meja kayu yang tertumpah air arak. Merlin menongkat dagu sambil memegang arak di tangannya...
"Aku tak sangka Vlad..." Merlin berkata tiba-tiba lalu meneguk arak sekali lagi. Vlademir menyandar pada kerusi kayu.
"What...?"
"Lycans sudah beristeri...Haha, hidup ni memang tidak dapat diduga..."
"Apa maksud kau ni...?"
"Yelah...Lycans sayang sangat pada Illydia...Sehinggakan dia tak nak terima mana-mana gadis lain yang hadir dalam hidup dia...? Now, he got married...What the hell, man...?"
Vlademir tertawa kecil mendengar kata-kata si ahli sihir. Deathwing sudah lama terlelap berbantalkan lengan...
"Lycans cuma berlagak kental, Merlin...Sejujurnya...Dia cuma serigala biasa...Yes, he's such a strong wolf...But, kau tak tahu dia macam mana..."
"Hurmm...Lycans tak rapat sangat dengan aku, Vlad...Kau yang paling rapat dengan dia..."
"Kau nak tahu...Masa Illydia mati...Dia menangis..."
"Seriously? Aku tak pernah tengok dia menangis, Vlad..."
"Like i said...Dia cuma serigala biasa...Punya perasaan...Ada rasa takut dan sedih...Cuma dia tak tunjuk..." Vlademir membalas tenang lalu menyilangkan tangan ke dada.
Merlin menggosok belakang kepala. Riak wajahnya berubah...
"Vlad...Aku rasa bersalah pada dia..."
"Sebab kau hilangkan diri? Don't be, Merlin...Lycans sudah maafkan kau..."
"Hurmm...Kali terakhir aku jumpa dia...Aku bergaduh dengan dia, Vlad..." Merlin membalas lalu menekup muka dengan sebelah tangan. Vlademir memerhati gelagat si ahli sihir.
"Kau bergaduh dengan Lycans...? Sebab apa? Lycans tak pernah cerita pada aku pasal ni..."
"Aku marahkan dia...Sebab dia tak nak lepaskan aku merantau seorang diri..."
"Oh..."
"Aku silap, Vlad...Dia tak nak lepaskan aku...Sebab dia risaukan aku...He's one great leader..." Merlin berkata perlahan. Vlademir mengusap perlahan kepala Merlin.
"Tak mengapalah, Merlin...Lambat laun...Kita akan jumpa dia semula..."
"Haih, semua perkara ni terjadi selepas Illydia terkorban...Lycans bagaikan paranoid...Semua benda dia nak kawal..."
"Kau tak boleh salahkan dia...Dia cuba jaga kita, Merlin...Kalau takde Lycans...Kau fikir, kau masih bernafas sekarang...?"
Merlin terdiam mendengar kata-kata Vlademir. Rambutnya digosok perlahan kemudian mengeluh lemah.
"Haih...Kau tahu dia di mana, Vlad...?"
"Ntah...Lycans suka merantau...Aku tak pasti dia di mana..."
"Hurmm...Kalau boleh aku nak jumpa dia..."
"Haha, kau nak jumpa dia or bini dia...?"
"Bini dia..."
"Ceh, aku dah agak..."
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasiaMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...