Darah pekat menitis dari bibir lalu jatuh ke lantai. Nafas aku berombak kencang. Armor besi yang terlekap di dada, penuh dengan kesan tetakan.
Lazarus tersengih melihat aku keletihan di depan. Dia berdiri sambil merenung aku tajam. Langkah aku terasa longlai...
Damn it, he's so fucking strong! Dia bertarung tanpa henti selama 3 jam, dan dia tidak terasa letih...
Pedang aku hunuskan ke arah dia. Lazarus juga bersedia untuk bertempur. Darah terus menerus menitis dari bibir...
"Lazarus...Aku mengaku, you're one badass wolf i ever met..."
"Of course...Aku Pemburu Lagenda...Jika kau fikir aku lemah, kau memang salah..." Dia berkata selamba. Aku mengetap gigi.
AKU TAKKAN MENYERAH KALAH!
"Hiarghhhh!!" Aku memekik seraya meluru ke arah dia! Lazarus menahan serangan aku dengan armor besi di pergelangan tangannya. Matanya tertacap pada aku!
BAKKK!!
BOKKK!!
Dua tumbukan padu singgah tepat ke dada dan perut aku! Aku memuntahkan darah! Tanpa membuang masa, Lazarus menggenggam pedangnya dan dihunuskan ke arah aku!
PRAKK!!
Aku menjerit kesakitan apabila bilah pedangnya menembusi perut! Lazarus memusingkan badan...
BAKKKK!!
Tubuh aku berpusar-pusar dan terseret ke lantai apabila tendangan dia menghempas pipi! Perut aku tekup dengan sebelah tangan seraya bangun semula...
Erghh...Bisa tikaman pedang menyelinap ke seluruh urat saraf. Lazarus meluru ke arah aku!
PANGGG!!
PONGGG!!
Aku sedaya upaya mempertahankan diri! Tapi, serangan dia bagaikan ribut! Aku tercampak ke belakang dan menghempas tugu pahlawan serigala tatkala dia menendang muka!
Lazarus mengangkat pedangnya ke atas! Aura keemasan mula terhasil dari bilah pedangnya!
"Gallïo nō Pãræ!" Dia memekikkan kata mantera seraya menghalakan pedangnya ke arah aku!
Aku bingkas bangun dan melarikan diri apabila aura keemasan menghentam bagaikan kilat! Patung tadi hancur berkecai!
Lazarus mengejar aku dari belakang! Aku melompat ke atas birai tingkap dan mengelak serangan pantas dari dia!
TANGG!!
PANGGG!!
Kami berbalas tetakan! Lazarus berasak hebat! Nafas aku kian semput! Dia tersengih sinis!
BAKK!!
PRAKKK!!
Tendangan aku berjaya menghempas pipinya! Lazarus terhumban ke bawah dan dia bingkas memusingkan badan!
Pakk!!
Lazarus mendarat di tengah ruang dewan istana dan mendongak memandang aku! Aku mengangkat kedua bilah pedang ke atas dan aura hitam bercampur merah menyelubungi kawasan dewan!
"SPÌRITÖ ØF WÖLVĒSÊÆ!"
Pedang aku halakan ke arah Lazarus! Beratus ribu bayangan serigala menyerbu ke arah dia! Lazarus tersentak! Dia bingkas menahan serangan tersebut dengan pedang!
Tanpa membuang masa, aku meluru ke arah dia! Lazarus tersentak melihat tindakan pantas yang aku lancarkan!
PAKKKK!!
PRAKK!!
TANGGG!!
POKKK!!
Lazarus mengetap gigi menahan sakit apabila aku menghentam tubuhnya bertubi-tubi! Bayangan serigala juga menyerang dia bagaikan sekumpulan gagak meratah bangkai!
Suasana ruang dewan bergegar hebat! Angin bertiup kencang! Aku terus menyerang tanpa memberi peluang!
PRAKKK!!
PAKKKK!!
Tangan Lazarus terpisah dari badan! Dia terhumban di depan takhta Barathum! Aku mendarat seraya menghela nafas...
Lazarus bangun perlahan-lahan. Nafasnya tersekat-sekat. Aku bersedia untuk menyerang sekali lagi, namun Lazarus mengangkat tangan...
Dia menyerah kalah padaku...
"Enough, Lycans...Kau menang...Kau menang..." Lazarus berkata seraya berjalan ke arah tangannya yang terpotong tadi.
Aku memerhati gelagat dia. Hurmm...Dia menyerah kalah? Seriously?
Pap!
Pap!
Pap!
Aku menoleh ke arah takhta Barathum. Si dewa serigala menepuk tangan sambil tersengih. Aku menyisip pedang ke pinggang...
"Hebat...Kau hebat, Lycanstrophes...Kau boleh hasilkan aura serigala dari sange and yasha..." Dia berkata seraya bangun dari taktha. Loralyn bingkas mendapatkan aku...
"Kau memang layak bergelar lagenda, Lycanstrophes..." Barathum berkata bangga. Dia menghala jari telunjuknya ke arah aku.
"Arghhhh!!!" Aku memekik kesakitan apabila terasa belakang leher terbakar! Asap nipis dengan bau kulit terbakar menusuk ke rongga hidung...
"Dengan ini, aku gelarkan kau...The Legendary Hunter, Lycanstrophes..." Barathum berkata tenang. Aku menggosok belakang leher.
"Apa dia buat, Lora...? Its hurt as fuck!"
Loralyn memerhati belakang leher aku, kemudian dia tersenyum...
"Barathum berikan awak simbol..."
"Simbol...?"
"Ya, itu simbol lagenda...Jika musuh lihat simbol itu...Mereka akan terasa gentar dengan kau...Malahan, kau akan dihormati penduduk pekan...Thats is my gift for you, Lycanstrophes..."
Barathum berkata seraya mengukir senyuman. Aku menggosok belakang leher...
Hurmm, sekarang aku bergelar lagenda..? Seriously...?
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...