Dylan leka mengukir pemegang pedang tatkala aku melangkah masuk ke kedainya bersama Eilya. Keadaan sekeliling aku perhatikan lalu duduk di kerusi kayu.
"Dylan..." Aku menegur. Dylan menoleh seraya tersenyum. Alat pengukir dia letakkan ke sisi. Eilya turut tersenyum membalas pandangan dia.
"Aiden, Eilya...Haha, kenapa tak cakap korang nak datang...?"
"Saja singgah sini...Aku nak tanya pasal senjata pelik kau bagi pada Aeryz tu..." Aku membalas selamba. Dylan duduk berhadapan denganku.
"Pasal Gun? Benda tu namanya Gun! Revolver! Janganlah panggil benda pelik! Susah payah aku cipta benda tu tau tak!" Dylan merengus. Aku tertawa bersama Eilya.
"Yelah-yelah...Boleh kau beritahu aku macam mana nak guna revolver tu...?" Aku meminta lalu meletak beg kulit di atas riba. Eilya memerhati aku membelek isi beg tersebut.
Sepucuk revolver dengan ukiran serigala, aku letakkan ke atas meja kayu. Dylan mengambilnya sambil tersengih sinis.
"Macam mana nak guna benda ni, Dylan?" Aku menyoal. Dylan menghala revolver tersebut ke sebuah vase bunga.
BLAMMM!!
PRANGGG!!
Aku dan Eilya terpinga-pinga apabila vase bunga itu berderai! Bau belerang menusuk hidung. Hujung revolver mengeluarkan asap nipis...
What the hell happen?! Aku langsung tak nampak Dylan berganjak dari tempat duduk!
"Revolver ni boleh tembak peluru silver tepat ke sasaran, Aiden...Jika dengan pedang, kau kena serang dari jarak dekat...Tapi, revolver ni boleh serang dari jarak jauh..." Dylan menjelaskan padaku dengan nada bangga. Aku dan Eilya berbalas pandangan...
"Maksud kau, senjata ni boleh membunuh dari jarak jauh? Macam magic?"
"No magic...Its science...Technology...Aku bukan Merlin...Sihir bukan permainan aku..." Dylan membalas lalu meletak revolver tersebut ke atas meja.
Hurmm, tadi aku nampak Dylan tekan benda ni. Benda ni yang buatkan revolver ni berdentum...
"Itu namanya picu, Aiden...Dont pull the trigger...Kalau tak, kau akan bunuh Eilya..." Dylan menolak revolver tersebut dari dihalakan ke arah si musang. Aku termangu-mangu. Eilya memasamkan muka.
"Abang nak bunuh saya ke!? Grrr...!"
"Sorry-sorry, ehe.."
Aku meletak semula revolver tersebut ke atas meja. Eilya memeluk tubuh. Dia merajuk denganku. Ceh, bukannya aku sengaja nak halakan benda pelik tu pada dia...
"Aku yakin Aeryz boleh guna revolver ni...Plus, i make him another one..." Dylan berkata lalu meletak satu lagi revolver ke atas meja.
"Kau yakin Aeryz boleh guna benda ni, Dylan? Macam merbahaya je...?"
"Heh, kau nak anak kau bertempur tanpa senjata? Aeryz tak cekap bermain pedang...Ini satu-satunya senjata yang dia boleh gunakan..." Dylan menyindir halus. Aku menggosok belakang kepala.
Hurmm, entahlah...Aku ragu-ragu sebenarnya...
This things can insta-kill someone! Its dangerous as fuck!
"Dylan..."
Satu suara halus menegur tatkala kami asyik bersembang. Aku dan Eilya menoleh. Seorang gadis berambut blonde membalas pandangan kami.
"Ah, Emily...Masuklah..." Dylan mempelawakan dia masuk. Emily tersenyum lalu duduk di sebelah Eilya.
"Eh kejap, ni Emily yang abang cuba nak pikat tu kan?" Eilya menyoal sambil memerhati gadis tersebut. Aku tersentak.
"Mana ada abang nak pikat dia! Mengarut jelah!"
"Eleh, dah kantoi...Memanglah tak mengaku..."
"Eilya, you become annoying lately..." Aku membalas dengan nada geram. Eilya menekup mulut menahan ketawa. Aku menongkat dagu.
Ceh, masa bila pulak aku nak pikat dia ni? Aku cuba nak kenalkan dia dengan Dylan...
Eh, kejap...Macam mana dia kenal Dylan...?
"Kenalkan, Emily Honza...Tunang aku, Aiden..." Dylan berkata tiba-tiba. Aku dan Eilya tergaman.
Gadis itu tersenyum melihat kami tercengang...
"Thanks, Aiden...Disebabkan awak, saya kenal dengan Dylan..."
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...