CHAPTER 182 | RING OF FAITH

6.5K 387 9
                                    

"Gællårdó Lē Ãmræ!"

Aku memekikkan kata mantera seraya menghala tapak tangan ke arah seorang gadis. Dia melompat ke atas tiang kayu sambil menyeringai! Hembusan angin yang aku lancarkan tersasar!

Sheera bingkas mengambil sebutir kaca berbentuk bulat dari beg kulit! Aku meluru ke arah gadis tersebut sepantas mungkin!

"Kyaaa! Graaaa!" Gadis itu berdesir apabila butiran kaca meletup mengenai kepalanya! Dia terjatuh ke bawah, aku menangkap tubuhnya dari terhempas ke lantai batu!

"Lepaskan aku! This girl is mine!" Gadis itu menjerit kuat apabila aku memaut lehernya dari belakang! Sheera melekapkan tapak tangan ke dahi gadis tersebut...

"In the name of Lord Azgalor...Begone you, ghastly creature! Lã Mårœ Kæ Märvīn!" Sheera melafazkan kata azimat seraya menekan dahi gadis malang itu. Dia mula meronta kesakitan!

Asap hitam berkepul keluar dari mulut gadis berambut perang. Seekor ghast cuba melarikan diri apabila dia keluar dari tubuh  gadis sunti itu. Aku melepaskan pautan tangan.

"Azæraê!"

Aku menghembus api ke arah ghast tersebut! Dia terbakar serta-merta. Debu nipis berkepul naik ke udara. Aku dan Sheera berbalas pandangan. Suasana di dalam kuil tersebut hening seketika...

"Dah selesai ke, Drake...?"

"I think so... Sekor je kan yang rasuk gadis tu...?" Aku membalas pertanyaan Sheera sambil menggosok belakang kepala...

"Erghh...My head hurts so much..."

Kami berdua menoleh ke sisi apabila mendengar suara mengomel. Gadis tadi kembali ke sedia kala. Aku dan Sheera tersengih...

Heh, its done...


♎♎♎♎♎♎


Bunjut emas dilambung berkali-kali dari telapak tangan. Aku bersiul-siul sambil memerhati kawasan pasar Stormcloak. Sheera pula berjalan beriringan denganku. Dia juga memerhati barangan yang dijual di situ dengan pandangan selamba...

"Haha! Easy gold for us, Sheera...Ghast bukannya makhluk kuat sangat pun...Hahah!"

"Memanglah! Tapi, awak kenakan bayaran tinggi! Dasar mata duitan!"

"Lol! Gadis tu orang kaya, kan? Anak pedagang permata! Setakat 3k gold, apalah sangat..."

"3k gold cuma untuk seekor ghast? Harga seekor griffin pun tak semahal tu...!"

"Bla..Bla...Bla...Berleter la sampai esok, Sheera...Aku nak makan...Kehkeh!" Aku membalas lalu tertawa terbahak-bahak. Sheera menggelengkan kepala.

Kami terus berjalan ke depan, kemudian membelok ke sebelah kiri. Sebuah kafe tersergam di depan mata. Kami berdua terus masuk ke dalam. Sheera memilih untuk duduk bersebelahan dengan tingkap...

"Berikan satu jag arak Yolun...And, daging rebus madu dua pinggan..." Aku memesan seraya menyandar pada kerusi kayu. Pelayan kafe mengangguk kemudian beredar pergi. Pandangan Sheera tertacap padaku...

"Drake...Mana kita nak pergi lepas ni?" Sheera menyoal lalu menongkat dagu. Aku mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Butiran salji masih lagi turun tanpa henti sejak semalam...

"Ntahlah...Kita cari kontrak baru jelah...Aku rasa, ada kerja yang boleh kita buat kat sini..."

"Stormcloak bukannya pekan yang bergantung pada kuasa sihir, Drake...Lainlah kalau Milfgard ataupun Azeroth..." Sheera membalas perlahan. Aku merenung bunjut emas di atas meja...

Hurmm, 3k gold ni cuma mampu bertahan sehingga lusa. Yelah, duit penginapan, duit makan...

Mana cukup 3k gold untuk dua orang...

"Kita ke Milfgard la lepas ni...Apa susah...Aku dengar ada kontrak kat sana...Permaisuri Milfgard diculik hunter...Kalau kita boleh tangkap penculik tu, big rewards waiting..." Aku berkata selamba. Sheera mengangguk...

Makanan yang dipesan tadi, terhidang di atas meja. Kami berdua terus makan tanpa berkata apa-apa. Seusai makan, aku terus keluar dari kafe tersebut...

"Drake, tunggu kejap...Saya nak ke tandas..." Sheera berkata tatkala kami berada di tangga batu. Aku menggangguk...

Aku mengorak langkah ke depan sambil memerhati kedai-kedai yang berada di kawasan belakang Stormcloak. Pelbagai barang ada dijual dari situ. Dari posyen, binatang peliharaan sehinggalah ke cincin perkahwinan...

Cincin perkahwinan...

Langkahku terhenti di depan cermin kaca. Pelbagai bentuk cincin terpampang di depan mata. Sebentuk cincin berbentuk hati dengan permata merah, aku perhatikan lama...

Seumur hidup aku...

Aku cuma tahu hidup seorang diri. Hanya Lycans, Vlad dan Merlin yang sanggup terima aku sebagai kawan...

Sudah puluhan gadis aku pikat dan tidur bersama. Tapi, perasaan cinta tak pernah wujud pada mereka semua...

Tapi, Sheera...

She's different...

She make me feels secure...

Aku rasa tenang bila bersama dia...

Jari-jemariku menyentuh lembut permukaan cermin sambil terus memerhati cincin tersebut. Cuaca sejuk langsung tidak dihiraukan...

Maybe, my time has come...

"Maaf lambat, Drake...Hehe...Lama tunggu...?" Sheera menegur dari sisi. Aku tidak menoleh ke arah dia, sebaliknya pandanganku terus menerus tertacap pada cincin tersebut...

"Drake...? Kenapa ni?"

"Sheera...Aku rasa...Aku tahu apa aku nak buat sekarang...."

"Hurmm? What...?"

"Marry me..."

"Ha? What...?"

Aku tersenyum kelat kepadanya. Sheera termangu-mangu apabila aku menarik tangannya untuk masuk ke dalam kedai cincin tersebut...

"I said, will you marry me, Sheera Sheliny?"

Si gadis sihir terkebil-kebil apabila aku melutut di depannya. Cincin tadi disuakan kepada dia. Gadis bertelinga kucing menekup mulut melihat aksi kami berdua...

"Drake...What are you doing...?"

"Purposing my girl of faith..."

"Is this for real?"

"What? I'm not serious enough?"

"Yes...Yes i do...I accept your purposed..." Sheera membalas seraya menekup pipinya yang memerah. Aku tersengih sinis.

"Ok, you're one crazy wizard, Drake Deathwing..."

"Heh, well...I'm Deathwing..."

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now