CHAPTER 21 | BLOODLINES

8.6K 596 8
                                    

Aku berjalan bersama Eilya di koridor sunyi. Si musang kelihatan resah di sebelah aku. Telinganya condong ke bawah menunjukkan dia sedih. Ekornya meliuk perlahan...

Setelah 15 minit berjalan, akhirnya kami tiba di bilik pengetua. Merlin, Vlademir dan Ciry memandang aku dengan pandangan sayu.

'Hurmm...Sabarlah Aiden..' Vlademir menegur tatkala aku mahu membuka pintu. Aku hanya menggeleng kepala kemudian masuk ke dalam bilik mewah tersebut.

Aeryz, Euryca, Noah dan Arria duduk di kerusi bertatahkan emas di hadapan pengetua Gallowglass. Lycans dan Loralyn hanya memerhati mereka di sudut bilik.

'Aiden Lycans...' Lelaki berjanggut putih menegur apabila aku mendekati dia. Eilya pantas mendapatkan Euryca dan Aeryz.

'So...Apahalnya ni...?' Aku menyoal seraya memeluk tubuh. Si pengetua menyandar di kerusi kulit. Matanya memerhati aku...

'Anak kau buat hal lagi, Aiden...'

'Apa dia buat..?'

'Dia bergaduh di pasar...Habis gerai penduduk musnah... Tiga manusia cedera...'

'Hurmm....' Aku menjeling tajam pada si serigala apabila mendengar penjelasan si pengetua. Aeryz tertunduk, dia takut untuk bertentang mata denganku...

'Ini dah kali ketiga dia buat hal, Aiden...Dia malukan nama Gallowglass...Aku...'

'Kau nak buang dia...?' Aku memotong kata-katanya. Si pengetua mengeluh lemah. Dia seakan berat hati...

'Aku kena ikut peraturan, Aiden...Aku hormatkan kau dan lycans..Tapi...Rule is the rule..Aku tak boleh langgar...' Dia membalas perlahan. Aku hanya memerhati dia...

Hurmmm...

'Kau tak boleh bagi peluang lagi...?'

'Aiden...Jika aku bagi peluang...Penduduk Stormcloak akan fikir yang aku pilih kasih...'

'Just one more time...'

'Aiden...'

'Tak perlu merayu, Aiden..' Lycans mencelah. Aku menoleh ke arah dia. Si lagenda mengorak langkah ke arah aku...

'Lycans...'

'Keluarkan Euryca dan Aeryz dari Gallowglass... Mereka berdua tak layak nak belajar disini...' Lycans berkata dingin. Dari nada suaranya, aku tahu...Dia marah...

'Lycanstrophes...Aku tak bermaksud nak buat kau kecil hati...'

'Gallowglass busuk sebab cucu aku, bukan? Why bother? Aku dulu tak pernah belajar di sekolah mewah...I get stronger by myself...So, kau tak perlu nak rasa bersalah...' Lycans membalas selamba. Aku hanya memerhati gelagatnya...

Even the legends feel shamed...Haih...Aeryz ni memang bermasalah...

'Terpulanglah pada kau, Lycans...Do what you must do...' Si pengetua membalas. Lycans tersenyum sinis. Dia mendukung Euryca kemudian keluar dari bilik mewah...

Aku memberi tunduk hormat kepada pengetua kemudian keluar bersama Eilya dan Aeryz...

Noah dan Arria juga keluar mendapatkan Merlin dan Ciryla...

********************************************

'Aeryz...Kenapa ni...? Kenapa Aeryz bergaduh dengan Noah...?' Eilya menyoal lembut ketika kami mengemas barang di bilik Euryca.

Aku langsung tidak mengendahkan mereka. Lagi bagus aku layan si musang cilik dari layan si serigala yang banyak buat masalah...

'Hurmm... Aeryz yang salah ibu...Aeryz terlalu ikutkan emosi...' Dia berkata perlahan. Eilya mengusap perlahan pipinya...

'Anak ibu kuat kan? Aeryz kuat...Dont be sad...Ayah tak marah pun...' Eilya membalas seraya mencuit belakang aku. Aku menoleh ke arah mereka...

'What...?'

'Pujuk Aeryz ni...'

'Buat apa? Dia bergaduh kan? Berlagak kuat? What for? Sekarang dah kena buang...Haih...' Aku membalas dingin. Eilya memberi lirikan mata tajam kepadaku...

'Ayah...Aeryz minta maaf...Aeryz selalu buat masalah...'

'Yup! You're one big brat... Kau malukan ayah...'

'Ayah...Aeryz minta maaf...' Si serigala berkata dengan suara serak. Dia menahan airmata. Aku merenung dia dalam-dalam...

Haih...Dia...Sebijik macam aku...Langsung tak boleh kawal amarah...

'Haha! No need to be sad! Siapa perlukan Gallowglass? Ayah jadi kuat seorang diri! Ibu kau dari hutan! She's still strong woman! See? Sekolah ni tak penting...!' Aku berkata untuk menceriakan suasana.

Eilya tersenyum mendengar kata-kata aku. Euryca yang duduk di riba aku juga tersengih. Aeryz menggosok belakang kepala...

'Hurmm...Aeryz selalu malukan ayah...'

'Tak perlulah rasa bersalah...Aeryz anak ayah kan? Ayah tak kisah...You're Lycans bloodlines...'

'Ehe! Ayah!' Euryca menyampuk tiba-tiba. Pandangan aku beralih padanya. Si musang tersenyum simpul...

'Ya...? Ada apa sayang...?'

'Abang curi gold ayah!'

Aku tersentak mendengar kata-kata Euryca. Aeryz hanya tersengih memandang aku. Eilya pula menekup mulut menahan ketawa...

'Aeryz....Sini kau...'

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now