"OPPA duduk seorang sahaja di sini??? Boleh saya join sama?," tegur Emma bila dilihat abang yang handsome itu duduk seorang diri memandang kearah laut. Dia sudah tidak larat lagi mengejar teman-temannya yang lain yang telah pergi jauh meninggalkannya. Emma merasa letih dan kakinya sudah merasa sakit. Namun hendak duduk sendirian, dia merasa tidak seronok dan bila dia terpandang akan abang handsome itu duduk sendirian. Dia memberanikan diri untuk menegurnya. Emma pernah melihat lelaki itu berada di hotel pada hari dia dan temannya menginap hotel. Emma tidak lagi terserempak atau bertemu lagi dengan lelaki itu lagi selepas itu. Mungkin kerana lelaki itu juga sepertinya merupakan salah seorang penginap resort hotel ini. Emma tidak tahu apa keistimewaan lelaki itu maka dia begitu tertarik hati dengannya. Belum pernah Enma merasa benar-benar curious pada mana-mana lelaki sebelum ini. Selagi dia tidak menemui jawapannya, Emma tidak akan merasa senang hati. Melihatkan lelaki itu duduk bersendirian seakan memberinya peluang untuk mengenali lelaki itu. Emma secara zahirnya, seorang wanita yang agak pemalu. Dia tidak tahu kenapa dia boleh membuat perkara yang tidak pernah dia lakukan sebelum ini. Dan di mana dia mendapat keberanian untuk menegur lelaki itu.
Daniel menoleh bila ditegur.
"Oppa??? Sorry, I'm not Korean!," jawab Daniel lalu tersenyum memandang wajah wanita muda yang menegurnya tadi. Dia seakan pernah melihat wajah wanita itu. Mungkin wanita itu adalah salah seorang kumpulan para siswa yang datang bercuti dan tinggal di Resort Hotelnya.
"You aren't??? Really?? You look like one..," ujar Emma lalu tersenyum. Jarang sekali dia bertemu seorang lelaki berbangsa cina kacak seperti lelaki Korea. Hidung mancung nice features, wajahnya flawless sangat. Hendak di katakan dia memakai make-up tak ada.
Daniel mengelengkan kepalanya. Walaupun dia punya darah berbangsa Korea kerana ayahnya berbangsa Korean namun Daniel tidak pernah mengaku dan sering mengatakan bahawa dia orang Malaysia.
"So boleh saya duduk sini?," tanya Emma lagi bila lelaki itu tidak menjawab pertanyaannya tadi.
"Hmm...boleh tempat publik ni duduklah!," jawab Daniel lalu tersenyum. Dia tidak tahu mengapa wanita itu mahu duduk bersamanya sedangkan pantai ini besar dan banyak lagi tempat lain yang wanita itu boleh duduk, namun wanita itu memilih untuk duduk bersama dengannya.
"Tahulah tempat publik! Orang tanya boleh duduk join sama ke tak?," jawab Emma mengomel perlahan lalu melabuhkan punggungnya duduk berdekatan abang handsome yang di tegurnya tadi. Jarak di antara mereka lebih kurang semeter.
Daniel tersengih gelihati bila terdengar ngomelan wanita muda itu bila dia mengatakan pantai ini tempat publik dan sesiapa sahaja boleh duduk kerana ia tidak di kenakan bayaran apa-apa.
"Boleh...duduk sahaja!," jawab Daniel lalu menoleh kearah wanita muda yang menyindirnya tadi.
"Eh abang dengar eh komen saya?," jawab Emma terkejut bila lelaki itu membenarkan dia duduk bersama. Emma meletak sandalnya di sebelah kirinya.
"Adik rasa???," jawab Daniel lalu menoleh memandang wajah wanita muda yang duduk di sebelahnya. Dia terpegun melihat kecantikan wajah wanita itu.
Wanita itu tersenyum bila lelaki itu kelihatan terkejut sebaik sahaja memandang wajahnya. Emma melambaikan tangannya di hadapan wajah lelaki itu bila lelaki itu kelihatan khayal seketika.
"Kenapa bang macam nampak hantu aja??," ujar Emma melihat reaksi wajah lelaki itu kerana begitu ketara sangat dia kelihatan terkejut seperti ternampak sesuatu.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...