Part 49

29 4 4
                                    



BELLA memejamkan matanya rapat lalu tertidur kerana terlalu banyak mengalirkan air mata. Dia benar-benar merasa sedih dan keliru. Tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Benarkah apa yang terlintas di matanya itu adalah perkara yang benar-benar terjadi? Jika ia tidak benar, mengapa dia tidak dapat melenyapkan pemandangan ngeri dari ingatannya? Dia akan menangis lagi bila teringatkan wajah Damien yang terdampar lemah disisi dalam keadaan yang berlumuran darah. Bella merasa lemah tidak bermaya melihat keadaan Damien begitu.



Bella terjaga bila merasa seseorang menyapu air matanya perlahan. Bella memandang wajah lelaki yang sedang meribakan kepalanya. Damien tersenyum memandang wajahnya. Bella segera bangun lalu memeluk badan suaminya erat dan menangis lagi kerana tidak sanggup berpisah dengan suaminya. Damien mengusap belakang Bella perlahan dengan penuh kasih sayang. Dia membiarkan isterinya menangis sepuas-puasnya.



"Abang! Abang jangan tinggalkan Bella! Abang tak akan tinggalkan Bella bukan! Bella hanya ada abang sahaja di dunia ini!," rintih Bella perlahan dengan linangan air mata. Dia mencium pipi suaminya kerana merasa rindu lalu memeluk Damien erat seperti tidak mahu melepaskan lelaki itu pergi.



Damien meleraikan pelukan isterinya perlahan lalu memandang wajah isterinya dengan penuh kasih sayang. Sekali lagi dia menyapu air mata dari wajah Bella. Damien tidak berkata apa wajahnya kelihatan tenang dan asyik tersenyum.



Damien bangkit dari kerusi. Bella menarik tangannya tidak membenarkan lelaki itu pergi. Damien menyentuh tangan Bella, perlahan-lahan dia melepaskan tangannya dari Bella. Damien mengusap wajah Bella buat seketika lalu meninggalkannya pergi. Bella menjerit memanggil nama Damien namun lelaki itu pergi tanpa menoleh ke arahnya.



Bella menjerit lagi lalu menangis teresak-esak seperti anak kecil. Bella terjaga dari tidur dan menyedari dia hanya bermimpi. Namun mimpi itu dirasakan seperti mimpi yang benar berlaku pada dirinya. Dia merasakan bahawa suaminya Damien telah pergi jauh meninggalkannya.



****



DANIEL mengetuk pintu Bella namun tiada jawapan yang di terima. Awal tadi dia menerima panggilan kecemasan dari pembantu rumahnya Tini mengatakan penyakit Bella menyerang kembali. Sepeninggalannya siang tadi Daniel telah berpesan kepada semua pembantu rumahnya di dalam keadaan kecemasan mereka harus memberi Ibu Bella pil penenang yang dia sediakan. Dan jika ianya masih tidak menenangkan Ibu Tini. Mereka di kehendaki menghubungi ambulance. Tini memberi Ibu Bella pil penenang seperti arahan Bapak Daniel. Ibu Bella kembali bertenang setelah mengambil pil yang di beri dan keadaannya stabil seperti biasa.



Setibanya Daniel di rumah, dia terus ke bilik Bella. Namun dia dapati wanita itu sedang tidur dan Daniel tidak mahu menganggu Bella tidur dia mengambil keputusan untuk membiarkan Bella berehat. Namun setelah hampir ke petang Bella masih lagi tidak keluar dari bilik. Daniel menjadi risau lalu ke bilik Bella. Daniel membuka pintu kamar Bella perlahan. Di lihat Bella sedang duduk termenung jauh. Wajahnya di basahi air mata.

Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now