Part 9

42 5 7
                                    

3 tahun berlalu

LIAM membalas senyuman penyambut tetamu Hotel yang memberinya kad kekunci. Seperti yang di maklumkan. Semua persiapan penginapan telah di sediakan pembantu peribadinya. Dia hanya pergi ke destinasi dengan free mind tidak perlu khuatir apa-apa kerana semuanya sudah diatur. Pada awalnya Liam tidak mahu meneruskan agenda yang disediakan namun setelah di desak oleh Aida PAnya itu. Dia turutkan sahaja walaupun dia hanya separuh hati.



Liam menyentuh kad kekunci pada handle Suite 2010. Pintu di tolak lalu dia menarik beg luggage Mont blancnya yang bersaiz sederhana ke dalam Suite mewah Hotel tersebut. Liam tidak merasa hairan kerana dia sudah biasa menginap di Hotel-hotel terkemuka maka hiasan dalam suite 2010 sudah tidak memberinya kesan apa-apa. Liam menyeluk saku jaketnya lalu mengeluarkan handphone yang bergegar sedari tadi. Siapa lagi jika bukan Aida yang memberinya pesanan bertalu-talu akan jadualnya hari ini. Tanpa membaca pesanan yang di beri, Liam mencampak handphone di atas sofa. Dia menarik luggagenya kearah pintu yang memisahkan hall dengan kamar tidur. Dia menolak pintu sliding door seluas luasnya. Dia meletak luggagenya itu di sudut tepi lalu berjalan menuju kearah pintu balcony. Dia menolak langsir lalu membuka pintu balcony seluas-luasnya agar udara dan cahaya masuk ke dalam Suitenya. Liam menanggalkan jaket yang di pakai lalu di campak ke atas katil. Dia membuka cuff link lalu melipat kedua belah lengan panjang shirtnya ke paras siku. Butang baju shirtnya di buka satu. Liam berdiri di balcony memandang ke arah pantai yang terdampar cantik di hadapannya. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapu wajahnya. Nyaman rasanya. Liam memejamkan matanya.



*****



Emma mencapai bathrobe yang tergantung di luar pintu shower screen lalu di sarungkan ke badannya. Dia berjalan menuju kearah cermin. Mengelap wajahnya dengan tuala kecil. Dia mencapai hair dryer lalu mengeringkan rambutnya yang basah. Setelah rambutnya kering. Dia menyapu wajahnya dengan pelembap wajah agar kulit wajahnya menjadi segar. Emma membuka bag toiletries. Dia mencapai parfum Romance Raphl Lauren lalu di semburkan ke kulitnya. Emma mengikat satu rambutnya. Dia membuka masker dari bodyshop lalu di ratakan ke wajahnya. Dia menjaga kulit wajahnya kerana temu janjinya dengan orang istimewa hari ini.



Emma merasa teruja kerana dia tidak bertemu dengan lelaki itu 3 tahun lamanya. Kali terakhir dia membuat video call dengannya semasa dia berada di Australia. Selepas itu Daniel meminta dia menumpukan pengajiannya di Australia dan dia juga mengatakan kepada Emma bahawa dia sibuk dengan projek terbarunya dan tidak dapat meluangkan masa untuk Emma kerana dia berada di luar negara dan sentiasa bergerak ke sana sini dan tidak tentu masa, dia berjanji akan bertemu dengan Emma setelah dia habis pengajian. Emma mendengar nasihat Daniel dia tekun belajar kerana dia tidak mahu mengecewakan lelaki itu. Dan hari ini adalah hari yang dinantikan kerana dia akan bertemu dengan Daniel. Emma merasa sangat teruja. Dia rindukan lelaki itu. Sebaik sahaja tiba di Hotel mulutnya terasa ringan mahu bertanya kepada penyambut tetamu samada boss mereka berada di pejabat hari ini. Namun Emma menahan diri untuk berbuat demikian kerana dia akan bertemu dengan Daniel dalam masa 5 jam lagi. Dia mahu berehat seketika sebelum bersiap-siap bertemu dengannya.



Emma mencuci tangannya bersih lalu mengelap tangannya. Dia menuju kearah pintu lalu membukanya. Emma kaget sebaik sahaja dia membuka pintu, berdiri di hadapannya seorang lelaki tidak di kenali. Lelaki asing yang berdiri di hadapan pintu kamar mandi turut terkejut terperanjat bila menyedari ada orang lain di dalam Suite selain darinya.



Tanpa berfikir panjang Emma menolak lelaki itu sekuat tenaganya dan perbuatannya itu telah membuatkan lelaki itu jatuh terduduk. Emma membuka pintu wardrobe lalu mencapai hangar yang tergantung di situ. Dia mengacu hangar itu kepada lelaki yang jatuh terduduk tadi. Lelaki itu masih berada di posisi yang sama lalu memandang kearah wanita yang menolaknya tadi.



Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now