DANIEL ke bilik Bella awal pagi. Sudah menjadi rutinnya selama 3 tahun untuk mengejutkan Bella bangun. Namun dia merasa hairan bila dia mengetuk pintu Bella beberapa kali wanita itu tidak membuka pintu seperti biasa menandakan dia sudah sedar dari tidur. Daniel mengetuk pintu Bella sekali lagi masih tiada kedengaran jawapan dari Bella. Daniel menekan pemegang pintu lalu membuka pintu Bella perlahan. Bella tidak berada di katil tidurnya. Katilnya kelihatan kemas dan teratur. Daniel menuju kearah kamar mandi dan mendapati pintu kamar mandi terbuka dan tiada sesiapa berada di dalamnya.
Daniel segera keluar dari bilik Bella dan mencarinya ke dapur. Di dapur hanya terdapat pembantunya Saidah dan Laila sedang sibuk menyiapkan juadah sarapan pagi.
"Kamu berdua ada nampak ibu Bella?," tanya Daniel kepada pembantunya.
"Ibu Bella! Tidak!," jawab mereka berdua serentak lalu memandang sesama sendiri merasa hairan kerana bapak Daniel bertanya soalan pelik kepada mereka awal pagi begini.
"O.K.," jawab Daniel ringkas lalu keluar menuju kearah bilik ibu Avanya pula untuk mencari Bella. Pintu bilik ibunya di ketuk dan sebaik sahaja ibunya menjawab Daniel membuka pintu bilik ibunya. Puan Ava sedang duduk di depan dressing table sedang menyikat rambutnya rapi.
Puan Ava menoleh lalu memandang wajah Daniel dengan pandangan hairan kerana lelaki itu seperti mencari sesuatu. Dia merasa pelik Daniel ke biliknya awal pagi. Apa yang di carinya?
"Ibu! Bella ada datang ke bilik ibu??," tanya Daniel kerana Bella tidak berada bersama dengan ibunya.
"Bella?? Datang bilik ibu?? Tak ada? Eh Bella kemana???," jawab Puan Ava merasa pelik dengan pertanyaan Daniel. Sejak menantunya itu sakit. Bella tidak pernah datang ke bilik mencarinya kerana Bella tidak ingat siapa dia. Bella menyangka dia hanya menumpang tinggal di sini bersama Hayden. Namun Ava tidak merasa kecil hati kerana menantunya tidak sihat.
"It's ok ibu.., I think dia kat laman," ujar Daniel dengan suara bersahaja kerana tidak mahu ibunya risau bila dia bertanya dimana Bella kerana perkara sebegini tidak pernah berlaku. Daniel selalu ada bersama Bella.
"Are you sure???," tanya Puan Ava lalu bangkit dari kerusi. Berus sikat yang di gunakan tadi di letakkan di atas meja. Dia merasa tidak senang hati bila Daniel bertanya padanya di mana Bella.
"Ya, ibu jangan khuatir!," jawab Daniel memberi ibunya senyuman agar ibunya tidak mengesyaki apa-apa dan merasa risau. Daniel keluar dari bilik ibunya lalu menutup pintu perlahan.
Dia bergegas menuruni anak tangga menuju kearah halaman rumah di mana Bella selalu duduk ketika mereka berada di halaman. Bayang Bella tidak kelihatan duduk di sana. Daniel mula merasa risau. Dia mendaki anak tangga menuju kearah bilik Hayden. Daniel membuka pintu Hayden perlahan.
Dia merasa terkejut melihat Bella duduk di sofa sedang mendukung Hayden lalu menepuk badannya perlahan seolah-olah sedang menidurkan Hayden. Bella tidak pernah mengangkat atau mengendong Hayden selama ini. Dan ini merupakan kali pertama dia mengangkat Hayden dan membelainya dengan penuh kasih sayang. Daniel merasa sebak melihat Bella membelai Hayden.
"Abang!," ujar Bella dengan suara perlahan sebaik sahaja terpandang wajah suaminya di muka pintu. Dia bangkit perlahan dari sofa membawa Hayden lalu meletakkannya perlahan di atas katilnya. Dia menarik selimut lalu menyelimuti badan Hayden hingga ke dada. Sebelum dia berlalu sempat dia mengusap rambut Hayden perlahan.
"Bella buat apa-,"
Namun belum sempat Daniel menyempurnakan ayatnya Bella telah menutup mulut Daniel dengan tangannya lalu menolak badan Daniel perlahan agar lelaki itu keluar dari bilik Hayden. Daniel menelan air liurnya perlahan kerana tidak menyangka Bella akan berbuat demikian. Selamba sahaja perbuatannya itu. Bella menarik pintu bilik Hayden lalu menutupnya. Sebaik sahaja dia berbuat demikian. Bella tersenyum lalu melepaskan tangannya dari menutup mulut Damien.
"Shhh!!! Hayden tidur nanti dia terjaga!," ujar Bella tersenyum melihat wajah terkejut suaminya bila dia tiba-tiba menutup mulutnya.
Daniel berdiri kaget memandang wajah Bella tanpa berkelip. Dadanya berdegup kencang. Sudah lama dia tidak merasa perasaan seperti sedemikian. Daniel hanya pernah merasa begitu sekali, waktu pertama kali dia bertemu Bella 3 tahun dahulu dimana Bella menyangka dia adalah Damien suaminya. Bella selamba merangkul lengannya.
"Abang pergi morning walk sendiri! Sampai hati tak tunggu Bella!," ujar Bella dengan nada merajuk. Pagi tadi dia bangkit dari tidur Damien tidak berada di sebelahnya. Dia percaya Damien berjalan sendirian. Dia merajuk hati dan mahu lari bersembunyi agar Damien mencarinya. Dia terdengar suara tangisan Hayden dari biliknya. Anak kecil itu terjaga kerana mimpi buruk. Bella memujuk Hayden supaya jangan menangis dan menepuknya sehingga Hayden tertidur semula. Niatnya hendak merajuk dan lari bersembunyi dari Damien tidak berhasil kerana Damien sudah menjumpainya di bilik Hayden.
"Abang fikir sayang penat sebab itu abang tak kejutkan!," jawab Daniel memandang wajah Bella cuba menyembunyikan perasaan gugupnya. Dia tidak tahu mengapa. Aura Bella berlainan sungguh hari ini. Bella tidak seperti Bella yang di jaga 3 tahun dahulu. Bella di hadapannya Bella yang dikenali semasa dia menjadi isteri Damien dahulu. Wanita yang periang dan manja.
"Sayang tak penat, esok kita go on a morning walk together ya!," ujar Bella lalu berjalan meninggalkan Damien berdiri terpinga-pinga di hadapan bilik Hayden. Dia tidak tahu mengapa wajah Damien kelihatan sungguh comel setiap kali dia mengusiknya. Seperti lelaki yang di kenali dahulu sebelum menjadi suaminya. Bella seolah-olah telah jatuh cinta pada suaminya buat kali kedua.
****
Puan Ava merasa gelisah memikirkan kelakuan Daniel awal tadi. Dia tahu Daniel tidak mahu merunsingkan fikirannya. Dia percaya ada sesuatu yang Daniel cuba sembunyikan dari pengetahuannya. Puan Ava membuka pintu biliknya mahu ke bilik Hayden. Namun langkahnya terhenti bila menantunya Bella menuruni anak tangga lalu menyapanya dengan wajah ceria.
"Ibu!! Mari kita sarapan bersama-sama! Dah lama Bella tak bersarapan dengan ibu! Rindu rasanya!," ujar Bella lalu merangkul lengan Puan Ava mesra. Puan Ava merasa kaget bila Bella tiba-tiba menyapa dan merangkul lengannya mesra.
Puan Ava menoleh memandang kearah Daniel yang baru menuruni anak tangga. Daniel memandang wajah terkejut ibunya. Seperti ibunya, dia juga terkejut melihat perubahan personality Bella. Minda Bella kelihatan sihat. Bella seperti Bella yang mereka kenali dahulu. Wanita yang sihat periang dan manja. Namun Daniel tidak pasti samada Bella sudah pulih sepenuhnya. Namun dia merasa syukur wanita itu sudah mula ceria dan tidak seperti 3 tahun dahulu. Hanya dia berada di dalam dilema. Dia tidak sabar hendak menghubungi Dr. peribadi Bella dan memaklumkan kepadanya tentang perkembangan Bella. Jika Bella sudah benar-benar sihat dan jiwanya stabil. Daniel akan berterus terang pada Bella agar dia faham dan mengerti akan keadaan yang sebenar. Dia tidak sanggup lagi menyamar menjadi Damien dan mahu berterus terang kepada Bella. Dia merasa bersalah dan merasa tidak tenang kerana telah membohongi Bella bahawa dia adalah Damien. Daniel tidak berniat mahu mengambil kesempatan ke atas diri Bella. Niatnya hanya hendak membantu Bella dan membela nasibnya seperti yang telah dia janjikan kepada arwah Damien dahulu.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...