LIAM mengepit handphonenya di antara bahu dengan telinganya kerana sebelah tangannya sibuk menolak pintu manakala tangan kanan dia memegang sesuatu. Liam menyedari Suitenya kelihatan gelap dan hanya di temani lampu-lampu kecil di setiap penjuru bilik. Ini bermakna wanita ganas itu belum pulang ke bilik.
"Saya tak tahu macamana awak buat kerja Aida!," ujar Liam bila pembantu peribadinya tergelak bila dia menceritakan apa yang berlaku siang tadi sebaik sahaja dia check in Hotel. Beginilah bila pembantu peribadi tidak takutkan boss. Bukan dia hendak minta maaf dan lakukan sesuatu. Malah dia boleh gelakkan lagi kerana merasa lucu.
Liam meletak beg kertas di atas coffee table. Dia membuka jaket dan mencampaknya di atas sofa. Dia menghempaskan punggungnya di atas sofa. Namun dia bingkas bangun semula bila menyedari dia terduduk di atas sesuatu. Benda yang terdapat di atas sofa bergerak perlahan memberi tindak balas.
"Aida kita sambung esok saya dah penat nak berehat!," ujar Liam lalu mematikan talian. Dia meletak handphonenya di atas meja. Dia menyalakan lampu sisi yang terdapat di sebelah sofa. Sebaik sahaja dia menyalakan lampu tersebut dia dikejutkan dengan objek sebesar bantal guling berbungkus di atas sofa. Liam mencapai cushion kecil yang terdapat di hujung sofa lalu mengayunkan bantal itu kepada objek tersebut. Kelepuk!! Bunyinya.
"Sakitlah!!!," ujar Emma lalu duduk dia menyelak selimut yang menyelubunginya awal tadi bila lelaki bengang itu memukulnya dengan cushion kuat. Sakit betul hatinya di perlakuan begitu. Lelaki itu memang sengaja mencari kemarahannya.
Hampir hendak gugur jantung Liam bukan kerana terperanjat bila wanita itu tiba-tiba menjerit. Namun dia terperanjat melihat wajah wanita itu yang tidak serupa orang. Dengan wajah seperti hantu, eye liner dan maskaranya kelihatan comot. Wajahnya tidak terurus dengan rambutnya yang berselerakan seperti mad woman! Awal tadi bukan main cantik seperti bidadari ni dia tidak tahu bagaimana hendak samakan kerana hodoh sangat. Wajah Princess Fiona lagi mulia jika hendak di bandingkan dengan wanita ganas itu sekarang.
"Tidur sini kenapa?," marah Liam kerana bukan salah dia bila dia berbuat demikian. Ini sofa untuk orang duduk bukan untuk orang tidur.
"Habis tak ada tempat nak tidur tak kan nak tidur kat dalam toilet!," jawab Emma kasar bila lelaki itu memarahinya bila dia tidur di atas sofa.
"Eh kalau ye pun nak tidur sini. Tidurlah secara berhemah macam manusia bukan tidur macam hantu bungkus dengan muka serupa mad woman!," ujar Liam dengan wajah selamba sahaja dia mengutuk wanita itu.
"My name is Emma Elise Dominic, not mad woman Mr!!!," marah Emma bila lelaki itu memanggilnya Esah.
"Siapa Emma??? Layak mad woman aja! Emma isn't suitable for you!," sindir Liam lalu mencapai paper beg yang di bawa dari bertemu dengan tetamunya tadi lalu menuju kearah kamarnya. Pintu di antara ruang tamu dan kamar bilik di tutup rapat.
****
Liam terjaga dari tidur bila di ganggu bunyi seseorang membuka pintu kamar mandi. Dia menoleh kearah pintu kamar mandi. Emma keluar dari kamar mandi sambil menggosok perutnya perlahan lalu menuju kearah sofa di luar hall untuk sambung tidur. Liam mencapai handphonenya ingin tahu jam berapa. Jarum jam menunjukkan pukul 2.45 pagi. Liam meletak handphone di atas meja sisi lalu tidur semula kerana dia benar-benar penat dan mengantuk.
Liam terjaga semula bila alarm handphonenya berbunyi. Dia mencapai handphone lalu mematikannya. Dia memejamkan matanya semula buat seketika sebelum bangkit dari tidur. Dia bangun lalu duduk seketika untuk menyarungkan selipar hotel lalu berjalan menuju kearah kamar mandi dalam keadaan gelap. Kaki Liam tersandung sesuatu maka dia hilang pertimbangan diri lalu terjatuh tertiarap di atas lantai. Liam menyeringai kesakitan. Sakitnya bukan main. Liam menoleh ke kanan sekali lagi dia hampir terkena serangan jantung kerana Emma berada di atas lantai di kamar tidur dalam keadaan tertiarap. Dan wanita itu tidak sedar kerana dia kelihatan tidur tanpa gangguan walaupun dia telah menyepaknya tadi maka dia tersandung lalu terjatuh. Liam segera duduk lalu meletak hujung jarinya di hidung wanita itu untuk memastikan dia masih bernafas. Setelah menyedari wanita itu masih bernafas dia menggelengkan kepalanya perlahan kerana merasa lega wanita itu masih bernyawa dan dia tidak berhadapan dengan masalah. Pertama kali dia bertemu dengan wanita perangai seperti itu. Boleh pula dia tidur macam tu.
Liam menggoyangkan bahu wanita itu. Wanita itu tidak bergerak. Susah betul hendak mengejutkan wanita itu kerana sewaktu dia menggoyangkan bahu wanita itu bukannya perlahan.
"Hei Bangunlah!! Haizzz! Kau memang suka tidur mana-mana ke?," marah Liam kerana disebabkan wanita itu dia terjatuh tadi. Nasib baik dia tidak terjatuh terhempap wanita itu. Jika dia terjauh atas badan wanita itu mahu sesak nafas wanita itu di buatnya nanti.
Emma membuka matanya perlahan bila terdengar seperti suara orang memarahinya pagi-pagi. Matanya di besarkan bila wajah yang di lihat adalah lelaki Shrek itu. Apa dia mahu buat padanya?? Emma segera bangun lalu duduk. Dia baru menyedari bahawa dia tertidur di atas lantai kamar bilik lelaki itu. Emma mengaru kepalanya yang tidak gatal cuba mengingati apa yang telah berlaku semalam maka dia tidur di lantai.
Liam malas hendak bertanya mengapa dia tidur di lantai. Mungkin memang hobi wanita itu suka tidur di sofa dan di lantai. Liam bangkit lalu berjalan perlahan menuju kearah kamar mandi. Namun dia merasa terkejut bila tertiba ada tangan menarik bajunya dari belakang kuat maka dia terdorong ke belakang. Belum sempat Liam menoleh wanita itu sudah meluru masuk ke dalam kamar mandi lalu mengunci pintu. Perbuatannya itu membuatkan Liam merasa pelik dan berfikir adakah lelaki yang suka pada wanita sepertinya? Liam tidak menafikan wajah wanita itu cantik. Hanya dia tidak percaya ada lelaki yang boleh faham dengan perangai kalut wanita itu.
"Sorry!! I sakit perut!," jerit wanita itu dari dalam kamar mandi.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...