SOPHIA berdiri di hadapan pintu Suite Liam lalu menekan loceng pintu. Liam membuka pintu bila loceng di bunyikan. Dia membuahkan senyuman kepada Sophia. Wanita itu hanya tersenyum bila Liam mendengar kata dan pulang ke Suitenya. Suit yang dipakai awal tadi sudah di ganti kepada t-shirt putih dan jeans lusuh. Liam kelihatan santai dengan pakaian kasual.
"Welcome to my home!," ujar Liam lalu memberi curtsy kepada Sophia.
Sophia menggelengkan kepalanya perlahan dengan perangai Liam yang keanak-anakan. Dia tidak percaya lelaki itu berusia 35 tahun kerana perangainya seperti anak-anak yang berusia 5 tahun lagaknya. Sophia melangkah masuk ke dalam Suite Liam. Suite Liam luas dan cantik. Punya ruang tamu. Ruang makan. Kitchen dan 2 bilik tidur. Liam practically live in the Hotel kerana dia tidak mempunyai rumah dan keluarga yang menetap disini maka dia mengambil keputusan untuk tinggal sahaja di Hotel. Lagipun mudah untuk dia standby di Hotel sekiranya staff Hotel memerlukannya.
Sophia melabuhkan punggung di atas sofa begitu juga Liam.
"Madam Sophia would you like to drink while we set up your lunch?," tegur Bakri butler yang bertugas melayan makan tengahari mereka hari ini.
"I'm good!," jawab Sophia ringkas. Dia tidak mahu minum apa-apa sebelum makan tengahari.
"How about you sir?," tanya Bakri kepada MDnya.
"I'm good too! Thank you!," jawab Liam lalu bangkit dari sofa lalu menuju kearah piano lalu duduk di bangku. Dia membuka penutup kekunci piano.
Butler Bakri menganggukkan kepalanya perlahan lalu menuju kearah kitchen. Di kitchen terdapat seorang lagi waitress yang akan membantunya menghidangkan makanan tengahari kepada Puan Sophia dan MDnya.
"You mind if I play??," tanya Liam lalu memandang ke wajah Sophia yang berada di sofa sedang memerhatinya.
"Please, I don't mind hearing some music!," jawab Sophia lalu tersenyum. Dia tidak tahu bahawa Liam pandai bermain piano kerana di Suite yang Liam tinggal memang menyediakan piano untuk tetamu.
"Any requests??," ujar Liam lalu warm up dengan menekan kekunci piano randomly. Dan ia memekakkan halwa telinga dan tidak sedap di dengar. Benar-benar out of tune!
"Are you sure you know how to play the piano??," ujar Sophia lalu tersenyum bila lelaki itu menekan-nekan butang piano randomly dan bunyinya sumbang seperti kanak-kanak bermain piano tanpa sebarang tune!
"I'm not sure myself!," jawab Liam tersenyum lalu berhenti menekan butang piano. Dia meletak jarinya di kunci piano. Namun tidak menekannya.
Sophia ketawa gelihati bila Liam mengatakan dia sendiri tidak pasti samada dia boleh bermain piano. Liam seorang lelaki yang carefree. Tidak peduli apa yang orang komen tentang perangai gila-gilanya. Dia buat apa yang dia suka. Tidak merasa kisah dan malu. Perks of having good looks and being charming. Maka apa yang dia buat semua orang pandang cute and adorable.
Liam tersenyum bila Sophia mentertawakannya. Dia masih menekan butang piano mengikut sesuka hatinya dengan nada sumbang! Setelah puas menekan-nekan kekunci piano sesuka hatinya. Dia berhenti lalu meletak jarinya ke kekunci yang sepatutnya.
"This is for you!," ujar Liam lalu menekan kekunci piano dengan effortlessly. Dia memainkan sebuah lagu yang dia sukai semasa dia berada di States dahulu. Nada dan iramanya sungguh merdu dan mengasyikkan. Sudah lama dia tidak menekan kunci piano kerana dia tidak punya audience yang dapat mendengar dan menikmati alunan piano yang di dendangkan. Jadi bila Sophia berada di Suitenya dia terasa gian mahu bermain piano dan dia punya penonton.
Sophia merasa terkejut bila Liam sebenarnya pandai bermain piano dan lagu yang dimainkan tidak pernah dia dengar sebelum ini. Namun iramanya sungguh merdu dan mengasyikkan. Sophia bangkit dari sofa lalu mendekati Liam yang sedang bermain piano. Dia ingin lihat lelaki itu bermain piano.
Liam beralih sedikit agar Sophia dapat duduk sama di bangku bersebelahan dengannya. Sophia duduk di sebelah Liam sementara lelaki itu bermain piano. Dia merasa kagum melihat kehandalan dan kemahiran Liam bermain piano.
"Do you know how to play piano??," tanya Liam lalu menoleh kearah Sophia. Jarinya masih ligat mengetuk kekunci piano.
"I tahu sikit-sikit sahaja! Chopstick boleh lah!," jawab Sophia ketawa kecil bila Liam bertanya padanya samada dia tahu bermain piano.
Liam tersenyum bila Sophia berkata demikian lalu menukar irama dan kini dia memainkan irama Chopstick pula mengunakan tangan kirinya sahaja dan dia meminta Sophia menekan kunci piano di sebelah kanannya. Pada awalnya Sophia keberatan kerana sudah lama dia tidak menyentuh piano dan tidak tahu samada dia boleh bermain lagi. Namun bila Liam mencapai tangan kanannya lalu di letakkan di piano, Sophia menekan kekunci piano memainkan irama Chopstick! Dan dia mula merasa seronok kerana irama yang mereka mainkan sungguh harmoni di mana Liam mengunakan high key note dan dia pula mengunakan low key note.
Sebaik sahaja mereka berhenti mengetuk kekunci piano. Butler Bakri dan pembantunya Huda menepuk tangan kerana mereka juga terhibur dengan persembahan mereka. Liam bangkit dari bangku lalu menundukkan badannya tanda terima kasih kerana menerima tepukan dari audiencenya. Sophia turut memberi tepukan kepada Liam kerana dia benar-benar tidak menyangka bahawa lelaki itu sungguh berbakat.
****
SOPHIA mencapai cawan berisi coffee lalu di teguk perlahan. Lunchnya dengan Liam hari ini berlainan dari lunch biasa kerana dia di hiburkan dengan pianist berbakat bernama Liam. Tidak sia-sia dia meminta PAnya Ria menguruskan makan tengahari mereka di Suite Liam. Makan tengahari mereka pada hari ini tidaklah bosan seperti selalu. Selama dia keluar makan dengan Liam topik yang di bualkan hampir sama tentang kerja dan mereka tidak menyentuh langsung tentang perkara selain dari kerja.
"Do you enjoy lunch today?," tanya Liam lalu meneguk kopinya perlahan. Dia bangkit dari sofa berjalan kembali ke bangku piano namun kali ini dia tidak menyentuh piano dan hanya duduk di situ. Dia tidak boleh duduk di sesuatu tempat lama kerana dia akan merasa restless. Jadi dia suka berpindah satu tempat ke satu tempat. Oleh kerana tabiatnya begitu, pejabatnya terdapat pelbagai sudut kerana Liam tidak suka duduk di kerusi pejabat sahaja. Dia punya sofa panjang. Sofa massager dan juga sudut meja kecil dimana dia boleh mengadakan meeting kecil.
"Yup!! We should do this more often!," jawab Sophia lalu tersenyum.
"Ya, we should!," jawab Liam tersenyum lalu memandang cawan kopinya yang telah kosong. Dia bangkit dari bangku piano berpindah ke sofa semula lalu meletak cawan kosong di atas meja. Dia memandang wajah Sophia.
"Kenapa you berdua tak berkahwin??," tanya Liam lalu memandang wajah Sophia ingin tahu akan jawapan akan pertanyaannya. Dia berharap Sophia faham akan soalannya itu.
"Dia yang tak hendak teruskan!," jawab Sophia perlahan faham akan soalan yang Liam ajukan kepadanya. Liam bertanya mengapa dia tidak berkahwin dengan temannya.
"So it's him?...not you??," tanya Liam lagi.
"Did he tell you I didn't want to marry him? I can't believe he told you that!," ujar Sophia cuba menahan rasa sebak bila Liam mengingatkan dia pada rakan seniaganya dahulu dan juga bekas tunangannya.
"Do you still love him??," tanya Liam lagi ingin tahu.
"I still do! Anyway it's all in a past! I have moved on!," jawab Sophia perlahan tanpa memandang wajah Liam. Terus terang dia masih sayangkan lelaki itu. Hanya mereka berdua tidak ada jodoh. Dan lelaki itu telah meninggalkannya. Walaupun pertunangan mereka singkat namun kenangan bersama lelaki itu akan tetap menjadi memori indah buat dirinya.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...