EMMA meletak pinggan di atas meja. Matanya melilau mencari kelibat seseorang di dalam restoran. Dia percaya ini adalah restoran yang abang yang di temuinya semalam kerana pakaian seragam mereka serupa. Namun kelibat lelaki itu tidak kelihatan di mana-mana. Semalam dia bertemu dengan abang Daniel jam 4.00 petang. Katanya waktu bekerjanya sudah berakhir. Bermakna waktu sekarang jam 9.00 pagi. Waktu abang Daniel mula bekerja.
Adila memandang wajah temannya dengan wajah hairan. Dia perhatikan sedari tadi temannya itu kelihatan seperti cacing kepanasan. Tidak betah duduk diam. Matanya sentiasa melilau seperti mencari seseorang. Siapa yang di cari Emma? Tadi sahaja Emma suruh dia bersiap cepat kerana mahu bersarapan di restoran resort. Selalunya Emma mahu mencari sarapan di luar kerana katanya sarapan dia hotel tak seronok. Tapi hari ini lain pula ceritanya kerana dia beria-ia mahu makan di restoran.
"Eh!! Kau cari siapa?," ujar Adila lalu menepuk tangan Emma bila wanita itu menoleh ke kiri dan kanan mencari seseorang.
"Cari abang yang aku jumpa semalam!," jawab Emma sambil lewa lalu memandang kearah pelayan lelaki yang berjalan menuju kearah mejanya.
"Abang semalam?? Huh? Siapa?," ujar Adila dengan wajah keliru. Siapa yang Emma bertemu semalam? Bukan mereka berdua jalan bersama ke? Bila ketika Emma bertemu dengan seseorang.
"Excuse me!," tegur Emma kepada pelayan lelaki yang berada di sebelah meja.
"Yes?," jawabnya bila pelanggan wanita cantik itu memanggilnya.
"Daniel tak on duty ke hari ini?," ujar Emma kepada pelayan lelaki itu. Dia percaya mereka mengenali antara satu dengan lain kerana berapa ramai sangat pelayan restoran kan.
"Daniel?? Kita tak ada staff banquet nama Daniel!," ujar Khairul lalu mengerut dahinya cuba mengingati samada staff yang bernama Daniel itu bekerja di departmentnya kerana Khairul kenal semua rakan sekerjanya termasuk supervisor dan manager malam. Belum pernah dia terdengar nama seperti yang di sebut pelanggan wanita itu.
"Restoran ni sahaja yang uniform warna coklat gelap kan! Restoran lain tak?," ujar Emma bila lelaki itu mengatakan tiada pekerja bernama Daniel. Masakan dia tersalah dengar nama abang semalam itu. Dia belum pekak lagi. Dia percaya lelaki itu menyebut namanya Daniel.
"Ah ya! Cuma restoran ini sahaja! Sekejap. Alice kita ada staf nama Daniel tak?," ujar Khairul kepada Alice teman sekerjanya.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...