Part 64

29 4 2
                                    



LIAM meletak pinggan berisi makanan yang di ambilkan buat Emma di hadapannya. Emma merasa serba salah bila Liam mengambilkan makanan untuknya sedangkan dia boleh sahaja mengambilnya sendiri. Emma merasa tidak selesa kerana perbuatan Liam di perhatikan ahli keluarganya. Emma hanya pekerja di Hotelnya namun cara layanan Liam berikan kepadanya istimewa.



"Eh Mr. Liam I boleh ambil sendiri!," ujar Emma lalu menoleh kearah Liam.



"Of course I tahu you boleh ambil sendiri!! But you are my guest today. Sesekali dapat layanan istimewa dari boss you apa salahnya," ujar Liam dengan wajah selamba lalu tersenyum dia duduk di kerusi sebelah Emma.



"Ah Emma auntie tahu si Dylan ni suka menyakat!! Biarkan sahaja dia layan bukan senang nak dapat layanan dari dia, Dylan boleh tolong ambilkan mummy fruit punch??," jawab Puan Ava lalu tersenyum mesra sengaja dia mahu bermanja dengan Dylan kerana sudah lama dia tidak bermanja dengan Dylan.



"Baik Puan Ava!," ujar Liam lalu bangun dan pergi mendapatkan air fruit punch yang dihendaki mummynya. Dia menuju kearah sudut dessert dan fruit punch.



Melihat Liam bangun pergi mendapatkan air buat mummynya. Daniel turut bangun dari tempat duduknya. Dia menuju kearah Liam tuju. Daniel mencapai sebiji gelas lalu berdiri di sebelah Liam. Liam menoleh bila dia merasakan ada seseorang berdiri di sebelahnya. Dia dapat merasakan Daniel berdiri di sebelahnya.



"Give me your glass!," ujar Liam lalu menghulurkan tangannya.



Daniel menyerahkan gelas itu kepada Liam. Liam mengisikan gelas kosong itu dengan fruit punch.



"I didn't know that Emma bekerja di Hotel kita! I was quite surprised when you told me that she's one of our Banquet managers!," ujar Daniel lalu mencapai gelas yang sudah diisi dari tangan Liam.



"I'm surprised too that you know Emma!," jawab Liam lalu menyeluk tangan kirinya ke dalam saku seluarnya. Semasa Bella memperkenalkan Emma kepada keluarganya tadi. Daniel akui mengenali Emma begitu juga Emma namun mereka tidak mengulas panjang bagaimana mereka mengenali diantara satu dengan lain. Daniel dan Emma tidak menyembunyikan fakta bahawa mereka kenal di antara satu dengan lain. Namun mengapa Liam merasakan bahawa hubungan mereka berdua bukan hanya kenalan biasa? Dia dapat melihat ke tidak selesaan diantara Emma dan Daniel tadi walaupun mereka cuba menyembunyikan dari mummynya dan Bella, mereka berdua tidak akan tahu, namun Liam seorang lelaki yang cekap menangkap sesuatu.



"I know many people Liam!!," jawab Daniel lalu menepuk lengan Liam bila Liam mengatakan dia merasa agak terkejut bila dia mengenali Emma.



"Sorry I'm a fool for being surprised!! I'm sure you've met and know a lot of people! What am I thinking!!," jawab Liam tersenyum lagi menyedari kesilapannya. Sudah tentu Liam kenal ramai orang kerana dia seorang usahawan dan Hotelier. Daniel bertemu dengan pelbagai orang. Tapi Emma lain! Dia dapat merasakan Emma bukan kenalan biasa-biasa sahaja. She's different and he can tell! Dia begitu kenal Daniel. Daniel bukan sepertinya, seorang lelaki yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Daniel tidak mudah mesra. Sedangkan teman baik dan mantan tunangnya dahulu mengatakan Daniel uptight!



Daniel menelan air liurnya perlahan bila Liam berkata demikian. Dia tahu Liam tidak begitu yakin dengan jawapannya tadi, namun Liam tidak mahu bertanya lebih lanjut akan hubungan dia dengan Emma. Daniel sendiri ingin tahu akan hubungan Liam dengan Emma! Adakah hubungan mereka benar-benar majikan dengan pekerja atau lebih dari itu? Namun ianya sukar bagi Daniel untuk membaca hati Liam kerana peribadi yang dimiliki adiknya itu. Liam tidak pernah membenarkan sesiapa membaca apa yang berada di fikirannya dan dia tidak sesekali akan menunjukkan perasaannya yang sebenar kepada orang yang disayanginya walaupun ia akan memakan dirinya sendiri.



Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now