DANIEL tersenyum bila membaca pesanan ringkas yang di terima dari Danish memberinya report mengenai seorang pelanggan wanita yang datang mencarinya di restoran. Emma bidadari yang dia temui semalam mencari dan bertanyakan tentangnya. Dia tidak menyangka Emma mencarinya kerana sangkanya Emma akan lupa padanya sebaik sahaja mereka berpisah semalam. Daniel menjawab telefonnya sebaik sahaja menerima panggilan dari VVIP1. Sudah lama VVIP1 tidak menghubunginya.
"Hello Brother!," jawab Daniel senyuman tidak lekang di bibirnya setiap kali menjawab panggilan telefon dari VVIP. Sudah lama VVIP itu tidak menghubunginya mungkin sibuk enjoying life.
"You sound chirpy!," jawab lelaki yang diberi gelaran VVIP. Sungguhpun mereka berjauhan dan jarang sekali bertemu. Belum pernah dia mendengar Daniel kedengaran begitu gembira bila menyambut panggilannya.
"Of course jawab panggilan telefon dari VVIP mesti ceria!," jawab Daniel dengan nada suara ceria kerana dia benar-benar merasa gembira. Dia tidak tahu mengapa. Dia tidak rasa dia gembira kerana menerima panggilan telefon dari VVIP. Tapi dia gembira kerana sebab lain.
"Is everything in order?," tanya VVIP kepada Daniel.
"So far so good! Don't worry! See you next month!," ujar Daniel ingin segera mematikan talian bila dia ternampak kelibat bidadari semalam yang di temuinya itu baru keluar dari restoran bersama teman sebiliknya.
"O.K. stay healthy and be well!," ujar VVIP sebelum meletak telefon. Dia tahu Daniel pasti mahu mematikan telefon segera kerana lelaki itu sungguhpun tidak sihat. Dia masih mahu bekerja dan active seperti selalu.
"Will do brother! You take care too!," jawab Daniel lalu mematikan talian. Dia menyimpan handphonenya di dalam poket lalu berjalan menuju kearah bidadari yang bernama Emma. Daniel pura-pura tidak nampaknya kerana dia mahu Emma menegurnya dahulu.
Emma berjalan perlahan menuju kearah lif lobby sedangkan Adila sibuk berceloteh menceritakan kepadanya akan pengalamannya pergi treking bersama teman-temannya yang lain semalam. Emma tidak turut serta kerana dia merasa tidak sedap badan dan mengambil keputusan untuk berjalan bersiar-siar di pantai sahaja. Dia tidak menyangka dapat berkenalan dengan abang 'Daniel'.
Emma memandang ke hadapan matanya tertancap ke arah lelaki yang di cari di restoran tadi. Dia menarik lengan Adila berjalan pantas menuju kearah Daniel sebelum lelaki itu hilang dari pandangannya.
"Abang Daniel!," tegur Emma lalu menepuk lengan lelaki itu kerana lelaki itu tidak perasan akan dia.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...