EMMA terbatuk-batuk kecil tersedak ketika minum air putih. Dia segera mencapai tisu yang berada di hadapannya lalu mengelap bajunya basah akibat tersembur air tadi. Issk siapalah yang menyebut namanya sehingga dia tersedak begitu.
"Hai sis ni mesti orang jauh sebut ni!," usik Aishah bila managernya tersedak ketika minum air tadi.
"Tulah tak boleh sebut selepas orang minum air ke! Sakit dada di buatnya!," jawab Emma mengelap uniformnya yang basah dek terkena air tadi. Siapalah yang menyebutnya. Hendak kata mummy dan daddynya tak mungkin kerana awal tadi dia ada menghubungi mereka bertanya khabar. Siapa pula yang menyebutnya. Haizz!
Aishah menepuk tangan Emma perlahan bila dia lihat MD mereka masuk ke cafeteria. Lama juga dia tidak nampak MD mereka masuk ke Cafeteria makan bersama. Mungkin dia sibuk dan tidak punya masa untuk turun ke Cafeteria. Hari ini, lelaki itu sendirian tanpa di temani PAnya. Emma pura-pura tidak berminat memandang kearah MD mereka kerana dia sememangnya tidak mahu ambil tahu tentang lelaki itu sejak kejadian di mana lelaki itu mengatakan bahawa dia berminat padanya. Emma ingin membuktikan kepadanya bahawa dia tidak berminat pada lelaki itu dan lelaki itu hanya perasan sendiri.
Emma mencapai sebiji anggur di traynya lalu menyuapkan ke dalam mulutnya. Dia mengunyah anggur perlahan. Dia sedikit tidak memandang kearah MD mereka ketika lelaki itu mengambil makanan dari kaunter. Dia pura-pura berminat mendengar cerita Aishah dan Fatin bila mereka berdua bergosip mengenai salah seorang teman mereka yang mempunyai kekasih dari department lain. Dari ekor mata Emma dia dapat melihat lelaki itu melintas di hadapan meja mereka. Lelaki itu menoleh memandang ke arahnya namun Emma sengaja tidak memandang ke arahnya. Melihatkan Emma tidak perasan padanya dan sedang sibuk mendengar perbualan teman sekerjanya. Lelaki itu tidak menegur lalu duduk di salah sebuah meja tidak jauh dari tempat mereka duduki. Emma tersenyum kerana merasa puas hati dapat membuktikan kepada lelaki itu bahawa dia tidak berminat langsung pada dirinya.
Emma menoleh sekilas kearah di mana Liam duduki. Dilihatnya lelaki itu sedang menyuapkan sup mushroom ke dalam mulutnya sambil membaca sesuatu dari handphonenya. Lelaki itu hanya mengambil semangkuk kecil mushroom sup berserta baquette dan dessert. Is he on a diet?? Bisik hati kecil Emma. Emma membuka penutup dessert yang di sediakan cafeteria. Suji Arab. Dia mencapai sudu kecil mencedok sedikit suji Arab lalu di masukkan ke dalam mulutnya. Enak sungguh kerana dessert suji memang sedap lemak dan ia juga dessert kegemaran Emma.
Setelah hampir beberapa minit Emma memusingkan badannya perlahan untuk melihat kearah Liam. Namun dia tidak mahu menunjukkan begitu ketara bahawa dia mahu memandang kearah Liam sebaliknya dia berpura-pura menggeliat kecil. Lelaki itu sudah menghabiskan roti baquette dan supnya. Namun dia masih sibuk membaca sesuatu dari handphonenya tanpa mempedulikan keadaan di sekelilingnya. Tanpa melepaskan pandangan matanya dari handphone. Dia mencapai dessert di hadapannya lalu di buka penutup dessert itu. Dia mencapai sudu dessert.
Emma merasa geram sendiri bila lelaki itu tidak memandang ke arahnya walau sekali. Sibuk sangat dengan handphonenya. Apa yang seronok sangat! Tak guna! Marah Emma dalam hati bila lelaki itu buat tidak tahu sahaja seperti dirinya.
Dia tidak menyangka Liam tidak menegurnya langsung sedangkan lelaki itu nampak dia duduk di sini bersama Aishah dan Fatin. Emma menjeling dengan rasa tidak puas hati. Emma menyuapkan suji ke dalam mulutnya lalu memandang ke arah Liam cuba mendapatkan perhatian darinya. Dia merasa geram dan merasa tidak puas hati bila lelaki itu tidak menegurnya tadi.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...