Part 36

35 4 2
                                    



"YO BRO! What's up, bro? ," jawab Dylan bila dia menerima panggilan telefon dari orang jauh sebaik sahaja dia pulang dari mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah yang membosankan dan meletihkan kerana tiada satu pun perkara yang dibincangkan menarik perhatiannya. Work. Work. Work. No fun at all. Jadi bila dia terima panggilan dari brothernya. Penat yang di rasa hilang serta merta.



"Cuba ubah perangai tu sikit! MD behaving like a small child!," marahnya bila perangai Dylan masih seperti sebelum dia menjadi MD dan masih childish. Sangkanya setelah menjadi MD dan di beri tanggungjawab yang berat, adiknya akan berubah menjadi lelaki matang dan dewasa namun sangkaannya meleset bila panggilan telefonnya di sambut seperti selalu.



"Chill ah bro! Kau ni dah macam orang tua usia 60 tahun membebel tak sudah-sudah. Mummy lagi cool!," ujar Dylan tergelak kecil bila abangnya memarahinya bila dia menyambut panggilannya sebegitu. Sudah perangai semula jadinya begitu. Bila waktu bekerja, modenya bertukar serious and business like dan bila family dan kenalan modenya bertukar carefree.



"So how's work??? Good?? You can ask Sophia, she's always ready to help! I can always help you if you need me!," ujar Daniel. Dylan tidak pernah meminta bantuan apa-apa darinya sejak dia mula bekerja. Adiknya tidak pernah bekerja sepanjang hidupnya. Sebab itu dia merasa risau bila dia tidak mendengar apa-apa berita tentang kerja darinya.



Dylan tersenyum bila Daniel kedengaran risau. Dia tidak dapat menyalahkan Daniel seratus peratus kerana jika dia di tempat Daniel dia turut merasa risau. Memang dia berperangai keanak-anakan namun dia tahu akan tanggungjawab yang diserahkan kepadanya. Dia tidak akan mengecewakan abangnya dan membuktikan kepadanya bahawa dia boleh menjadi seperti abangnya. Daniel idealnya sejak kecil lagi.



"Dylan!... Dylan!!," ujar Daniel bila tidak terdengar suara Dylan di corong telefon.



"I'm still here! When it comes to work I'm always serious bro! How's my boy?? Dia masih ingatkan aku tak?," ujar Dylan lalu membuka penutup kotak sederhana besar yang berada di atas mejanya. Kemeja lengan panjang putih polka dot kecil dan tapered pants berwarna hitam dari jenama Raphl Lauren di keluarkan dari kotak tersebut. Dylan menguntum senyum. Baju custom made itu dibuat untuk anak buah kesayangannya yang seorang. Hayden Damien Logan. Pasti Hayden kelihatan comel dan cool bila memakai baju itu.



"Siapa your boy??," tanya Daniel bila Dylan bertanya tentang 'boy'.



Dylan meletakkan handphonenya di atas meja lalu menekan speaker. Dia mencapai kemeja polka dot itu lalu ditayangkan di hadapannya. Bibirnya menguntum senyum.



"Siapa lagi Hayden! Now days kids so lucky ada baju branded yang super cool!," ujar Dylan sudah dapat membayangkan Hayden memakai baju kemeja polka dot dan tapered pants warna hitam. He will look cool baby seperti papanya!



"I'm his daddy!," ujar Daniel bila Dylan mengaku Hayden itu anaknya.



"And I'm his papa!," jawab Dylan tidak mahu mengalah tersenyum lagi. Dia dah Daniel selalu berebut ingin menjadi ayah yang baik buat Hayden kerana Hayden adalah hati pengarang hati jantung mereka.



"Abang berbual dengan siapa??,"



Dylan tersentak bila dia terdengar suara di latar belakang Daniel. Dia percaya itu suara Bella kakak iparnya. Dylan tersenyum mendengar suara teruja Bella. Dia rindu pada Bella.



"Hello!! Dylan?? Is that you??," ujar Bella dengan suara ceria bila suaminya mengatakan dia berbual dengan Dylan.



"Bella! My favourite sister-in-law! How are you my dear!," ujar Dylan tersenyum sebaik sahaja mendengar suara Bella. Dalam masa yang sama dia merasa sayu dan sedih mengenangkan Bella.



"Dylan dan Daniel bila nak datang sini?? Bella dan abang Damien misses you dearly! We miss old times!," ujarnya dengan suara excited. Dia benar-benar rindu pada mereka berdua. Dia tidak mengerti mengapa Daniel dan Dylan tidak lagi datang berkunjung mereka di Jakarta seolah-olah sudah melupakan dia dan Damien.



Dylan terkedu bila Bella berkata demikian.



"Sorry dear sis! Both of us are very busy! But we promise you we will come and visit once we are able too!," jawab Dylan dengan hati sebak dia terpaksa berbohong dengan Bella dan cuba bersuara ceria agar wanita itu tidak merasa sedih.



Dia, Daniel dan ibunya Ava terpaksa menurut kehendak doktor tidak mahu Bella menghadapi tekanan lebih teruk sekiranya mereka memaksa Bella menerima kenyataan. Proses pemulihan Bella agak lama dan perlukan kesabaran dan kefahaman keluarga. Memang tidak mudah kerana mereka terpaksa berpura-pura di hadapan Bella dan mereka turut merasa tekanan berada di dalam keadaan demikian. Namun demi Bella dan Hayden, mereka sanggup berkorban.



"Promise ok! Bella dan abang Damien tunggu both of you datang! Kita boleh pergi Holiday di Bali sama-sama. O.K. dear Bella need to take a nap! Send my regards to Daniel!," ujarnya lalu menyerahkan handphone kepada suaminya yang berada di sebelah.



Daniel turut merasa terkejut mendengar perbualan Bella dengan Liam. Wajah wanita itu kelihatan gembira sebaik sahaja berbual dengan Dylan. Bella keluar dari bilik Daniel lalu menuju kearah kamar tidurnya dengan hati ceria.



"Macamana keadaan Bella ada perubahan?," ujar Dylan dengan suara mendatar lalu meletak baju Hayden kembali ke dalam kotak. Dia mula merasa risau memikirkan Bella. Dia lebih rela jika Daniel pulang ke Malaysia semula dan mengambil alih tugasnya sebagai CEO kerana Daniel lebih arif dan ia adalah hasil dari titik peluh Daniel sendiri manakala dia ke Jakarta menjaga Bella dan Hayden kerana dia tidak punya kerjaya seperti Daniel. Dia pernah cadangkan perkara itu kepada Daniel. Namun Daniel mengambil keputusan dia yang harus menjaga Bella kerana itu adalah perjanjiannya dengan arwah Damien dahulu. Dan mereka adalah saudara kembar dan Bella menyangka dia adalah suaminya Damien.



"Still the same!," jawab Daniel perlahan. Malah wanita itu semakin sensitive. Dia akan merasa paranoid jika Daniel tidak berada bersamanya seolah-olah takut kehilangannya. Bagaimana Daniel hendak kembali ke Malaysia jika keadaan Bella sebegitu? Dia tidak sampai hati. Namun Daniel tidak pernah menyatakan perkara itu kepada Dylan kerana dia tidak mahu adiknya menjadi risau dengan keadaan Bella. Dia tahu Dylan sayangkan Bella dan Hayden. Dylan mahu sama-sama menjaga mereka.



"How are you bro?," tanya Dylan kepada Daniel pula. Dia turut merasa simpati dengan nasib Daniel. Daniel yang di kenali dahulu tidak seperti Daniel sekarang. Daniel yang di kenali seorang lelaki yang pentingkan kerjayanya dari segalanya. Namun dia berubah menjadi Daniel yang tidak pentingkan itu semua kerana kini menjaga Bella dan Hayden dan menunaikan perjanjiannya dengan late Damien maka dia sanggup korbankan semuanya demi mereka. Dylan tahu ianya tidak mudah kerana Daniel terpaksa menyamar menjadi Damien kerana tidak mahu Bella kemurungan dan menderita. Dia tahu Daniel tiada pilihan lain selain dari korbankan kerjayanya dan kebahagiaannya sendiri.



"I'm still surviving!," jawab Daniel perlahan.

Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now