Part 77

8 4 0
                                    



LIAM menoleh ke arah handphonenya bila ianya bergegar kuat. Dia berhenti menaip report. Liam mengeliat kecil lalu menanggalkan cermin mata bacaannya. Dia mencapai telefon lalu menjawab panggilan yang di terima. Hampir 2 minggu dia tidak menerima panggilan telefon dari Daniel. Dia sibuk dengan tugasnya manakala Daniel pasti sibuk menguruskan sesuatu di Jakarta. Sedar tidak sedar tinggal hanya 2 minggu sahaja lagi dia akan meninggalkan Malaysia, namun dia masih belum membuat sebarang persiapan untuk keberangkatannya ke US semula. Liam tidak perlu risau memikirkan tempat tinggalnya di San Franscisco kerana dia telah membeli sebuah apartment dahulu. Apartment itu di jaga teman baiknya Callum sepanjang dia berada di Kuala Lumpur.


"Hello bro! What's up bro!," jawab Liam sambil tersenyum. Dia menekan speaker menjawab panggilan Daniel. Dia percaya Daniel tidak sabar ingin kembali bertugas semula. Liam merasa gembira kerana semuanya akan kembali kepada asalnya. Daniel kembali menyandang menjadi CEO Hotel dan hubungan Daniel dan Emma yang terputus dahulu dapat bersambung semula.


"Happy aje!! Tak sabar nak pergi US ke?," ujar Daniel bila Liam kedengaran terlebih ceria menyambut panggilannya.


"Of course bro!," jawab Liam tersengih gembira. Aida menjeling mendengar perbualan diantara Daniel dengan Liam. Dia masih tidak berbaik dengan Liam kerana dia merasa kecewa apabila Liam mengambil keputusan untuk berhenti.


Liam melambai-lambaikan tangannya ke wajah Aida yang berada di hadapan mejanya sedang mengambil beberapa fail yang hendak di serahkan kepada Sophia. Wanita itu sedar namun dia buat tidak tahu sahaja seolah-olah Liam tidak wujud di hadapannya.


Aida memandang tepat ke wajah Liam bila lelaki itu cuba menarik perhatiannya begitu. Selama seminggu dia memprotes untuk tidak berbual-bual dengan Liam kerana dia tidak mahu lelaki itu mensia-siakan bakatnya sebagai MD Hotel. Semua pekerja Hotel merasa selesa bekerja di bawah naungan Liam dan mereka hormat pada Liam selaku pegawai atasan kerana Liam seorang pegawai yang baik. Selama ini, Aida tidak pernah akui bahawa Liam seorang majikan yang baik kerana dia tidak mahu lelaki itu tahu bahawa dia begitu senang bekerja dengan Liam. Dia tidak mengerti mengapa Liam mengambil keputusan untuk kembali ke arena seni? Aida dapat merasakan pasti ada sesuatu yang membuatkan Liam tidak mahu terus bekerja di sini, dia percaya Liam tidak suka bekerja pada awalnya namun dia perhatikan lelaki itu mula menyenangi tugasannya setelah? Setelah dia bertemu dengan Emma!


Jika benar dia sukakan Emma mengapa Liam mahu meninggalkan Malaysia? Aida menjadi pelik sendiri. Pasti ia ada bersangkut paut dengan Emma. Tiada sebab lain yang dapat Aida fikirkan. Dia sedari sejak Liam kembali dari Jakarta dahulu hubungan dia dengan Emma tidak seperti dahulu. Pada awalnya dia sangka Liam dan Emma benar-benar sibuk maka tiada masa untuk bersama. Namun bila dia perhatikan Emma tidak lagi bertemu dengan Liam dia menjadi pelik. Apa yang menyebabkan hubungan mereka dingin begitu. Bukan kah Liam suka pada Emma?


"Don't tell me you merajuk sebab Emma?," ujar Aida tiba-tiba, lalu memandang wajah Liam cuba mendapatkan kepastian dari Liam.


Liam terkejut bila Aida tiba-tiba berkata demikian kerana ia secara random.


"Siapa tu?? Emma? Aida?," ujar Daniel bila terdengar nama Emma disebut. Dia menganggu Liam sedang bekerja? Kenapa Liam tidak memberitahunya?


Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now