Part 88

21 1 0
                                    



DYLAN sibuk berulang alik bertemu dengan Director gallery mengenai exhibit koleksi karyanya. Dylan di dalam elemennya bila dia kembali ke US. Dia memang gemar melukis. Sebelum dia ke Malaysia dahulu beberapa karya yang telah di hasilkan dan disimpan di storage bertujuan satu hari nanti dia dapat membuat exhibitionnya sendiri. Sepulangannya di US. Dylan banyak menghabiskan masanya menghasilkan beberapa karya untuk di jadikan koleksi tambahan dan karya exclusive di exhibitionnya nanti. Jadi dia benar-benar sibuk dan jarang sekali menghubungi keluarganya di Jakarta mahupun di Malaysia. Dylan seakan sudah dapat menjalani hidupnya seperti biasa dan telah mengubat hatinya. Dan percaya itu adalah cara yang terbaik untuknya dan juga Daniel. Dia benar-benar berharap Daniel bahagia dengan Emma walaupun hubungan mereka long distance relationship. Dia sudah bersedia dan sudah dapat menerima Emma sebagai ahli keluarganya, jika Daniel berkahwin dengan Emma.


Dylan menekan icon inbox email lamanya bila inbox menunjukkan ada email baru yang di terima. Dylan mengerutkan dahinya bila email dari pengirim yang sama diterima. Si pengirim tidak pernah berputus asa walaupun dia tidak pernah membalas email yang di kirim. Sangka Dylan si pengirim sudah berputus asa kerana hampir 6 bulan dia tidak menerima email dari si pengirim misteri. Namun hari ini dia menerima email dari si pengirim misteri memintanya agar mempertimbangkan permohonannya.


Dylan mengeluarkan handphone dari saku seluarnya sebaik sahaja ianya berdering.


'Speak of the devil' bisik Dylan lalu menjawab panggilan telefon dari si pemanggil.


"Dr. Aiman to what do I owe the pleasure" jawab Dylan sebaik sahaja dia menjawab panggilan telefon dari Aiman.


"Dylan, you are not coming back to Malaysia?? Are you in states for good?" ujar Dr. Aiman sebaik sahaja Dylan menjawab panggilan telefonnya. Hubungan dia dengan adik beradik Park adalah teman rapat. Mereka menjadi kenalan rapat sejak merawat Daniel dahulu lagi. Jadi mereka selalu bertanya khabar berita dan bertemu bila berkesempatan.


"Why?? Do you miss me?? Oh, I miss you too darling!" jawab Dylan lalu ketawa kecil.


"As if. I've thought you would settledown in Malaysia. You look like the big corporate guy when I've met you the last time" ujar Dr. Aiman merasa terkejut bila dia mengetahui bahawa Dylan telah kembali ke States dan menetap di sana.


Dia bertemu dengan Daniel dan mereka makan tengahari bersama kerana sudah lama tidak bertemu. Dan sedikit sebanyak bertanya tentang keadaan Daniel sejak melalui operasi pemindahan tulang sum-sum, adakah kesihatannya bertambah baik dan pulih. Melihat Daniel sihat. Dr Aiman merasa bersyukur dan senang hati. Dia bertanyakan tentang Dylan kerana menyangka Dylan akan turut makan tengahari bersama mereka. Dia merasa terkejut bila Daniel mengatakan bahawa Dylan mengambil keputusan untuk terus menetap di States.


"Didn't Daniel tell you that I'm not the big corporate fan" jawab Dylan ketawa lagi. Aura carefree Dylan dengan corporate Liam tidak sama. Seolah-olah Dylan dan Liam adalah 2 individu yang berbeza. Sebab itu Dylan sengaja mengunakan nama Liam semasa dia mengambil alih tugas Daniel dahulu kerana pada Dylan, nama Liam sesuai akan jawatan yang di sandang.

Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now