Part 43

34 5 5
                                    



EMMA menjeling kearah telefon bimbitnya bila menerima panggilan telefon dari nombor yang tidak di kenali. Dia mengerutkan dahinya kerana dia tidak pernah memberi nombor telefonnya kepada orang yang tidak dikenali. Nombor yang tertera tidak berada dalam senarai contactnya. Emma membiarkan sahaja telefonnya berdering dan tidak mahu menyambutnya. Dia meneguk kopi panasnya perlahan sambil menikmati keindahan laut biru yang terbentang luas di hadapannya. Emma merasa nyaman angin laut menyapu lembut di wajahnya. Emma suka berada di balcony restoran sambil berehat minum petang suka menikmati pemandangan keindahan laut.



Emma memejam matanya perlahan, sekali lagi dia di kejutkan dengan deringan telefon bimbitnya. Emma mengeluh kecil lalu menjeling kearah telefon bimbitnya. Nombor yang sama menghubunginya lagi. Sekali lagi Emma buat tidak endah kerana dia tidak mahu menjawab panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali.



"Is it a habit for you to not answer phone calls???,"



Emma tersedak terperanjat bila seseorang menegurnya dari belakang kerana dia menyangka ada orang lain berada di sini selain dari dirinya. Dia menoleh kearah si empunya suara. Hampir terlepas mug dari tangannya bila menyedari orang yang menegurnya itu tidak lain dan tidak bukan MDnya Liam! Aduh! Sejak kejadian semalam dia cuba untuk tidak bertembung atau terserempak dengan lelaki itu kerana dia masih merasa malu dengan perbuatannya. Bagaimana Liam boleh berada di sini? Adakah lelaki itu mencarinya sehingga ke sini? Mustahil! Apa yang Liam mahu darinya sehingga sanggup mencarinya hingga ke sini?



"I tak suka jawab nombor tak familiar! BTW mana you dapat my number? ," jawab Emma cuba menyembunyikan perasaan kalutnya. Dia tidak mahu menunjukkan bahawa dia tidak selesa dengan pertemuan ini, namun dia tidak mahu menunjukkan ketara bahawa dia tidak menyenanginya.



"I ada semua contact  number for all main staff kat Hotel ni..What if it's an important call??," tanya Liam lalu berdiri di sebelah Emma.



Emma tidak menjawab dia menoleh kearah Liam. Dia merasa hairan bila lelaki itu berdiri di sebelahnya.



"Apa yang sebenarnya you hendak dari I, Mr. Liam?," tanya Emma kerana dia tidak suka masa rehatnya di ganggu lebih-lebih lagi orang yang dia tidak mahu bertemu tika dan kala ini. Dia mahu bersendirian.



"Kenapa you tak jawab soalan I semalam??," tanya Liam lalu menoleh memandang wajah Emma.



"Soalan apa??," tanya Emma dengan wajah tidak bersalah. Dia percaya tiada soalan yang di ajukan Liam semalam dan Liam sengaja mahu dia bertanya padanya. Apa dia tidak ada kerja ke? Free sangat!



Liam memandang wajah Emma bila wanita itu bertanya soalan apa yang di tanya semalam maka dia perlukan jawapan darinya. Apa Emma benar-benar tidak ingat atau pura-pura tidak ingat. Dia merasa tidak selesa bila Emma pergi meninggalkan pejabatnya begitu sahaja tanpa menjawab pertanyaannya terlebih dahulu. Dia percaya Emma masih belum bersedia untuk menjawabnya semalam. Namun dia percaya hari ini Emma sudah ada jawapannya. Atau Emma sengaja tidak mahu menjawabnya dan membuatkan dia tertanya-tanya? Dia ingin tahu mengapa Emma begitu marah dengannya semalam. Apa yang membuatkan wanita itu marah padanya? Dia masih tidak dapat jawapan dari Emma kerana wanita itu pergi meninggalkannya begitu sahaja.



"You tak ingat atau pura-pura tak ingat?," tanya Liam lagi memandang tepat ke anak mata Emma bila wanita itu cuba berdolak dalik dengannya.



"I tak rasa soalan you itu penting sebab itu I tak ingat!," jawab Emma membalas pandangan Liam. Soalan apa yang di tanya Liam?? Soalan sama ada dia suka padanya? Soalan itu yang Liam mahu tahu jawapannya? Ah mustahil! Dia percaya bukan soalan itu yang Liam mahu dia menjawabnya kerana dia percaya Liam tidak ingin tahu dan ianya tidak penting. Emma meneguk air kopinya perlahan.



Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now