DANIEL duduk bermenung sendiri di sofa memikirkan Bella. Dia tidak sanggup lagi menyamar sebagai Damien. Dia tidak mahu mengelirukan Bella lagi. Dia merasa belas dengan wanita itu kerana menyangka bahawa dia adalah Damien. Daniel tidak tahu bagaimana reaksi Bella bila mendapati bahawa dia bukan Damien tapi Daniel. Daniel tahu Bella tidak akan dapat memaafkannya. Dia bersedia menerima hukuman dari Bella. Dia bukan sengaja mahu mengelirukan Bella. Dia lakukan ini semua kerana keadaan yang memaksanya untuk berbuat demikian. Namun sekarang dia tidak punya alasan untuk terus menyamar menjadi Damien kerana dia merasakan Bella sudah cukup sihat dan dapat menerima berita yang mereka telah lama simpan dari pengetahuan Bella.
Pulang dari keluar bersama dengan Bella. Daniel menghubungi Dr. Imran memberitahunya bahawa memori Bella sudah semakin pulih dan Bella sudah dapat mengingati banyak perkara yang berlaku dalam hidupnya. Daniel juga memberitahu Dr. Imran bahawa sudah tiba masanya untuk dia berterus terang dengan Bella mengenai Damien. Dia sudah yakin benar Bella dapat menerima berita itu kerana Bella menunjukkan perangai dan kelakuan positif dan tidak membimbangkan.
Dr. Imran mahu Daniel bersabar lagi kerana dia khuatir akan tindak balas Bella bila dia berterus terang kepadanya. Walaupun ujian yang dijalankan menunjukkan positif namun Dr. Imran memberi sebab sedemikian adalah sebagai langkah berhati-hati dan menasihati Daniel agar jangan terburu-buru. Khuatir bahawa tindakan Daniel itu akan memudaratkan pemikiran Bella.
****
BELLA meneguk air putih perlahan. Gelas berisi air putih di letakkan di meja sisi sebelah katilnya. Siang tadi dia keluar bersama Damien. Pada awalnya hatinya merasa teruja kerana sudah sekian lama mereka tidak keluar bersama. Namun dia tidak mengerti mengapa perasaan sedih dan sayu tiba-tiba menyelubungi hatinya dan tidak merasa gembira. Kenapa hatinya merasa sayu? Bukankah dia keluar bersama suami yang tersayang? Sepanjang mereka keluar bersama siang tadi semuanya indah dan tiada kesalahan dan cacat celanya.
Hanya beberapa perlakuan Damien membuatkan Bella merasa aneh. Setiap kali dia cuba memegang dan menyentuh tangan lelaki itu, Damien akan membiarkan dia berbuat demikian beberapa ketika sahaja. Lelaki itu akan melepaskan tangannya secara halus di mana Bella tidak akan perasan atau sedar bila setiap kali Damien berbuat demikian. Dan sejak kesihatannya sudah semakin pulih Damien begitu jarang meluangkan masanya bersama dengannya dan jauh sekali menemaninya di kamar tidur. Lelaki itu akan memberi pelbagai alasan bahawa dia akan membaca buku di study room dan meminta Bella tidur dahulu. Namun dia tidak pernah ke bilik tidur bersama dengannya. Pada awalnya Bella menyangka Damien seringkali tertidur di study room kerana dia sibuk bekerja. Damien seolah-olah menjarakkan diri darinya. Bella merasakan Damien seperti orang asing dan bukan Damien yang dia kenali dahulu.
Namun Bella jarang sekali melihat Damien ke pejabat. Dia banyak menghabiskan masanya di bilik study sepanjang hari dan hanya sesekali menemani bila Bella mencarinya. Damien banyak meluangkan masa bersama dengan Hayden anak kecil yang berusia 3 tahun yang tinggal bersama mereka. Hubungan Damien dengan anak kecil itu sungguh rapat. Damien menyayangi anak kecil itu seperti anaknya sendiri. Bella tidak merasa cemburu melihat mereka berdua dia hanya merasa musykil akan hubungan mereka berdua. Dia belum punya kesempatan untuk bertanya kepada ibu mertua Ava siapa Hayden dan mengapa dia tinggal bersama mereka.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...