Part 42

27 5 3
                                    



LIAM tersenyum gembira mendengar perkhabaran berita dari Jakarta. Daniel memberitahunya akan perkembangan Bella. Dia merasa bersyukur akan perkembangan terbaru Bella. Tidak sabar rasanya mahu terbang ke Jakarta bertemu dengan keluarganya di sana. Namun Liam terpaksa bersabar kerana kerjanya tidak mengizinkan untuk dia bercuti ke mana-mana dalam masa terdekat ini. Terlalu banyak event dan function pelbagai perkara lagi yang perlukan pemerhatiannya. Liam mahu tahu apa yang berlaku di Hotelnya. Tidak kira perkara kecil atau yang besar. Liam mahu involve. Dia bukan sahaja melakukan tugasnya sebagai MD malah Liam turut membabitkan dirinya pada perkara lain. Dia mahu semuanya berjalan dengan lancar dan teratur. Liam people person. Semua kakitangan dan pekerja di Hotel begitu selesa bila berurusan dengan Liam kerana lelaki itu tidak seperti boss yang lain. Dylan cool! Mereka semua menghormati Liam sebagai Ketua mereka.



"I heard from Sophia that you have been nominated for Asian's top 40 Hotelier! Congratulations!," ujar Daniel merasa bangga dengan anugerah yang di calonkan buat Dylan. Dylan yang dahulunya berkeras tidak mahu mengambil alih tugasnya kerana Dylan mengatakan it's not his cup of tea. Namun dia tidak menyangka adiknya berjaya dicalonkan sebagai pengurus Hotel berjaya di bawah lingkungan 40 tahun Asia. Daniel benar-benar berbangga dengan kerja keras Dylan. Dia percaya Dylan boleh melakukannya.



"Nominated only!," jawab Liam acuh tak acuh tidak merasa teruja seperti Daniel. Dia tidak tahu bagaimana dia boleh dicalonkan sedangkan Liam baru sahaja berjinak dengan bidang perhotelan 8 bulan yang lalu.



"Nominated only!! Heh! Tak semua orang bernasib baik di calonkan ok!," marah Daniel bila Dylan berkata demikian. Ia mungkin bukan perkara besar buat Dylan namun ia merupakan perkara besar buat Daniel. Dylan bernasib baik di calonkan, kerana bukan calang-calang orang yang mampu menerima pencalonan sebegitu. Sedangkan dia sudah lama berkecimpung dalam bidang itu dia hanya dicalonkan setahun sebelum dia mengambil keputusan untuk bersara.



Sekali lagi Liam ketawa, bila lelaki itu merasa marah bila dia berkata demikian. Dia tahu It's a big deal buat Daniel kerana ia adalah cita-cita Daniel. Dia hanya berharap Daniel yang di calonkan dan bukan dia. Semuanya adalah hasil titik peluh Daniel sendiri dan dia hanya menyambung cita-cita Daniel dan mengambil alih tugasnya.



"I'm joking!! Since when kau tak boleh joke dengan aku ni??? O.K. aku nak berbual dengan Hayden!!," ujar Liam tanpa memusingkan kerusinya menghadap ke meja bila terdengar pintu biliknya di ketuk seseorang. Dia seronok berbual dengan Hayden bila Daniel memberi telefon kepada Hayden.



Pintu bilik Liam di buka seseorang. Emma bersama room servis boy masuk ke dalam pejabat Liam. Emma meminta room servis boy menolak troli kearah meja bulat kecil yang terdapat di ruang sebelah kanan. Sebaik sahaja room servis boy itu menolak ke arah meja itu. Emma membenarkan servis boy untuk menolak troli keluar dari bilik pejabat Liam kerana dia sendiri akan menyediakan meja Liam.



Sebaik sahaja servis boy keluar dari bilik Liam. Emma menjeling kearah meja pejabat Liam. Lelaki itu tidak sedar dia berada di dalam biliknya kerana dia sedang sibuk berbual di telefon dan kerusinya pula membelakangnya.



Emma sibuk menyusun pinggan dan cutlery di atas meja Liam dengan teratur. Walaupun makanan yang di sediakan hanya untuk Liam namun ia sudah menjadi kebiasaannya Emma melakukan tugasnya dengan sempurna.



"Hayden dah makan??? Hayden makan apa?? Hayden miss papa tak?? Papa miss Hayden!," ujar Liam bila Hayden tahu dengan siapa dia berbual. Liam tersengih gembira mendengar jawapan dari Hayden. Suara comel Hayden kedengaran ghairah menjawab pertanyaannya walaupun Liam tidak faham apa yang di jawab Hayden.



Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now