EMMA berdiri kaku di hadapan pintu wad dimana MD mereka Liam di tempatkan. Sebaik sahaja shiftnya berakhir Emma mengambil keputusan untuk melawat Liam di Hospital walaupun hari sudah jauh malam. Hatinya tidak tenang memikirkan keadaan Liam sebaik sahaja dia dibawa ke hospital. Kalau diikutkan hati, ingin sahaja dia turut serta menemani Liam ke hospital semasa ambulance datang mengambilnya tadi. Dia benar-benar merasa cemas melihat keadaan Liam sebegitu kerana dia tidak dapat membantu atau berbuat apa-apa. Dia benar-benar tidak tahu bahawa MDnya itu punya alergi teruk sebegitu dan jika dia lambat menghubungi ambulance tadi pasti nyawa lelaki itu akan terancam.
Emma tersentak terperanjat bila pintu wad tiba-tiba di tolak seseorang dari dalam. Seperti Emma, Aida juga terkejut bila mendapati Emma berdiri di hadapan pintu wad majikannya.
"You again!! Kau benci sangat dengan Mr. Liam eh?? Masuk ini, dah dua kali kau buatkan keadaan dia begitu!," sindir Aida merasa geram pada Emma. Kerana wanita itu telah melakukan perkara yang membuatkan majikannya jatuh pengsan kelmarin dan hari ini majikannya di masukkan ke wad juga kerana wanita itu.
"How is he??," tanya Emma perlahan tanpa membalas kata-kata kesat Aida kerana dia tidak punya mood untuk bertekak dengan Aida dan juga kerana dia lebih risaukan tentang keadaan Liam.
"His condition is stable now!," jawab Aida bila Emma kelihatan benar-benar risau dan prihatin tentang keadaan majikannya. Dia juga terkejut bila menerima panggilan telefon dari HR mencarinya dan mengatakan Liam terlantar di hospital kerana alahan alergi teruk. Hanya dia sahaja yang tahu tentang alergi Liam kerana selama ini, dia yang menguruskan makanan majikannya di Hotel. Tiada siapa yang tahu selain dirinya. Silap dia juga kerana tidak memberitahu pekerja-pekerja di Hotel tentang alergi Liam dan kecuaiannya itu telah mengancam nyawa majikannya. Nasib baik Liam segera di hantarkan ke hospital jika tidak dia tidak dapat memaafkan dirinya jika berlaku apa-apa terhadap majikannya.
"Can I see him??," ujar Emma lalu memandang wajah Aida.
"Masuklah! I'm leaving anyway! Doktor kata tiada apa yang perlu di bimbangkan!," jawab Aida. Doktor mengatakan tiada apa yang perlu dia khuatir kan kerana keadaan Liam kembali stabil setelah di berikan ubat alergi. Liam hanya perlu berehat di hospital untuk beberapa hari.
"O.K.," jawab Emma ringkas lalu berjalan menuju kearah kerusi yang terdapat di sebelah katil Liam. Beg tangannya di letakkan di atas sofa. Dia menatap wajah Liam yang sedang tidur berehat. Dia beransur pulih. Tiada lagi rashes terdapat di muka dan tangannya seperti awal tadi. Awal tadi dia benar-benar merasa cemas dan tidak akan memaafkan dirinya jika berlaku apa-apa terhadap diri Liam. Dia tidak tahu di brownie yang di hidangkan terdapat walnut kerana dia menyangka brownie itu tidak berkacang. Dan juga dia tidak tahu bahawa lelaki itu alergi pada kekacang. Jika dia tahu mana mungkin dia berikan kepada Liam kerana ia akan membahayakan dirinya.
"I'm sorry. I didn't know!," ujar Emma dengan nada sebak. Air matanya mengalir perlahan kerana merasa bersalah teramat sangat. Emma tidak tahu mengapa dia merasa begitu sensitive bila melihat keadaan Liam terlantar begitu. Dia amat benci dan tidak suka pada hospital. Dia tidak ingin lagi menjejakkan kakinya di hospital kerana pengalaman dia sakit dahulu. Berbulan-bulan dia berada di hospital dan hospital seperti rumah keduanya kerana terlalu kerap berulang alik dan tinggal di hospital. Dia tidak mahu orang yang terdekat dan di sayangi merasai kesakitan yang dia rasakan dahulu. Terlalu seksa buatnya. Berkat doa ibu dan ayahnya dia kembali pulih seperti biasa bila menerima bone marrow donor yang dapat memulihkan kesihatannya.
Sehingga kini Emma tidak tahu siapa penderma tulang sum sum itu kerana doktor tidak dibenarkan mendedahkan nama si penderma kepadanya di atas permintaan si penderma. Emma terhutang budi kepadanya dan ingin sekali bertemu dan mengucapkan terima kasih kepadanya. Dia berharap suatu hari dia akan ditemukan pada penderma itu suatu hari nanti.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...