DANIEL berjalan menuju ke arah dapur. Dari jauh dia terdengar suara Bella dan mummynya sedang berbual mesra. Dari muka pintu dapur dia lihat mereka berdua duduk di breakfast nook sedang memotong sayur-sayuran untuk disediakan hidangan tengahari. Hayden pula di lihat bersama dengan pembantu rumahnya bermain-main di halaman rumah.
Daniel menuju ke arah rak-rak tersimpan gelas. Dia mencapai gelas menuang air dari jug yang berada di island kaunter. Dia berjalan menuju ke arah dimana mummy dan Bella berada. Dia duduk di kerusi di hadapan Bella. Sambil meneguk air di gelas dia melirik ke arah Bella yang kelihatan tidak mahu memandang wajahnya. Sejak pulang dari Kuala Lumpur tempoh hari, dia sedar Bella sering mengelak diri dari bertemu dengannya. Dia tidak tahu mengapa Bella berbuat demikian.
"Bila Dan balik ke KL semula?" ujar Puan Ava lalu menoleh ke arah Daniel.
"Mungkin minggu depan atau hujung bulan! Dan tak pasti lagi kerana ada urusan yang Dan belum dapat selesaikan lagi," jawab Daniel tersenyum lalu menjeling lagi ke arah Bella yang pura-pura tidak berminat mendengar perbualannya diantara dia dengan mummy Ava kerana wanita itu tidak sedikit mengangkat wajah bila dia berbual dengan mummynya. Adakah Bella tidak merasa selesa dengannya?
"Oh lama pun tak apa Dan. Mummy tak hendak si Dylan tu berangkat cepat ke US, tak tahu sampai bila dia akan menetap di sana nanti. Mummy betul-betul tak faham kenapa dia suka sangat tinggal kat San Francisco tu," bebel Puan Ava. Dia tidak suka berjauhan dengan anaknya. Jarak diantara Jakarta dan Kuala Lumpur tidaklah terlalu jauh kerana dia boleh sahaja bertemu dengan Dylan bila-bila masa. Ini jauh hingga ke US.
"Dan dah cuba pujuk Dylan terus bekerja dengan Dan dan Sophia tapi dia tak hendak, Dan nak buat macamana lagi, mummy tahu kan anak teruna mummy yang satu tu macamana, dia tak suka di paksa," jawab Dan tersenyum mengerti akan perasaan mummynya kerana dia juga tidak suka Dylan tinggal berjauhan dari keluarga.
"Entahlah mummy tak faham dengan masalah Dylan. Ingatkan dia dah bertemu dengan wanita yang dia suka di KL sebab itu hari dia excited sangat!," jawab Puan Ava sedikit hampa bila dia lihat wajah kecewa Dylan, dia dapat merasakan bahawa Dylan patah hati. Hanya anaknya itu tidak mahu mengaku.
Daniel hanya diam lalu meneguk air putih perlahan. Dia turut merasa sedikit kecewa bila mummynya berkata demikian kerana dia sendiri tidak dapat membuatkan Dylan menceritakan kisah hubungan dia dengan wanita yang di sukai. Dylan cuma mengatakan bahawa hubungan mereka berdua tidak dapat diteruskan kerana wanita itu sudah di miliki lelaki lain dan Dylan tidak mahu mengulas panjang. Daniel tidak mahu mendesak Dylan kerana dia tahu Dylan akan berkongsi dengannya jika mahu. Namun Dylan mengambil keputusan untuk berdiam diri dan tidak mahu memikirkan perkara itu lagi.
"Hubungan Dan dengan Emma bagaimana?," tanya Puan Ava lalu menoleh memandang wajah Daniel.
Daniel yang sedang meneguk air tiba-tiba tersedak bila Puan Ava bertanya akan hubungan dia dengan Emma. Tangan Bella terhenti dari menyiang sayur bayam sebaik sahaja Puan Ava menyebut nama Emma.

YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...