DARI jauh Emma merenung wajah Liam besar kecil sahaja. Ikutkan hati mahu sahaja dia merenyam wajah tampan lelaki itu. Geram betul dia dengan Liam. Emma mendapat tahu Liam sudah mula bekerja 4 hari yang lepas namun lelaki itu tidak pernah sekali menghubunginya atau memberinya apa-apa pesanan. Sibuk sangat kah?? Sehingga dia tidak ada masa untuk menelefon atau menghantar pesanan ringkas kepadanya langsung??? Bertenang Emma. Fikirkan sahaja Liam sibuk dengan kerjanya. Maklumlah lelaki itu bercuti selama 2 minggu dan sepulangnya pasti banyak kerja yang menunggu. Dia percaya Liam punya alasan yang munasabah sehingga tiada masa untuk menghubunginya. Dia cuba memahami Liam sebab itu dia masih boleh bersabar lagi tanpa berbuat apa-apa pada lelaki itu. Emma tidak mengambil pesanan makanan dari mereka kerana Aishah telah mengambil alih tugas darinya. Hendak sahaja Emma melayan meja VIP mereka namun dia merasa sedikit janggal kerana kehadiran Daniel.
Dia masih belum dapat menerima hakikat bahawa Daniel abang kepada Liam. Dan dia benar-benar tidak menyangka akan jatuh cinta pada Liam setelah mengaku cintakan Daniel suatu ketika dahulu. Liam tahu akan kisah silamnya dahulu. Emma telah menceritakan kesemuanya kepada Liam walaupun dia tidak pernah mendedahkan nama lelaki itu, kerana Emma merasakan ianya tidak perlu dan dia percaya tidak akan bertemu dengan Daniel semula. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa mereka berdua adalah adik beradik? Walaupun keadaan menjadi janggal setelah dia mengetahui akan hubungan Liam dan Daniel. Dia merasa senang dapat bertemu semula dengan Daniel. Mereka dapat menghuraikan salah faham diantara mereka. Dan Daniel juga faham dan mengerti akan perasaannya.
Namun sehingga kini dia masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Dia tidak tahu bagaimana hendak berbual biasa dengan Daniel di hadapan Liam begitu juga sebaliknya. Dia merasa janggal dan benar-benar tidak selesa. Bagaimana pula dengan Liam dan Daniel?? Adakah mereka merasa janggal sepertinya atau hanya dia sahaja yang berperasaan sedemikian rupa?
Dia lihat Liam seperti dirinya selalu, tiada perkara pelik yang berlaku kerana Liam kelihatan seperti biasa. Lelaki yang di kenali crazy. Sexy. cool. Emma tersenyum sendiri bila memikirkannya semula. Wajah Liam dipandang. Dia tidak mengerti mengapa dia boleh jatuh hati pada Liam. Dia tidak sukakan lelaki yang kacak seperti Liam kerana persepsi Emma tentang lelaki kacak selalu mengundang masalah. Tidak setia dan sebagainya. Namun dia tidak tahu mengapa dia mengambil risiko sukakan lelaki itu sedangkan sebelum ini dia selalu menolak cinta lelaki kacak sepertinya. Apa istimewanya Liam?? Dan kenapa lelaki-lelaki yang terdahulu tidak istimewa??
"Hi there!,"
Emma tersentak bila ditegur seseorang, spontan sahaja dia menoleh kearah kiri kerana ditegur seseorang dari arah kirinya. Liam membuahkan senyuman kepadanya sebaik sahaja pandangan mata mereka bertaut. Lelaki itu mencapai cawan kopi lalu meneguk kopi perlahan. Emma memandang kearah meja di mana Daniel dan Sophia berada.
Bila ketika lelaki itu berada di bar. Dia tidak perasan langsung bahawa Liam berada di bar kerana fikirannya menerawang jauh memikirkan tentang Liam.
"Oh Hi!," jawab ringkas Emma lalu menjeling. Menunjukkan kepada Liam bahawa dia sedikit tidak merasa rindu pada lelaki itu walaupun dia benar-benar rindu pada lelaki itu.
Liam tersenyum mendengar jawapan Emma dia mencapai cawan berisi kopi lalu diteguk perlahan. Rindu mendengar suara Emma. Rindu bergurau dengan Emma. Namun dia tidak dapat berbuat demikian kerana dia harus menjaga batas pergaulannya demi menjaga hubungan Emma dan Daniel. Sejak 4 hari lalu dia tidak bertemu dengan Emma kerana dia mahu menjarakkan dirinya dari Emma. Namun dia tahu dia tidak akan selamanya dapat mengelak dari bertemu dengan Emma.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...