DYLAN merenung kearah taman bunga. Sesekali dia menghembuskan asap rokok keluar dari mulutnya perlahan. Sejak kebelakangan ini rokok menjadi penemannya di kala dia bersendirian. Sebetulnya Dylan bukanlah seorang perokok. Dia hanya merokok sesekali bila dia memerlukan untuk berfikir secara mendalam dan salah satu cara untuk dia melepaskan tekanan yang menganggu fikirannya.
"Hi bro lately kau asyik berasap? Kenapa?? Stress??," tegur Daniel lalu menepuk belakang Dylan yang sedang berdiri di balcony bersendirian. Dylan sering mencari masa untuk bersendirian bila dia berpeluang untuk berbuat demikian. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang menganggu fikiran adiknya namun dia tidak pasti apa yang membuatkan Dylan berkeadaan begitu. Kerana putus cinta?? Atau perkara lain?? Dylan jarang sekali mahu berkongsi perkara yang tidak menyenangkan kepadanya kerana Dylan tidak mahu membebankannya dengan masalah yang dia hadapi.
"Bro what are you doing here?? Stay away from me!," ujar Dylan menolak Daniel jauh darinya lalu mengipas-gibas asap rokok agar tidak terkena pada Daniel. Dia segera mematikan rokok yang masih separuh berbaki kerana dia tidak mahu menghisap rokok di hadapan Daniel, dia tidak mahu Daniel didedah dengan bahaya 'Third-hand Smoke'. Dylan mengalihkan ashtray jauh dari mereka berdua berada.
Daniel hanya tersenyum melihat Dylan kekalutan bila dia berada bersama dengannya ketika dia sedang merokok kerana khuatir akan kesihatannya. Dylan selalu menjaga kebajikannya. Dia tahu Dylan tidak mahu dia jatuh sakit. Barangkali Dylan terlupa bahawa kesihatan dia semakin baik dan Dylan tidak perlu risau akan kesihatannya lagi kerana Daniel sering menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
"Emma dan selamat balik ke KL??," tanya Daniel lalu menoleh memandang wajah Dylan yang berdiri di sebelahnya. Dia percaya Emma sudah pulang ke KL semalam kerana Dylan hilang hampir seharian pasti Dylan menghantar Emma ke airport.
"I'll guess so!," jawab Dylan perlahan tanpa menoleh. Sejujurnya dia tidak langsung menghubungi Emma sejak dia menghantar wanita itu ke lobby Hotel Hyatt. Dan Emma juga tidak menghubunginya sejak kelmarin. Dylan tidak mahu menghubungi Emma kerana dia perlukan masa untuk memikirkan tentang hubungan mereka.
"I'm sorry to hear that you and your lady didn't work out!," ujar Daniel dengan nada simpati. Dia percaya Dylan benar-benar cintakan wanita itu namun di atas sebab-sebab tertentu hubungan mereka tidak dapat diteruskan. Dia tahu fikiran Dylan terganggu dan Dylan cuba untuk melupakan wanita itu. Walaupun pada mata kasar Dylan tidak menunjukkan kesedihannya dan pandai menyembunyikan perasaannya dengan mempamerkan personality Happy-go-lucky bertujuan untuk memperdayakan orang yang rapat dengannya, agar mereka tidak merasa susah hati. Dylan seorang lelaki yang tidak suka menyusahkan keluarganya. Dia lebih rela merana sendiri dan selesaikan masalahnya tanpa bantuan sesiapa.
"Apa bro you and mums worried for nothing!! Kau ingat aku macam ni sebab merana putus cinta?? Come on!! Give me some credit!!," ujar Dylan lalu ketawa. Dylan tidak lagi merasa kecewa akan hubungannya dengan Emma. Dia sudah dapat menerimanya. Dan dia ok dan tidak memikirkan lagi tentang dia dengan Emma. Dia memikirkan akan pelan selanjutnya yang harus dia buat setelah semuanya berjalan dengan lancar.
"Ya. Yah Watever! I believe you bro! Mana mungkin kau merana kerana putus cinta!! I find it quite strange if you do, coz that's not Dylan that I've known!! Sorry bro aku lupa kau lelaki sadis yang tak ada perasaan!," balas Daniel lalu memeluk bahu Dylan erat.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...