Part 14

42 6 8
                                    

EMMA duduk menghadap ke arah laut. Buku novel yang di terima di letakkan di sebelahnya. Dia tidak tau siapa yang mengirimnya kerana dia tidak dapat mendapat sebarang maklumat pengirim dari syarikat tersebut. Mereka tidak dibenarkan mendedahkan informasi pelanggan. Dia tidak tahu mengapa cerita yang terdapat di dalam novel itu seperti ada kaitan dengan dirinya. Atau sememangnya cerita itu berlandaskan kisah cinta yang tidak kesampaian mengenai dia dengan abang Daniel? Emma tidak tahu kepada siapa hendak dia bertanya mengenai Daniel. Dia cuba menghubungi lelaki itu dengan nombor yang selalu mereka berhubungan namun nombor itu sudah di tukar milik. Dan dia mendapat tahu bahawa CEO Hotel Tessere bukan lagi abang Daniel kerana orang lain yang menggantikan namanya. Dia benar-benar tidak tahu bagaimana hendak menghubungi Daniel. Di Internet dia hanya mendapat maklumat tentang lelaki itu 3 tahun yang lepas, begitu juga di media sosial seolah-olah Daniel sudah lenyap dari bumi ini kerana tiada berita mengenainya setelah lelaki itu meletak jawatan sebagai CEO. Apa yang telah berlaku pada abang Daniel?? Hati Emma menjadi tidak keruan bila mengenangkan Daniel. Dimana abang Daniel berada? Kenapa dia tidak dapat di hubungi? Emma menjadi keliru sendiri. Mungkinkah kerana Daniel tidak mahu dia menghubunginya lagi?



Abang Daniel? Dimanakah di kau? Tahukah dikau aku merindumu! Air mata Emma mengalir lagi setiap kali dia merasa rindu pada Daniel. Dia ingin menceritakan semuanya kepada Daniel. Bahawa dia sudah sihat dan dapat menjalani hidup seperti orang lain.



Emma mengesat air matanya bila telefon bimbitnya berdenting sebaik sahaja dia menerima pesanan ringkas dari seseorang. Dia mencapai handphone lalu membaca pesanan yang di terima. Dia diterima bekerja sebagai banquet manager di Hotel Tessere dan diminta untuk melaporkan diri pada esok hari. Dia mahu bertemu dengan Sophia untuk mendapatkan berita mengenai Daniel esok. Daniel tiada sebab meninggalkannya tanpa pesan. Meskipun lelaki itu tidak dapat menerima cintanya dia percaya Daniel tidak akan menghilangkan diri begitu sahaja tanpa sebab.



Emma menoleh kearah handphonenya bila telefonnya berbunyi. Emma mencapai handphone lalu menjawab panggilan telefon.



"Emma apa khabar?? Emma dah jumpa dengan Daniel??," ujar si pemanggil sebaik sahaja dia menjawab telefon.



"Mummy khabar baik! Telefon sahaja tanya Emma dah jumpa Daniel! Mummy ni mummy siapa??? Emma ke Daniel??," ujar Emma bila mummynya sibuk bertanya samada dia sudah bertemu dengan Daniel. Emma tidak menyalahkan mummynya kerana mummy tahu tentang Daniel. Dia banyak menceritakan tentang Daniel kepadanya. Malah mummy pernah berbual dengan Daniel sebelum ini.



"Eh tentulah mummy Emma. Kenapa ni suara macam tak ada mood sahaja!! Patutnya bila sudah bertemu dengan kekasih hati suara bertambah ceria ini tidak! Kenapa?," usik Puan Cynthia bila Emma kedengaran tidak ceria seperti selalu. Ada apa yang tidak kena? Sehari sebelum berangkat ke Kuantan Emma begitu teruja kerana tidak sabar ingin bertemu dengan Daniel. Namun kenapa pula suara Emma tidak kedengaran ceria jika dia sudah bertemu dengan Daniel.



Emma terdiam bila mummynya berkata demikian. Patutkah dia memberitahu mummynya bahawa dia tidak bertemu Daniel dan dia tidak tahu mengapa lelaki itu tidak datang bertemunya seperti yang mereka janjikan 3 tahun dahulu. Haruskah dia berbohong dengan mummynya?



"Emma tak jumpa Daniel lagi! Lagipun tujuan Emma kemari untuk menghadiri interview bekerja! Great news mums! Emma diterima bekerja di Hotel Tessere!," ujar Emma cuba tersenyum menyembunyikan perasaan hibanya.



"Emma diterima bekerja!! That's great dear! Emma daddy dah balik nanti we chat lagi ok? Take care sweet heart!," ujar Puan Cynthia lalu mematikan talian. Hatinya merasa hiba tiba-tiba. Dia sengaja mematikan talian kerana dia tidak mahu Emma merasa tekanan bila dia asyik bertanyakan tentang Daniel. Dia tahu akan perasaan Emma terhadap Daniel. Apa yang berlaku di antara mereka berdua? Cynthia pernah berbual dengan lelaki yang menjadi pujaan hati Emma. Dia mendapat tahu Daniel 10 tahun tua dari Emma. Pada awalnya dia tidak begitu setuju bila Emma suka pada lelaki yang bernama Daniel kerana faktor usia mereka yang jauh berbeza. Namun dia menerima juga kerana Daniel banyak memberikan kekuatan dan kata-kata perangsang kepada Emma dahulu. Dia merasa terhutang budi dengan Daniel kerana sedikit sebanyak Daniel membantu Emma menjadi wanita yang kuat.



Emma seorang anak muda yang tidak sihat. Dia disahkan mengidap leukemia ketika usianya 20 tahun. Doktor mengatakan harapan untuk Emma pulih amat tipis jika dia tidak mendapat 'bone marrow'. Dia dan suaminya berdoa siang dan malam agar Emma menerima penderma yang dapat membantu Emma untuk pulih. Doanya diperkenankan. Kesihatan Emma pulih semula bila seorang anonymous donor telah mendermakan 'bone marrow' yang serasi dengan darah Emma. Kesihatan Emma kini bertambah baik. Sehingga kini, mereka semua terhutang budi pada anonymous donor itu kerana mereka tidak dapat mengucapkan terima kasih kepadanya yang menderma 'bone marrow' itu kepada Emma. Mereka cuba mendapatkan maklumat si penderma namun hampa kerana pihak hospital tidak dapat mendedahkan identiti si penderma di atas permintaan penderma itu sendiri.

Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now