EMMA merasakan bahawa dia telah melukakan hati Liam semalam. Walaupun Liam tidak mengatakan kepadanya, namun dia dapat merasakan bahawa lelaki itu terasa hati dengan kenyataan yang dia luahkan semalam. Dia tidak bermaksud mahu menyakitkan hati Liam. Dia hanya tidak mahu terburu-buru membuat keputusan. Pengalaman yang lalu cukup mengajarnya untuk lebih mengerti dan memahami hatinya sendiri. Namun dia sedikitpun tidak pernah menyangkal bahawa dia sukakan Liam. Jika dia jatuh cinta lagi, lelaki itulah yang akan diberikan hatinya. Emma hanya khuatir untuk menerima hati Liam kerana dia tidak yakin pada dirinya sendiri. Perlukah dia berterus terang kepada Liam agar lelaki itu mengerti? Adakah dia terlalu mementingkan dirinya sendiri? Salahkah dia bersikap berhati-hati? Emma bermonolog dalam hati, sedar tidak sedar dia kini berada di hadapan pejabat Liam. Dia menghantar watsapp kepada Liam awal tadi, namun lelaki itu tidak membacanya. Adakah Liam merajuk hati dengannya? Emma percaya Liam bukan lelaki petty. Dia percaya lelaki itu tidak sempat membacanya. Fikir Emma cuba menyedapkan hatinya. Dia hanya mahu tahu jam berapa lelaki itu berangkat ke Jakarta kerana dia hendak memberi macaron kepada keluarga Liam di Jakarta. Dan menurut Liam anak manjanya itu suka pada macaron.
Emma menoleh kearah meja Aida. Wanita itu tidak kelihatan di mejanya seperti biasa. Emma melirik kearah jam di pergelangan tangannya. Masih awal! Dia yakin Aida masih belum berada di pejabat. Emma mengambil keputusan untuk masuk sahaja ke dalam pejabat Liam. Kotak berisi macaron yang di buatnya semalam di letak cantik di atas meja pejabat Liam yang kelihatan kemas tanpa sebarang fail mahupun dokumen. Emma menjeling kearah kotak sederhana besar berada di sisi meja Liam.
Emma mengerutkan dahinya mengingatkan sesuatu. Bukan itu kotak hadiah Hayden ke? Bisik hati kecil Emma. Kelmarin dia perasan Liam membuka kotak itu dan menayangkan kepadanya sepasang baju yang dibeli untuk Hayden. Jika kotak itu berada di pejabat Liam ini bermakna Liam masih belum berangkat lagi ke Jakarta. Emma tersenyum senang hati kerana dia tidak pasti samada Liam akan berangkat pagi atau petang kerana lelaki itu tidak memberitahunya apa-apa.
Emma membuka pintu pejabat Liam ingin keluar dari biliknya lalu terkejut bila Aida berdiri tercegat di hadapannya. Niatnya tidak mahu bertembung dengan Aida gagal kerana wanita itu memandang wajahnya dengan pandangan sinis dan penuh tanda tanya.
"You buat apa di bilik Liam??," ujar Aida lalu menolak bahu Emma, perbuatannya itu membuatkan Emma mengundur ke belakang lalu masuk semula ke dalam pejabat Liam. Aida ingin tahu apa yang di buat Emma di bilik Liam tadi.
"Semalam dia pesan untuk buatkan Macaron sebab dia hendak bawa ke Jakarta," bohong Emma kerana dia tidak mahu Aida mengesyaki apa-apa jika dia memberitahunya dia buatkan Macaron agar Liam dapat membawanya ke Jakarta. Dari cara pertanyaan Aida tadi, dia yakin Liam tidak memberitahu Aida akan hubungan mereka. Emma merasa lega kerana dia tahu pasti wanita itu tidak akan duduk diam jika dia tahu akan hubungan Emma dan Liam.
"Nak bawak pergi Jakarta??? You bergurau ke apa?? I baru balik hantar dia ke Airport!," ujar Aida ketawa kecil lalu membuka cermin compactnya, dia membetulkan rambutnya yang tidak kelihatan rapi. Kenapa Emma memberi Macaron itu lewat! Majikannya sudah terbang ke Jakarta. Memikirkan Liam tidak berada di pejabat selama hampir 2 minggu membuatkan Aida merasa senang hati kerana dia dapat pulang awal dari biasa sepanjang Liam tiada.

YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...