SEBAIK sahaja tiba di restaurant Dylan di bawa kearah meja di mana seorang wanita cantik sedang duduk menantinya. Wanita itu tidak perasan akannya kerana kelihatan leka memandang kearah luar restaurant. Dylan mula tersenyum mendapati wanita itu semakin cantik dan kelihatan berseri. Dylan mengeluh kecil bila mengingati bahawa wanita itu sudah bertunang.
"Hello Miss Bella..what a pleasant surprised to see you here!!" tegur Dylan lalu tersenyum sebaik sahaja tiba di meja Bella. Dia merasa gembira Bella datang menziarahinya kerana mereka sudah lama tidak bertemu. Sejak dia menetap di US mereka begitu jarang sekali mengadakan video call kerana Dylan sibuk dengan activitynya.
Bella menoleh kearah lelaki yang menegurnya. Wajahnya bertukar ceria sebaik sahaja terpandang akan wajah tampan lelaki yang menegurnya. Dylan kelihatan semakin tampan dan full of energy. Seperti Dylan yang di kenali dahulu.
"Hello Dy!!" ujar Bella dengan wajah teruja lalu tersenyum. Dylan membalas senyuman Bella. Dia turut merasa teruja dia segera menghampiri Bella lalu mencium pipinya sebelum duduk di hadapan Bella.
"You look great SIL!! How are you?? It's good to see you!" ujar Dylan dengan wajah gembira lalu membetulkan kedudukannya di kerusi. Bella benar-benar kelihatan cantik dan tidak kelihatan seperti wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Dan lagi kakak iparnya sememangnya cantik maka mantan abangnya Damien bernikah dengan wanita itu.
"I'm great as you can see! You look great too Dylan!! I hampir tak kenal you! Ingatkan Korean actor mana yang tegur I tadi! You look great with this new look! Very the oppa!" ujar Bella tetawa kecil lalu menepuk lengan Dylan perlahan.
"Aww..I'm flattered. Aren't I always look great SIL!" jawab Dylan lalu ketawa kecil bila Bella mengatakan dia kelihatan sesuai dengan his new image and style. This has always been his looks. Dylan looks. Mungkin Bella tidak pernah melihatnya sesantai sebegini kerana selama ini Bella hanya mengenali image Liam.
"Ok-oklah you always look great!" jawab Bella mengalah mengaku bahawa Dylan sememangnya jejaka kacak apa sahaja image dan style yang dipilih kena pada wajahnya.
Dylan tersenyum bila Bella berkata demikian. Matanya menjeling kearah cincin platinum bertatah belian princess cut yang tersemat kemas di jari kirinya. Dia memandang wajah Bella ingin bertanya sesuatu.
"Nice engagement ring!" ujar Dylan tersenyum tawar lalu memandang tepat ke wajah Bella ingin melihat reaksinya. Dia tidak tahu mengapa dia tidak merasa begitu gembira bila mendapati Bella sudah bertunang. Mungkin kerana dia mahu Bella selamanya menjadi kakak iparnya dan tidak akan tinggalkan mereka sekeluarga. Jika Bella berkahwin dia tidak akan dapat bertemu dengan Hayden selalu. Namun siapa dia untuk menghalang Bella untuk berkahwin lagi dan mencari kebahagiaannya sendiri.
Bella tersentak bila Dylan mengatakan cincin pertunangannya cantik. Dia menjeling sekilas lalu memandang wajah Dylan dalam keadaan serba salah. Dia tahu Daniel masih belum menyampaikan berita pertunangan mereka kepada Dylan. Dia tidak mengerti mengapa Daniel merahsiakannya. Bukankah Daniel selalu berkongsi apa sahaja dengan Dylan. Dia pasti Dylan merasa kecil hati bila mereka tidak memberitahunya.
"Sebelum you holler at me, why don't we order something?" ujar Bella lalu membuka menu yang berada di atas meja.
Dylan tertawa kecil bila Bella berkata demikian seolah-olah tahu bahawa dia akan bertanya pelbagai soalan kepadanya. Dia turut mencapai menu di hadapannya.

YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...