LIAM mengerutkan dahinya bila dia menerima pesanan ringkas dari Emma hanya menyatakan Thanks! Kepadanya. Thanks?? Thanks for?? Emma dapat membaca apa yang terdapat difikirkannya? Wah hebat sungguh penangan orang yang berkasih dapat membaca fikiran kekasih hati. Liam tersenyum sendiri bila terfikir kan perkara yang melucukan.
"Boss!!! You dengar tak?? I malas nak repeat lagi tau!!," ujar Aida bila Liam tidak mendengar apa briefing yang dia berikan untuk event minggu ini malah tersengih-sengih sendiri memandang handphonenya. Apa yang telah berlaku pada Liam? Selalunya dia tidak begini?
"I'm sorry! O.K. teruskan..," ujar Liam lalu memandang wajah Aida menandakan dia akan memberi perhatian kepada Aida dan tidak akan berkhayal lagi. Fokus!
"The award event kat Jakarta next month..you nak stay over berapa lama?? You nak pergi sendiri or you want me to tag along?," tanya Aida lalu memeriksa schedule Liam untuk bulan ini dan bulan depan. Award event di Jakarta dia ingin menempah flight buat Liam dan ingin tahu berapa lama Liam akan berada di sana. Kelmarin Liam ada menyatakan kepadanya berkemungkinan dia akan bercuti 2 minggu untuk bersama dengan keluarganya yang menetap di Jakarta.
Sekali lagi Liam tersenyum sendiri bila dia menerima sticker lucu yang diterima dari Emma. Wanita itu memberinya sticker Thank you with flying kiss! Liam tidak membalas sengaja dia mahu buat wanita itu merasa anxious.
Aida mengetap bibir merasa geram bila pertanyaannya tidak di jawab Liam. Malah lelaki itu kelihatan leka dengan handphonenya. Aida berjalan menuju kearah sofa yang di duduki Liam perlahan. Lelaki itu tidak perasan kerana dia berada di dalam dunianya sendiri. Aida berdiri di belakang majikannya. Dia membongkokkan badannya sedikit untuk melihat apa yang membuatkan bossnya hilang fokus.
"Siapa E boss??," ujar Aida bila Liam merasa teruja hanya kerana dia menerima pesanan Thanks dan sticker thanks flying kiss dari seseorang yang diberi nama 'E' sahaja di handphone majikannya.
Liam terkejut terperanjat bila tiba-tiba seseorang menegurnya dari arah belakangnya. Dia segera menoleh. Aida berada di belakangnya.
"Someone!!," ujar Liam spontan dia segera menyimpan handphonenya ke dalam saku jaketnya lalu menoleh kearah Aida. Dia memandang wajah wanita itu dengan pandangan tidak percaya. Bila masa Aida berada di belakangnya? Bukan wanita itu duduk di sofa hadapannya ke tadi! Hissh! Bagai hendak terlucut jantungnya bila Aida menyergahnya begitu.
Aida tersenyum lalu kembali ke tempat duduknya. Barulah dia tahu mengapa bossnya itu tidak fokus dan berkelakuan pelik. Rupa-rupanya lelaki itu sedang di lamun cinta. Dengan siapa Liam bercinta? Siapa yang misteri initial 'E' itu? Orang yang Aida kenali?
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...