Part 57

29 4 2
                                    



LIAM segera mencapai gagang telefon sebaik sahaja dia membaca pesanan yang di terima dari Daniel. Liam menunjukkan isyarat tangan supaya Aida berhenti seketika untuk membacakan jadualnya hari ini, kerana dia ada perkara yang lebih penting yang perlu dia tahu selain dari jadualnya. Dia memandang wajah Aida memberi isyarat agar wanita itu kembali ke pejabatnya semula nanti. Aida menganggukkan kepalanya perlahan tanda mengerti lalu meninggalkan bilik majikannya. Dia merasa pelik bila Liam tiba-tiba berkeadaan kalut sebegitu. Message dari siapa yang dia terima sehingga dia tidak di benarkan berada di dalam bilik Liam.



"Bro! How is she taking it?," ujar Liam dengan suara cemas sebaik sahaja Daniel menjawab panggilan telefonnya. Dia ingin tahu akan keadaan Bella setelah dia menerima berita dari Daniel. Adakah wanita itu dapat menerimanya atau sebaliknya.



"She's taking it pretty badly," jawab Daniel perlahan. Daniel tidak segera memberitahu Liam tentang perkara itu awal kerana dia tidak mahu Liam merasa risau dan terbeban. Dia mengambil masa hampir seminggu lamanya untuk memberitahu Liam kerana dia tidak mahu adiknya itu akan terus pulang ke Jakarta sebaik sahaja dia memberitahunya, kerana merasa khuatir Bella masih belum dapat menerima kehadiran Liam. 



Sejak Daniel memberitahu akan perkara sebenar, Bella banyak menyendiri dan menghabiskan masanya bersama Hayden, walaupun ia tidak begitu membimbangkan kerana Bella tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa dia merasa tertekan atau stress. Namun Daniel dan ibu Ava sentiasa memantau dan memerhatikan Bella dari jauh. Mereka berdua mahu memberi Bella masa untuk mengubat hatinya dan mereka merasa bersyukur kerana Bella dapat menerimanya walaupun wanita itu seperti menjarakkan dirinya dari mereka berdua. 



"Oh dear! Do you need me bro? I can clear my schedule and be with all of you in Jakarta," ujar Liam dengan suara prihatin. Dia akan tundakan segala pekerjaannya demi untuk bersama keluarganya di Jakarta. Jika mereka memerlukan sokongan darinya. Hari ini juga dia akan terbang ke Jakarta.



"You are coming next week anyway, no point of  you coming now! There's nothing much you can do!," jawab Daniel. Menurut Liam, dia akan ke Jakarta minggu hadapan kerana dia akan menghadiri majlis Asian top 40 Hotelier  event yang akan di adakan di Jakarta. Liam ada memberitahunya dia akan meluangkan masa bersama mereka di Jakarta sebaik sahaja majlis itu berakhir dan kebetulan pula pada hari yang sama adalah hari lahir Hayden dan Liam berjanji akan ada sama meraikan majlis Hayden.



"Are you sure??," jawab Liam masih merasa tidak senang hati bila Daniel berkata demikian kerana dia sudah menganggap Bella seperti kakaknya sendiri. Dia tidak mahu wanita itu sakit dan menderita. 



"Kau tak percayakan aku??," ujar Daniel bila Liam bertanya padanya.



"Sorry are you ok bro?? Don't take it to hard ok! It's beyond your control, it's not that you are trying to deceived her..you have to do what you have to do merely for her sake, for her to be well enough to accept the painful truth," ujar Liam kerana merasa silap tidak bertanya akan keadaan Daniel. Dia tidak mahu Daniel akan terus menyalahkan dirinya. Bukan kehendak Daniel untuk berbuat demikian, ianya kerana terpaksa. Dia percaya Daniel turut berduka hati melihat keadaan Bella begitu. Dia faham dan mengerti hati Daniel. Jika dia di tempat Daniel, dia juga akan merasa sama seperti apa yang Daniel rasai.

Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now