EMMA memasang nametagnya lalu menutup locker setelah memastikan rambutnya rapi dan tidak berselerakan. Sambil membetulkan kolar jaket dia menyimpan handphonenya ke dalam saku jaketnya. Dia berjalan menuju kearah screen monitor roster yang terdapat di dalam locker room. Dia mencari namanya ingin tahu dia di tugaskan di mana pula untuk hari ini. Dia mengerutkan dahinya bila di sebelah namanya tertulis – offside job. Apa off side job?? Dia merasa hairan kerana selama dia bertugas sebagai manager restoran belum pernah dia diberi tugas offside job.
"Eh sis Emma! Bukan hari ini you ada tugas di luar ke???," tegur Aishah bila managernya berada di dalam locker room siap beruniform. Bukankah managernya di tugaskan bekerja di luar? Di duty roster screen dia ternampak nama managernya akan bertugas di luar hari ini.
"Tugas luar?? Tugas apa??," tanya Emma dengan wajah keliru kerana dia tidak tahu menahu langsung bahawa dia ditugaskan di luar hari ini. Belum pernah terjadi pada dirinya.
"Entah Mr. Shahrul Nizam tak beritahu you ke sis?," tanya Aishah dengan wajah pelik bila managernya bertanya. Department mereka tidak memberi memo kepada managernya?
"Our Director?? No I tak dapat memo apa-apa pun!," jawab Emma merasa pelik bila Aishah menyebut nama Director F&B mereka. Jika nama Director dikaitkan sama, ini bermakna big job! Tapi job apa? Semasa meeting 2 hari lepas tak ada pula mereka mengatakan ada new big Project! Emma benar-benar clueless. Semasa meeting tiada langsung mereka sebut tentang Project baru selain dari event dan Project yang sedia ada sehingga pertengahan tahun depan. Apa dia berkhayal ke semasa meeting diadakan sebab itu dia tidak tahu. Mustahil!
Emma menekan Bluetooth kerana dia menerima panggilan telefon dari Danish rakan seangkatannya Manager Banquet.
"Em you ada off site job today. Change to your normal casual clothes, car is waiting for you at the lobby!," ujar Danish laju sahaja sebaik sahaja dia menjawab telefon tidak memberi Emma berpeluang bersuara langsung.
"Wait Dan! Apa off site job?? How come tak beri I ample notice?? Siapa punya arahan?? Mr. Shahrul?," tanya Emma bertubi-tubi kerana dia menerima arahan mengejut begitu.
"SN suruh you pergi on his behalf! He can't make it. It's about our new package program for honeymooners. So SN suruh you beri feedback review whether their package is good for us! You just enjoy their package!," terang Danish bila Emma bertanya tentang off site job yang diberikan kepadanya.
"You mean I pergi sendiri?? Why can't you come with me? It's for honeymooners package Dan! Need couple review!," jawab Emma bila Danish mengatakan SN tak dapat hendak turut serta dan Emma di kehendaki pergi sendiri.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...