EMMA menggigit bibirnya perlahan membaca surat yang di terima dari pihak HR. Hatinya berbelah bagi sebaik sahaja membaca surat yang diterima. Tempoh hari di bilik staf lounge dia terbaca akan notis dari syarikat mereka yang ingin menghantar beberapa pekerja Hotel yang berkelayakan dan terpilih melalui penyata penilaian pekerja. Tawaran yang diberikan membuatkan Emma meletak namanya sebagai salah seorang calon.
Pekerja yang terpilih akan di beri peluang untuk bekerja sambil belajar di beberapa negara di anak syarikat hotel yang terdapat di negara tersebut. Pekerja yang terpilih dapat menimba pengalaman. Dan setelah tamat mereka di beri peluang untuk dinaikkan taraf jawatan dan masa depan yang menjanjikan di syarikat mereka.
Emma tidak menyangka bahawa dia salah seorang pekerja yang terpilih. Dia diminta untuk menghadiri temuduga dengan beberapa orang pengarah dan salah satu panel pengarah yang menemuduganya tempoh hari adalah Daniel.
Pada awalnya Emma menyangka dia tidak akan terpilih dan dia merasakan peluang dia terpilih amatlah tipis kerana bukan calang-calang orang yang menghadiri temuduga itu, terdapat beberapa pekerja yang jauh lebih senior dan berpengalaman darinya. Namun Emma hadiri juga kerana dia ingin mencuba nasibnya.
Sebaik sahaja temuduga yang di hadiri selesai. Dia di beri nota dari salah seolah kerani HR di dalam nota tersebut dia di minta untuk masuk ke dalam bilik temuduga sekali lagi setelah calon terakhir keluar dari bilik temuduga. Emma tidak memikirkan apa-apa dan hanya duduk di kerusi yang disediakan di hadapan bilik temuduga. Setelah calon terakhir keluar dari bilik temuduga. Emma bangkit dari kerusi lalu mengetuk dan membuka bilik temuduga. Dia merasa terkejut bila mendapati hanya Sophia dan Daniel sahaja yang berada di situ manakala lagi 2 pengarah yang menemuduganya awal tadi telah meninggalkan bilik temuduga.
Emma duduk di bangku yang dia duduki awal tadi semasa di temuduga lalu memandang wajah mereka berdua.
"Emma, awak betul hendak pergi ke destinasi yang kami tetapkan sekiranya awak terpilih?," tanya Sophia lalu memandang wajah Emma.
Emma memandang wajah Sophia dan Daniel bila di tanya soalan demikian kerana merasa pelik. Apa soalan yang mereka tanyakan? Bukankah dia sendiri yang menulis namanya di notis mengatakan dia berminat maka dia sudah memikirkannya dan mengambil keputusan untuk serta. Lainlah orang lain yang menulis di notis tersebut tanpa pengetahuannya.
"Sebelum saya jawab soalan Cik Sophia, saya nak tahu kenapa saya diminta datang ke bilik ini semula? Tanya Emma lalu memandang wajah Daniel kerana dia percaya tiada orang lain yang bisa berbuat demikian selain Daniel. Dia tidak mahu diberi layanan istimewa kerana kebetulan sungguh dia kenal pada pemilik syarikat ini.
Daniel kelihatan serba salah bila Emma memandang wajahnya. Memang dia yang meminta Emma bertemu mereka semula kerana dia tidak berpeluang bertanya soalan yang agak peribadi ketika dia di temuduga awal tadi. Dia tidak mahu pengarah yang hadir sama tadi tahu akan hubungan dia dengan Emma kerana tidak mahu mereka menyangka Daniel akan pilih kasih.
"Actually! You know what? I really don't want to know. Since this is not a formal interview..of cause saya akan teruskan! Saya harap saya telah menjawab pertanyaan cik Sophia," jawab Emma dengan nada geram namun dia tidak memandang ke arah Sophia malah dia memandang tepat ke wajah Daniel yang duduk di sebelah Sophia kerana dia yakin soalan itu Daniel yang mahu Sophia bertanya kepadanya. Dia tidak tahu mengapa dia merasa jengkel dengan Daniel. Mana mungkin dia masih marah pada lelaki itu. Bukankah Emma sudah dapat melupakan hubungan mereka dahulu dan telah memaafkan lelaki itu, namun dia tidak mengerti mengapa setiap kali lelaki itu cuba berbaik dengannya semula dia merasa jengkel.
"Even though you have to be away for like 3 to 4 years?" tanya Daniel bila Emma memberi jawapan begitu padanya. Dia merasa khuatir bila Emma berkata demikian kerana dia tahu akan kesihatan Emma dahulu. Dia tidak tahu samada Emma benar-benar sihat kerana dia terlupa hendak bertanya pada wanita itu dahulu.

YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...