AIDA mengelap meja Liam dengan tisu basah walaupun dia tahu meja Liam sudah di lap bersih pagi tadi oleh pembersih pejabat. Aida berbuat demikian untuk memastikan ianya benar-benar bersih. Hari ini, hari pertama dia mula bekerja di pejabat setelah hampir sebulan dia tidak mempunyai meja dan bekerja dari rumah kerana Liam baru pulang ke Malaysia beberapa hari lepas dan dia bekerja dengan Liam melalui video call dan email sepanjang Liam masih lagi berada di US. Hubungan mereka menjadi clique walaupun dia tidak pernah bertemu dengan Liam secara peribadi sebelum ini. Mereka hanya berhubungan melalui video call dan email. Jadi dia tidak begitu mengenali Liam secara peribadi. Apa yang dia tahu Liam seorang lelaki yang sukar di fahami kerana dia tidak pernah menunjukkan perasaannya yang sebenar dan sentiasa skema.
Aida menoleh kearah pintu pejabat Liam bila kedengaran pintu bilik lelaki itu ditutup. Aida segera berdiri di sebelah meja Liam bila menyedari lelaki itu menuju kearah mejanya. Aida memberi senyuman kepada Liam. Liam tidak membalas dia mencampak briefcasenya di atas meja. Dia membuka butang suitnya lalu duduk di kerusinya.
Aida mengerutkan bibirnya bila Liam berkeadaan sedemikian. Pasti mood Liam tidak begitu baik.
"Aii boss first day dah bad mood!," tegur Aida lalu mencapai briefcase yang dicampak Liam tadi lalu di letakkan di atas almari di belakang bosnya.
"I don't like this job! It sucks!," ujar Liam perlahan lalu menyandarkan badannya.
Aida menjeling bila bosnya berkata demikian. Dia sedia maklum bosnya memang tidak berminat dalam bidang perhotelan. Dan tidak suka bekerja di pejabat kerana ia bukan minat dan kesukaannya. Di US bosnya lebih berminat dengan dunia seni. Apa-apa yang berkait dengan seni adalah kesukaannya. Sebab itu Aida tidak mengerti mengapa Liam di tugaskan untuk bekerja di Tessere sedangkan dia tidak suka dan punya skill dalam bidang perhotelan.
"Kenapa tak suka boss?? You really tolak jawatan CEO??," tanya Aida bila Liam mengatakan dia tidak suka dia merasa terkejut bila bosnya menolak title CEO malah menjadi MD. Jika dia tidak suka mengapa dia bekerja di sini?? Dan mengapa dia di berikan tugasan seorang MD di Hotel ini. Aida menjadi musykil sendiri bila memikirkannya. Jika tidak kerana Liam yang mengaku berterus terang dia tidak suka bekerja di sini. Dia tidak tahu menahu tentang Liam.
Liam menoleh kearah Aida bila PAnya bertanya mengapa dia tidak suka.
"It's not my cup of tea!" ujar Liam perlahan. Dia tidak layak berada di kerusi ini kerana ia bukan dari titik peluhnya sendiri. Dia hanya menggantikan tempatnya.
Aida ingin bertanya lagi namun dia mendiamkan diri kerana dia khuatir tindakannya itu akan menaikkan kemarahan Liam. Sebelum dia berkhidmat dengan Liam dahulu dia pernah bekerja dengan boss yang pernah menduduki pejabat ini. Walaupun dia hanya bekerja dengan lelaki itu sementara namun dia senang bekerja dengan lelaki itu. Bossnya itu adalah pengarah sementara sebelum mereka melantik yang baru. Dia mendapat tahu boss sementaranya itu kini diganti dengan Liam.
Pintu bilik Liam di ketuk seseorang dari luar. Liam memandang ke arah pintu bila pintu biliknya di buka. Sophia masuk ke dalam biliknya. Di tangannya terdapat sekeping fail. Dia menoleh kearah Aida PA Liam memberinya isyarat bahawa dia mahu Aida meninggalkan bilik pejabat Liam kerana mereka mahu berbincang sesuatu.
Aida keluar dari bilik sebaik sahaja Sophia memberinya isyarat sebegitu. Sebaik sahaja pintu pejabat Liam di tutup. Sophia menuju kearah sofa di hadapan meja Liam. Fail yang di bawa sama tadi di letakkan di atas meja. Liam bangkit dari kerusinya lalu menuju kearah sofa di mana Sophia sedang duduk menantinya.
"I harap you suka Office you!," ujar Sophia lalu memandang dekor hiasan yang terdapat di dalam bilik pejabat Liam. Dia percaya semuanya adalah cita rasa Liam kerana dekor hiasan pejabatnya berlainan benar dengan dekor hiasan MD sebelum ini. Pejabat Liam penuh vibrant colors.
"Do i look like i care?" jawab Liam lalu duduk menyandar. Dia memandang di setiap penjuru bilik pejabatnya. O.K.! Tapi dia tidak suka bekerja di pejabat dari pagi hingga ke petang. Jika di beri pilihan samada dia bekerja di pejabat atau pulang ke US melakukan kerja yang dia sukai. Liam akan memilih kerjayanya sendiri dari bekerja di sini.
"You have to get to used to it!," jawab Sophia lalu memandang wajah Liam.
Liam mengeluh berat lalu mencapai fail yang berada di hadapannya. Dia membuka fail berkulit itu lalu tersenyum bila matanya berhenti meneliti nama-nama pekerja baru yang lain yang akan bermula bekerja hari ini.
"She made it through! I'm surprised! But why the sudden change of mind?," jawab Liam lalu memandang wajah Sophia. Bukankah hari kelmarin Sophia dan Farid tidak bersetuju untuk menerima wanita itu bekerja di Hotel ini. Kenapa mereka merubah fikiran??
"Everyone deserves a second chance!," jawab Sophia tanpa mengulas panjang. Memang dia dan Farid pada awalnya tidak mahu Emma bekerja di hotel ini kerana sebab-sebab tertentu. Namun mereka merubah fikiran bila Liam memberi komen di bahagian remarks 'Everyone deserves a second chance'. Sophia mengingatkan dia pada seseorang sebaik sahaja dia terbaca komen dari Liam kerana lelaki itu selalu memberi komen sebegitu.
Liam menganggukkan kepalanya perlahan lalu tersenyum bila Sophia berkata demikian. Dia bangkit dari sofa lalu mengenakan butang jaketnya semula. Fail di atas meja di ambil. Dia menoleh kearah Sophia yang masih belum berganjak bangun.
"Shall we go? We have a long day today!," ujar Liam dengan wajah teruja. Dia tidak sabar mahu bertemu dengan wanita Feisty itu lagi. Dia mahu melihat wajah terkejut wanita itu bila wanita itu mendapat tahu siapa dirinya kerana ketika interview dahulu Liam belum memberi kata putus samada mahu menyandang jawatan yang diberi. Dia hanya bersetuju jika dia diberi jawatan MD dan bukan CEO. Dan apa yang mengejutkannya ahli lembaga pengarah mengundi agar dia menjadi Pengarah Urusan dan bukan Ketua Pegawai Eksekutif seperti yang di tawarkan kepadanya. Maka Liam tiada alasan untuk menolak tawaran menjadi MD kerana itu yang dia kehendaki.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...