PUAN Ava memandang wajah Daniel bila lelaki itu duduk di sofa TV dinyalakan namun tumpuannya tidak kepada rancangan yang di tayangkan di kaca TV kerana fikiran melayang jauh entah kemana sehingga dia duduk di sebelahnya, Daniel tidak sedar. Dia tahu Daniel memikirkan tentang banyak perkara. Dia merasa kasihan pada Daniel kerana nasibnya tidak begitu baik dan sering diuji sebegini. Tuhan mahu menguji Daniel. Dia hanya mampu berdoa agar Daniel tabah menghadapi ujian darinya.
"Daniel hendak terus tinggal di sini??," tegur Puan Ava tanpa menoleh kearah Daniel. Selama ini dia tidak pernah bertanya kepada Daniel berapa lama dia mahu tinggal di Jakarta. Mungkin kerana doktor mahu memantau kesihatan Daniel setelah dia menjalani pemindahan bone marrow 3 bulan yang lalu. Maka Daniel mengambil keputusan untuk terus tinggal sahaja di sini agar mudah dia berulang alik bertemu dengan doktor yang merawatnya. Namun setelah 3 bulan lamanya dan kesihatan Daniel kembali pulih seperti sedia kala. Dia merasa hairan Daniel masih berada di sini, Daniel punya syarikat dan kerjaya dia mahu tahu apa rancangan Daniel yang seterusnya setelah dia sihat semula.
Daniel tersentak bila ditegur lalu menoleh kearah ibunya yang berada di sebelahnya.
"Tak kan Daniel nak biarkan ibu seorang yang menjaga Bella dengan Hayden! Ibu pasti tidak terlarat hendak menjaga mereka berdua!," jawab Daniel lalu tersenyum bila ibu Ava menyuruhnya kembali ke Malaysia semula. Dia sudah nekad dan telah mengambil keputusan untuk bersara. Dan mahu serahkan hal business kepada Dylan dan Sophia rakan businessnya. Dia merasakan sudah tiba masanya Dylan berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dan perhotelan. Dia yakin dengan kebolehan Dylan.
Dan juga dia mahu menunaikan janjinya kepada Damien. Damien telah memberinya sesuatu yang berharga buat dirinya. Dia benar-benar tidak menyangka dan terfikir Damien pergi bertemu dengan doktornya sebelum dia berangkat ke Bali untuk berbulan madu dengan isterinya dahulu.
Seperti dapat merasakan bahawa usianya tidak panjang. Damien dengan sendirinya meminta doktor Herman Iskandar selaku doktor perawat Daniel untuk mengambil cecair dari tulang sum-sumnya untuk disimpan di makmal bertujuan untuk mengawetkannya. Kerana menurut doktor dan kajian scientific boleh mengawetkan cecair tulang sum-sum dan ia dapat menyelamatkan nyawa seseorang. Walaupun procedure pemindahan tulang sum-sum telah di tetapkan beberapa hari selepas mereka berbulan madu. Damien seakan tidak mahu mengambil risiko lalu mengambil keputusan untuk mengawetkannya tanpa pengetahuan keluarganya. Hanya doktor dan pihak hospital sahaja yang tahu. Dan Daniel hanya mendapat tahu dari Dr. Herman setelah mereka selamat menyempurnakan jenazah Damien.
Daniel langsung tidak terfikir kan tentang penyakitnya ketika mereka menerima musibah kehilangan Damien. Jika ia sudah tersurat dan tertulis usianya tidak panjang. Dia berserah sahaja pada tuhan dan menerimanya kerana harapan terakhir untuk dia pulih bagi mendapatkan tulang sum sum Damien. Namun Damien telah tiada maka dia terima dengan nasibnya. Sebab itu dia tidak berharap dan menyangka bahawa Damien membuat persiapan terakhir buat dirinya. Budi Damien tidak terbalas oleh Daniel. Dia hanya mampu mendoakan Damien gembira di sana. Jadi Daniel mahu berbakti. Dia mahu menyempurnakan hajat Damien dengan menjaga Bella dan Hayden.
"Ibu boleh menjaga mereka berdua. Ibu bukan seorang sahaja! Ada pembantu lain yang turut membantu sama. Ibu cuma risaukan tentang Daniel! Sampai bila Daniel mahu menjaga hati Bella??? Ibu rasa sudah tiba masanya Daniel mencari kebahagiaan sendiri! Ibu tak sanggup lihat Daniel hidup begini, tak kan Daniel hendak membujang hingga ke tua??," ujar Puan Ava bila Daniel mengatakan dia mahu terus menjaga Bella dan Hayden dan sanggup mengorbankan kebahagiaannya sendiri.
Daniel tersenyum bila ibunya risau kerana khuatir kan dia akan hidup membujang sampai ketua. Besar kemungkinan ia, kerana Daniel tidak bercadang untuk berkahwin kerana hatinya belum terbuka untuk beristeri. Niatnya hanya satu. Jika Bella sudah sembuh dari penyakitnya dia mahu mengambil Bella menjadi isterinya kerana dia tidak dapat meneruskan niatnya itu kerana keadaan Bella yang masih belum sembuh dan masih menganggap dia adalah Damien.
Dia mahu menjaga Bella dan Hayden seperti yang di janjikan. Daniel mengetepikan soal cinta ia lebih kepada tanggungjawabnya terhadap Bella dan Hayden.
"Siapa yang hendakkan lelaki berumur seperti Daniel?," jawab Daniel lalu menoleh kearah ibunya. Usianya sekarang 38 tahun. Ada ke wanita yang masih sudi pada dirinya lagi?
"Daniel!!! Lelaki semakin matang usianya semakin laku! Daniel bujang dan bukan suami orang?? Ibu percaya tentu ramai yang beratur ingin menjadi isteri Daniel!," ujar Puan Ava bila Daniel mengatakan tiada siapa yang inginkannya yang telah berusia.
Daniel tergelak kecil bila ibunya berkata demikian. Dia merasa lucu bila ibunya risaukan tentang dirinya yang masih membujang dan tidak beristeri. Dia merasakan dirinya seperti anak dara yang dipaksa berkahwin kerana usia semakin lanjut sedangkan dia tidak mahu berkahwin lagi.
Puan Ava menjadi risau bila Daniel menganggap apa yang di katakan tadi itu lucu. Dia tahu akan isi hati Daniel. Daniel mengetepikan kebahagiaannya kerana mahu menjaga Bella dan Hayden. Dan dia sanggup membujang kerana mereka memerlukan Daniel. Dia tahu Daniel pernah suka pada seorang wanita muda semasa dia menjadi CEO di Tessere dahulu walaupun anaknya tidak pernah menyatakan kepadanya. Dia mendapat tahu dari Dylan. Dan Puan Ava mahu Daniel mencari wanita yang di sukai itu dan berkahwin dengannya jika mereka suka sama suka. Itu yang dia harapkan dia mahu melihat Daniel bahagia. Namun Daniel seakan sudah lupa pada wanita itu kerana Daniel tidak pernah menyebut tentang wanita itu padanya.
"Tak mengapa lah ibu! Daniel tidak merasa terbeban menjaga Bella dan Hayden. Mereka berdua bukan orang lain. Lagipun Daniel dapat menulis bila berada di sini! Tidaklah Daniel merasa bosan!," jawab Daniel cuba meyakinkan ibunya dia tidak merasa begitu kisah kerana masih bujang. Dia tidak begitu memikirkan tentang jodoh. Jika ada jodohnya adalah. Jika tiada dia berserah pada takdir.
"Bagaimana dengan that young lady yang Daniel sukakan dahulu?? Daniel tak berhubung dengannya lagi?," tanya Puan Ava bila Daniel tidak pernah menyebut atau memberitahunya tentang wanita yang di sukainya sehingga dia terpaksa menyebutnya kerana masih mengharapkan Daniel merubah fikirannya dan memikirkan kebahagiaannya.
Daniel terkejut bila ibunya mengungkit kisah dia dengan Emma. Setahunya dia tidak pernah memberitahu ibunya tentang Emma. Daniel dapat mengagak siapa yang memberitahu ibunya jika tidak dari Dylan. Daniel tersenyum lalu memandang wajah Puan Ava bila ibunya mahu tahu akan perkembangan hubungannya dengan Emma kerana Daniel tidak pernah berkongsi cerita dengannya. Daniel tidak seperti Dylan yang suka menceritakan tentang hal peribadi kepadanya. Bukan puan Ava mahu mencampuri urusan Daniel. Dia tahu Daniel seorang lelaki yang mementingkan privasi. Namun dia tidak dapat menahan dirinya dari bertanya kepada Daniel.
"I'm sure she's happy somewhere!," jawab Daniel lalu tersenyum sebaik sahaja teringatkan wanita muda itu. Dia percaya Emma bahagia dengan kehidupannya sekarang. Dia terlupa langsung tentang Emma sejak dia berada di Jakarta. Jika ibunya tidak menyebut nama Emma dia tidak teringatkan wanita itu. Apa khabar wanita itu sekarang? Hampir 4 tahun dia tidak mendengar berita mengenai wanita itu. "How are you Emma?," bisik hati kecil Daniel.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...