EMMA membuka pintu bilik Suite hotelnya. Dia merasa terperanjat bila di lihat ada seorang wanita yang tidak di kenali berada di dalam Suite sedang menyimpan baju lelaki 'Shrek' itu ke dalam luggage yang berada di atas katil. Wanita itu juga terkejut kerana melihat orang lain yang masuk ke dalam Suite. This Hotel seriously needs to upgrade their reservation system so that a double booking incident won't happen again! Gerutu Emma dalam hati.
"Is he moving out??," ujar Emma dengan wajah tidak bersalah bila dia lihat wanita itu menyimpan baju lelaki dan barang peribadinya itu ke dalam luggage.
Wanita itu tidak menjawab. Dia hanya mencampak beg toiletries lelaki itu ke dalam luggage dengan kasar menunjukkan dia marah.
O.K. Scary! Emma segera senyap bila di lihat wanita itu tidak senang dengan pertanyaannya. Dia pun satu yang hendak menjadi peramah tiba-tiba kenapa? Buat hal sendiri sahaja lah kenapa dia hendak bertanya apa-apa pada wanita itu.
"Dah biasa tidur sebilik dengan lelaki tak dikenali ke?," ujar wanita itu tiba-tiba.
Berdesing telinga Emma bila wanita itu tiba-tiba bersuara bertanya kepadanya samada dia sudah biasa tidur sebilik dengan lelaki yang tidak dikenali?? What is she trying to imply??? That I'm a cheap girl who likes to sleeps around??
"Excuse me!!! Jantan awak tu tak beritahu sebab apa ke??," marah Emma bila wanita itu sewenang-wenangnya menuduh dia wanita murahan. Tolonglah dia tidak begitu terdesak seperti wanita itu sangkakan. Waima sekacak dan se-handsome mana pun lelaki itu. Dia tidak akan melakukan perkara yang bodoh seperti itu.
"Whatever the reason is, I tak akan tinggal sebilik dengan lelaki I tak kenal melainkan ada niat lain!," sindirnya lagi lalu menutup luggage dan menzipnya. Dia menurunkan luggage beg itu dari katil lalu di sorongkan kearah ruang tamu. Dia melabuhkan punggung di sofa bertentangan dengan wanita yang tidur sebilik dengan Liam. Dia mengamati wanita itu dari atas hingga ke bawah.
Panas telinga Emma mendengar komen wanita itu. Emma tidak membalas kerana dia merasakan tidak perlu memberi sebab kepadanya. Emma hanya mampu mengetap bibir menahan geram bila wanita itu berbuat demikian. Siapa dia hendak memandangnya dari atas hingga ke bawah? Si jantan tak guna itu sama perangai dengan wanita yang berada di hadapannya. Memang pasangan yang sesuai sangat! Sama-sama kurang ajar.
"Niat apa?? Oh please I would rather terjun diri dari tidur dengan lelaki kurang ajar macam dia!," ujar Emma baran. Masuk tak di jemput tahu-tahu hendak membuat onar. Tujuan dia pulang ke bilik memang hendak pindah ke Hotel lain kerana setelah apa yang berlaku awal tadi dia tidak mahu berdepan dengan lelaki itu. Dia tidak mahu lelaki itu memperlekehkannya nanti. Namun niatnya untuk berbuat demikian terbantut bila teman wanita lelaki itu sudah berada di dalam bilik.
****
Liam mengurut belakang lehernya perlahan kerana tengkuknya merasa sengal dan lenguh. Hampir satu hari dia berada di dalam bilik temuduga ianya cukup membuatkan tenaganya hanya tinggal 20%. Niat hendak keluar hotel dan makan di luar terpaksa Liam kuburkan kerana dia merasa benar-benar drain. Sebaik sahaja sesi temuduga selesai. Dia bersama Sophia dan Farid berbincang memilih calon yang sesuai untuk di terima bekerja di Hotel ini. Setelah berbincang hampir 3 jam. Kerja pemilihan sudah selesai dan Sophia akan berikan tugas yang lain kepada HR Department.
![](https://img.wattpad.com/cover/266759609-288-k434223.jpg)
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...