DANIEL memandang wajah Bella tanpa wanita itu sedari dia memandang wajahnya. Daniel menyeluk saku seluarnya untuk memastikan cincin yang akan diberikan untuk melamar Bella masih lagi berada di dalam poketnya.
"Bella," tegur Daniel perlahan.
Bella mengangkat wajahnya lalu memandang tepat ke wajah Daniel bila lelaki itu menyebut namanya. Dia meletak garpu di sebelah pinggannya. Dia percaya Daniel mahu berkata sesuatu kerana reaksi di wajahnya Daniel seperti mahu menyampaikan berita penting. Pasti Daniel mahu memberitahunya bahawa dia mahu kembali ke Kuala Lumpur. Bella sudah tahu berita tentang itu dari ibu mertuanya. Dan dia tidak akan membantah dan menghalang Daniel.
"Abang ingin menjadikan Bella sebagai-,"
"Abang..," celah Bella tanpa sempat Daniel meneruskan kata-katanya.
Daniel tidak menyambung ayatnya malah memandang wajah Bella bila wanita itu kelihatan serious dan tiada senyuman terukir di bibirnya.
"Maaf Bella tidak dapat menerima," jawab Bella dengan nada tegas lalu memandang tepat ke wajah Daniel. Dia tahu apa yang hendak Daniel ucapkan dan cuba sampaikan kepadanya tadi. Daniel selalu memberinya kata-kata kiasan bahawa dia suka padanya. Dan Daniel pernah beberapa kali mengutarakan hasratnya sebelum ini. Dan setiap kali Daniel berkata demikian dia mengatakan dia tidak dapat menerima hati Daniel. Dia menyangka Daniel akan berhenti dan tidak akan bertanya padanya lagi.
Namun dia tidak menyangka Daniel bertanya lagi padanya pada malam ini. Dan jawapannya tetap sama, dia tidak dapat menerima hati Daniel. Bella terpaksa bersikap dingin kerana dia mahu Daniel menghentikan niatnya dan tidak lagi mengutarakan perkara itu lagi di masa akan datang. Dia tidak mahu terus menerus menghampakan hati lelaki itu. Dia menghormati Daniel. Daniel telah banyak berkorban untuk dia dan Hayden. Dia tidak membenci Daniel. Dia mahu Daniel bahagia di samping wanita yang di cintai. Dia tidak mahu Daniel korbankan cintanya demi mereka berdua.
"Bella-,"
"Bella tahu mengapa abang melamar Bella, abang merasa bertanggungjawab dan kasihan pada Bella, Bella tidak mahu abang korbankan cinta abang untuk kebahagiaan Bella dan Hayden. Bella tahu abang punya teman wanita, Bella mahu abang bahagia bersama wanita itu,"
"Bella dengar penjelasan abang dulu, abang melamar Bella bukan kerana merasa-,"
"Abang bukan Damien! Abang tak akan dapat mengantikan tempat Damien," jawab Bella tegas mematikan ayat Daniel. Daniel kelihatan terkejut bila Bella berkata demikian. Lidahnya kelu tidak terkata.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...