Part 21

33 6 4
                                    


EMMA membuka kotak yang terdapat di hadapannya dengan penuh ghairah. Napkin baru yang di tempah sudah tiba. Dia segera mencapai sehelai napkin linen sateen berwarna biru laut itu. Tangannya pantas sahaja melipat napkin itu ke bentuk bunga ros. Bibirnya menguntum senyum kerana napkin yang sudah di bentukkan kepada bunga ros kelihatan terletak cantik di atas meja.


"Hai sukanya dia macam dapat hadiah pula? Napkin aja pun!," usik kak Farhana Manager Housekeeping bertugas hari ini melihat wajah teruja Emma sebaik sahaja membuka kotak berisi napkin baru restoran mereka.


"Eh kak saya benda-benda kecik macam ni pun saya dah excited!," jawab Emma lalu tersenyum. Apa sahaja yang berkaitan dengan kerjanya. Dia akan merasa teruja.


"Akak nak tengok berapa lama! Emma boleh kekal excited bekerja di Hotel ini! Dengar kata MD baru kita tak berapa excited bertugas di sini!," ujar Farhana lalu menulis sesuatu di fail inventorinya. Dia mendapat tahu dari anak buahnya. MD baru mereka tidak begitu teruja mengambil alih kerja CEO mereka dahulu. Mereka tidak tahu apa yang berlaku kepada CEO mereka dahulu kerana tiada siapa yang berani berkata apa-apa tentang CEO lamanya. Mereka hanya mendapat tahu CEO mereka sudah meletakkan jawatan dan yang menggantikan tempat CEO itu adalah Encik Liam MD baru mereka. Kenapa dia tidak mahu menyandang CEO malah meminta title sebagai MD. Tiada siapa yang tahu.


"Hopefully lama! MD baru tak excited bekerja di sini! Kenapa kak?," ujar Emma tidak mahu kelihatan teruja bila Kak Farhana mendapat berita tentang MD mereka. Dia percaya kak Farhana sudah lama bekerja di Hotel ini maka dia tahu akan perkembangan pengurusan Hotel ini.


"Entah akak dengar dia terpaksa jadi MD Hotel ini bukan kerana dia mahu menjadi MD di Hotel ini!," ujar Farhana kerana itu yang di dengar dari anak buahnya mengenai MD baru mereka. Dia pernah melihat MD baru mereka. Lelaki itu kelihatan elok sahaja. Orangnya segak dan kacak. Anak orang berada namun dia tidak pernah berurusan dengan lelaki itu sebelum ini. Dia tidak tahu akan perangai MDnya.


"CEO yang sebelum ini kenapa dia berhenti kak?," tanya Emma ingin tahu namun dia tidak mahu menunjukkan ketara bahawa dia benar-benar ingin tahu tentang Daniel.


"Akak pun tak tahu Emma. Tiada siapa yang berani bersuara tentang CEO lama kita! Apa yang akak tahu 3 tahun sebelum dia meletak jawatan. Dia selalu out-station dan jarang berada di Hotel! Emma kenal siapa CEO Hotel ini dahulu?," tanya Farhana kerana Emma baru sahaja bertugas di Hotel ini bagaimana dia kenal akan CEO lama mereka.


"Ah tak kenal cuma nak bandingkan CEO lama dengan MD kita sekarang ni? Berbeza tak! Dengar kata CEO lama orangnya baik!," ujar Emma memberi alasan dia tidak mengenali Daniel kerana dia tidak mahu kak Farhana tahu bagaimana dia mengenali Daniel dahulu.


"Orangnya segak dan kacak seperti MD baru kita! Perwatakannya serius pada awalnya. Namun dia berubah setelah desas desus mengatakan dia tidak berapa sihat!," ujar Farhana cuba mengingati CEO mereka Mr. Daniel Lucas. Pada awalnya dia menyangka Mr. Daniel Lucas seorang lelaki yang sombong kerana lelaki itu tidak pernah berurusan dengan pekerja seperti mereka dahulu. Namun perwatakannya berubah setelah dia mendapat tahu dari sumber yang di percayai bahawa majikan mereka itu tidak berapa sihat.


Farhana menjeling kearah telefon di hadapannya. Di screen tertera MD office.


"Speak of the devil!," ujar Farhana tersenyum lalu mencapai gagang telefon.


Emma membesarkan matanya sebaik sahaja Farhana berkata demikian. Ini bermakna orang yang mereka umpat menghubungi Housekeeping.


Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now