LIAM memerhatikan PA Aida kelihatan kelam kabut sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di kerusi pejabatnya setelah dari pagi hingga ke tengahari dia menghadiri mesyuarat dengan beberapa department mengenai event akan datang mereka. Wanita itu membuat kerjanya seperti lipas kudung dan tidak menghiraukan Liam yang mahukan perhatian darinya. Aida membuka almari bajunya lalu di simpan suit dan beberapa helai kemeja Liam yang diambil dari dobi awal tadi. Aida mencapai dokumen untuk Liam bawa bersama untuk mesyuarat jam 3 petang nanti. Liam hanya duduk memerhatikan Aida ke sana ke mari melakukan kerjanya.
"Aida!," ujar Liam bila wanita itu masih tidak menghiraukan dia seolah-olah dia tidak berada di dalam bilik.
Aida meletak beberapa dokumen yang sudah di print awal tadi di atas meja Liam. Bila majikannya memanggil namanya dia menunjukkan tangan tanda bersabar kerana dia masih sibuk dengan kerjanya.
"Aida!! Berhenti sekejap! I need to know what's my schedule is after lunch," ujar Liam lalu memandang wajah Aida.
Aida menyeluk saku jaketnya lalu mengeluarkan handphone. Dia mencari sesuatu dari handphonenya lalu menekan send.
"O.K.. I dah send to your phone! Sorry boss today I kena take time off sebab my baby sakit hendak kena hantar dia ke hospital!," ujar Aida sibuk mencari penyata kira-kira untuk mesyuarat petang nanti dari meja Liam. Dia mengangkat file-file yang berada di atas meja Liam.
"Your baby sakit! I didn't know you dah-..why didn't you tell me earlier???..just go already!," ujar Liam merasa terkejut bila Aida mengatakan anaknya sakit. Dia tidak pernah tahu Aida sudah berkeluarga kerana wanita itu tiada menunjukkan ciri-ciri bahawa dia sudah bersuami dan mempunyai anak kecil. Patutlah Aida kelam kabut membuat kerjanya kerana dia terpaksa pulang menghantar anaknya ke hospital. Kenapa Aida tidak menghantar pesanan ke handphonenya sahaja.
"O.K. for me to go??," tanya Aida bila Liam menyuruhnya pergi.
"Of course go!! Leave!," ujar Liam bila Aida masih mahu bertanya kepadanya lagi.
"Thanks boss!! I'm sure my baby kitty will appreciate and sayang you so much for being understanding boss!," ujar Aida dengan wajah lega. Dia tidak senang duduk bila pagi tadi sebelum dia ke pejabat dia mendapati baby tidak sihat. Pagi tadi baby lepak sahaja tidak mahu makan bila dia memberinya makanan. Aida menjadi risau sendiri kerana khuatir terjadi apa-apa pada kucing kesayangannya.
"Wait! Baby kitty??," ujar Liam bila Aida menyebut 'kitty' di belakang baby yang di sebutnya tadi.
"Ya my 'baby' kitty munckin!!," jawab Aida dengan wajah tidak bersalah bila Liam bertanya.
Liam menggelengkan kepalanya perlahan tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Dia bermati-matian menyangka baby yang disebut Aida itu adalah anaknya tapi anak kucing munchinnya.
"Just go!!," ujar Liam dengan wajah tidak percaya Aida kelihatan mengelacat seperti itu seperti ahli keluarganya di timpa musibah lagaknya. Namun bila dia memikirkan balik akan personality PAnya itu Liam hanya mampu tersenyum sendiri. Wanita itu sememangnya lucu. Jika anak kucing di panggil 'baby' maka teman lelaki atau suami di panggil apa pula?
"Your lunch I dah suruh that woman hantarkan pada you!," ujar Aida mencapai beg tangannya dari atas meja Liam.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
Lãng mạnDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...