Part 62

31 5 2
                                    



EMMA menelan air liurnya perlahan sebaik sahaja dia berada di dalam Ballroom majlis Hayden. Matanya liar mencari kelibat Liam. Terlalu ramai lelaki yang hadir bersuit sehingga dia merasa seperti berada di dalam sebuah pengambaran filem. Para hadirin, baik dari lelaki mahupun wanita semuanya bergaya ala-ala Hollywood. Majlis ber-theme Gatsby kerana rata-rata pengunjung yang hadir semua mengenakan pakaian era tahun 1920an. Flapper dress dan head gear serta solekan tema tersebut manakala si lelaki mengenakan black suit white button up collared shirt with pleated front, cuff links, vest lengkap dengan bow serta pocket square. Betul ke dia hadir majlis hari lahir Hayden?? Dia tidak tersalah Ballroom? Bukan Hayden baru berusia 3 tahun ke? Namun mengapa para tetamu yang hadir tidak kelihatan sebaya dengannya kerana rata-rata tetamu yang hadir semua orang dewasa? Sedang Emma leka memerhatikan wajah-wajah tetamu lelaki di situ matanya tertancap kearah lelaki yang berdiri sebelah kanan tidak jauh dari tempat dia berdiri. Lelaki itu sedang sibuk mengambil makanan dari meja bufet. Emma menutup matanya seketika kerana dia tidak mahu matanya bergurau dengannya dan apa yang dia lihat tadi hanyalah mainan matanya sahaja.



Emma membuka matanya semula. Kali ini pandangan mata lelaki itu bertaut dengannya. Emma kaget maka hadiah yang di pegangnya terjatuh ke lantai kerana merasa terkejut bukan kepalang. Matanya tidak berkedip dari terus memandang tepat ke wajah lelaki itu. Seperti dirinya. Lelaki itu turut merasa kaget sebaik sahaja terpandang wajahnya. Masing-masing hanya mampu memandang dan berdiri kaku kerana tidak percaya dengan apa yang mereka lihat.



****



LIAM menyuapkan cebisan kecil cake ke dalam mulut Hayden. Hayden mengunyah cake dengan senang hati. Liam ketawa gelihati melihat wajah comot Hayden kerana wajahnya di penuhi cream dari cakenya kerana Liam sengaja mencomotkan mulut Hayden. Bella mencapai tisu lalu mengelap mulut Hayden. Dia mengambil gelas berisi air putih lalu di suakan ke mulut Hayden.



Liam mengalihkan pandangan kearah pintu Ballroom. Terkejut dengan apa yang dia lihat! Seorang wanita cantik mirip seperti wajah kekasih hatinya berdiri tercegat di muka pintu. Emma di Jakarta?? Impossible! Tapi wanita itu Emma! Dia kenal betul pada Emma! Liam segera menyerahkan Hayden kepada Bella. Bella menyambut lalu mendukung Hayden.



Liam meninggalkan mereka berdua lalu berjalan perlahan menuju kearah dimana wanita itu berdiri, bibirnya menguntum senyum dia mengeluarkan handphone dari jaketnya mula mendail nombor Aida. Matanya tidak lepas dari terus memandang kearah wanita mirip Emma.



"Why sir?? Barang belum sampai lagi ke??," ujar Aida kalut sebaik sahaja menyambut panggilan Liam. Emma masih belum bertemu dengan Liam! Kalau sudah Liam tidak akan menghubungi bertanya tentang perkara yang sama. Haiz!!! Kemana pulak si Emma pergi?



"You suruh siapa yang deliver hadiah Hayden?," tanya Liam tanpa melepaskan pandangannya kearah wanita itu. Dia cuba menarik perhatian wanita itu. Namun wanita itu sedikitpun tidak memandang mahupun menoleh kearah di mana dia berada kerana sibuk memandang kearah satu sudut.



"Emma..," jawab Aida perlahan antara dengar dengan tidak kerana dia khuatir Liam akan memarahinya.



"Emma!! For once you did the right thing Aida!," ujar Liam tersenyum gembira bila Aida menyahihkan orang yang menghantar hadiah Hayden adalah Emma. Dia segera mematikan telefon tanpa sempat Aida membalas apa-apa. Dia tidak tahu bagaimana Aida boleh fikirkan idea sebegitu dan bagaimana Aida menguruskan semua. Apa yang menghairankannya bagaimana Emma boleh bersetuju menghantar dan membuat kejutan kepadanya. Dia merasakan seolah-olah majlis hari ini adalah majlis hari lahirnya kerana dia merasa gembira mendapat hadiah dari Emma dengan memberinya kunjugan mengejut begitu.



Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now