EMMA menjeling, bibirnya mencebik meluat kearah lelaki sombong melampau itu. Dah padan dengan mukanya siapa suruh jolok sarang tebuan. Jolok lah lagi! Cemuh Emma dalam hati. Dia sedikit tidak merasa bersalah kerana menyebabkan hidung lelaki itu berdarah bila Emma memberinya tumbukan sulung ke wajah lelaki itu bila lelaki itu membuka pintu kamar tidur tadi. Emma merasa puas hati kerana dapat mengajar lelaki kurang ajar itu.
"Sorry, but you deserved it!," ujar Emma menjeling ke arahnya lagi. Dia tidak tahu mengapa dia tidak dapat mengawal dirinya bila berdepan dengan lelaki sombong itu maka dia menghayun penumbuk ke wajahnya. Tidak sangka penumbuknya itu bisa membuatkan hidungnya berdarah. Pada awalnya Emma merasa panik kerana tidak menyangka dia berbuat begitu pada lelaki itu. Dan khuatir lelaki itu akan membalas perbuatannya kerana tidak mustahil lelaki itu akan berbuat demikian kerana sifat panas baran yang di tunjukkan awal tadi dengan membuang luggage dan barang peribadinya. Namun Emma merasa pelik bila lelaki itu tidak membalas mungkin terkejut dia berani berbuat demikian terhadap dirinya. Bukan sahaja dia terkejut. Manager Hotel dan pekerja Hotel lain turut terkejut dengan tindakannya tadi.
"Don't you know I can sue you for assaulting me!," ujar Liam dia menekap ice pack ke hidungnya agar hidung mancungnya itu tidak membengkak. Dia buat tidak dengar dan mengendahkan wanita itu. Seolah-olah wanita itu tidak wujud dan tiada siapa yang berada di dalam bilik itu melainkan dia seorang. Liam mencampak ice pack di atas meja. Dia mencapai IPad yang berada di sebelahnya lalu di hulurkan kepada wanita yang berdiri di belakangnya.
"Whatever!," jawab Emma dengan wajah confident. Namun dia percaya lelaki itu tidak akan berbuat demikian kerana hilang kemachoaannya, jika dia memberi statement hidungnya berdarah kerana di tumbuk seorang wanita.
"Apa??," jawab Emma bila lelaki tidak siuman itu tiba-tiba menghulurkan iPad kepadanya.
"Baca dan ingatkan! Make sure I won't have to see your hideous face when I'm come back to this room!," ujar Liam tanpa menoleh kearah wanita itu. Memandangkan wanita itu tidak mahu berganjak dan berpindah Hotel setelah apa yang dia buat dengan mencampak luggage dan barangnya. Dia mengambil keputusan untuk biarkan sahaja kerana dia tidak punya mood dan tenaga untuk bergaduh dengannya. Sebab pertama dia merasa penat dan jet lag. Sebab kedua dia punya meeting back to back sejak tiba di Malaysia dan terus bekerja tanpa berehat. Jadi dia tidak punya tenaga lagi untuk bertekak dengan wanita itu.
"What!!?? hideous???? Eh kau ingat muka kau banyak handsome!!! Eh Shrek 10 kali handsome dari kau tau tak!!," jawab Emma meletak ipad lelaki itu di atas meja kembali tanpa mempedulikan saranannya, dia lebih merasa sakit hati bila lelaki itu menghina dan mengatakan wajahnya hodoh. Hello!! Kau cakap aku hodoh! Abang Daniel cakap aku bidadari ok!
Lelaki sombong itu tiba-tiba bangkit dari sofa dan berdiri di hadapan Emma sebaik sahaja Emma mengutuknya mengatakan Shrek 10 kali ganda handsome darinya. Emma menelan air liurnya perlahan kerana lelaki itu memandang wajahnya tepat tanpa sebarang expresi terpamer di wajahnya seolah-olah dia menganggapnya wanita 3 suku dan dia tidak perlu merasa tergores hati dengan kata-katanya. Lelaki itu mencapai iPad dari meja lalu berjalan menuju kearah kamar tidur dan menutup pintu bilik rapat.
*****
Jantung Emma berdegup kencang sedari tadi. Bila dia memberitahu penyambut tetamu restoran akan reservation di atas namanya. Dia dibawa ke suatu sudut dan meja yang agak berjauhan dari kesibukan restoran dan agak privasi. Candle light dinner. Emma membuahkan senyuman kepada pelayannya dan membuat pesanan minuman sebelum pelayan itu pergi. Emma memerhatikan keadaan sekelilingnya. Tidak begitu ramai pelanggan dan rata-rata yang duduk di daerah sini memerlukan privasi dari suasana hingar bingar restoran. Emma membuka tas tangannya lalu mengeluarkan powder. Dia membuka bekas powder lalu memeriksa penampilan wajahnya. Setelah berpuas hati dengan apa yang dia lihat di menutup bekas powder itu lalu di masukkan ke dalam tas tangannya semula. Dia menunggu Daniel dengan penuh debaran. Setelah 3 tahun tidak bertemu. Dia tidak tahu bagaimana hendak berdepan dengan Daniel. Adakah perasaan lelaki itu terhadap dirinya sudah berubah? Masihkah dia menganggap dia hanya seorang adik dan bukan seorang wanita yang dapat dia sayangi dan cintai? Pelbagai soalan singgah di benak fikiran Emma memikirkan tentang Daniel.
*****
Liam menjeling kearah meja dimana wanita ganas yang tinggal sebilik dengannya itu sedang duduk menantikan seseorang. Liam menoleh kearah tetamunya kembali lalu membuka butang jaketnya sebelum duduk. Sejurus itu dia sibuk berbincang dengan tetamunya dan tidak mengendahkan wanita ganas itu.
Namun sebaik sahaja makanannya di hidangkan di atas meja. Liam menoleh kearah meja wanita ganas itu semula. Wanita itu masih duduk bersendirian menantikan seseorang. Liam tersenyum sendiri. Pasti pasangannya tidak menghadirkan diri kerana sudah lebih 30 minit dia berada di restoran orang yang di nantinya tidak hadirkan diri.
Emma merasa gelisah sendiri bila orang yang di nanti tidak kunjung tiba. Bukankah hari ini adalah tarikh yang dia dan Daniel telah membuat janji untuk bertemu 3 tahun dahulu. Jika tidak masakan namanya terdapat di dalam senarai tempahan. Emma memanggil pelayan berdekatan ingin bertanya tentang Daniel.
"Encik Daniel datang ke pejabat hari ini?," tanya Emma.
"Encik Daniel??," jawab pelayan itu dengan wajah pelik. Siapa Encik Daniel yang di maksudkan pelanggan itu.
"Maaf. Maksud saya Encik Daniel Lucas Dawson CEO Hotel ni..," ujar Emma perlahan namun dia percaya pelayan itu dapat mendengarnya dengan jelas.
"Encik Daniel?? Ah-,"
"Emma!," teguran dari seseorang membuatkan Emma menoleh kearah wanita yang menyebut nama penuhnya.
"Eh Cik Sophia!," ujar Emma terperanjat bila orang yang menegurnya adalah rakan kongsi Daniel. Wanita itu kelihatan sama seperti dia lihat 3 tahun dahulu. Wajahnya sentiasa kelihatan kemas dan cantik.
"You seorang sahaja di sini?? Tunggu siapa?," tanya Sophia bila Emma kelihatan cantik berdandan namun dia kelihatan duduk seorang di sini tanpa di temani sesiapa.
"Tunggu Daniel! Cik Sophia nampak dia?? Dah setengah jam saya menunggu!," ujar Emma lalu tersenyum. Dia merasa agak terperanjat bila Sophia merasa hairan melihatnya di sini.
"Tunggu Daniel!!," ujar Sophia dengan wajah terkejut bila Emma mengatakan dia sedang menanti Daniel.
"Ya tunggu Daniel-," ujar Emma bila tiba-tiba pelayan meletak sejambak bunga yang sudah di balut cantik di atas mejanya bersama sebuah kotak sederhana besar berwarna hijau muda berebenkan satin sutera berwarna kuning cair.
Sophia menjeling kearah jambangan bunga dan kotak hadiah yang di letakkan di atas meja Emma. Dia menjadi tidak selesa tiba-tiba. Dia hanya mampu berdiri memerhatikan wajah Emma begitu gembira menerima jambangan bunga itu. Dia menjadi gelisah sendiri. Hatinya berbelah bagi. Samada hendak di beritahu Emma ataupun tidak. Sophia menarik nafasnya perlahan. Dia mengambil keputusan untuk memberitahu Emma kerana Emma harus di beritahu akan keadaan yang sebenarnya.
Sophia ingin membuka mulutnya bila dia terdengar dentingan kuat dari Iphonenya. Sophia membuka lalu membaca pesanan yang di terima. Sophia mengeluh kecil lalu memandang wajah Emma yang kelihatan teruja. Kotak hijau cair itu masih belum di sentuh Emma kerana wanita itu masih kelihatan teruja dengan keindahan jambangan bunga yang di terima.
"Sorry Emma, saya pergi dulu, jumpa lagi!," ujar Sophia mahu meninggalkan Emma segera sebaik sahaja dia menerima pesanan itu kerana dia tidak mahu berada bersama Emma lebih lama.
"Oh ok Cik Sophia, see you around!," ujar Emma lalu tersenyum sebelum wanita itu berlalu. Emma meletak jambangan bunga itu di atas meja semula. Dia percaya Daniel akan datang kepadanya sebentar lagi. Emma tersenyum lalu menoleh kearah kotak hadiah yang berada di hadapannya. Dia mencapai kotak itu lalu membukanya. Di dalam kotak itu terdapat sebuah buku novel bertajuk 'Cintaku berakhir di sini'. Emma tersenyum lagi bila menyedari novel itu adalah novel hasil nukilan Danny nama pena abang Daniel. Emma tersenyum lagi bila mengingati perkenalan mereka 3 tahun dahulu. Daniel menyangka dia menegurnya kerana mengenali siapa dirinya sebagai penulis novel terkenal Danny sedangkan Emma tidak kenal langsung padanya. Emma membuka novel itu. Di muka pertama. Novel itu di tandatangan oleh penulisnya Danny. Di dalamnya sudah tertulis 'Buat Bidadariku Emma – cintaku berakhir di sini – 24 April 2019 di Hotel Tessere."
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomansaDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...