EMMA duduk termenung sendirian menatap gambar-gambar kenangan dia bersama dengan Daniel. Gambar-gambar itu masih di simpan di dalam album handphonenya. Sungguhpun dia merasa kecewa dengan Daniel yang meninggalkannya tanpa pesan. Namun dia tidak pernah membenci lelaki itu. Dia percaya Daniel punya alasan sebab dia berbuat demikian. Dia hanya mampu mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan lelaki itu dimana sahaja dia berada.
"Hah tengok gambar siapa tu!," sergah Aishah bila di lihat managernya duduk termenung menatap gambar seseorang. Namun dia tidak dapat menangkap gambar siapa kerana managernya cepat-cepat menekan handphonenya maka dia keluar dari gallery.
"Gambar kenangan," jawab Emma perlahan lalu menyimpan handphonenya ke dalam jaket bajunya. Dia berdiri di sebelah Aishah yang berada di kaunter. Emma memberi ucapan terima kasih kepada pasangan pelanggan yang baru keluar dari restoran mereka dengan membuahkan senyuman. Sempat dia bertanya akan servis dan kualiti makanan di restoran mereka. Emma memang peramah dan suka pergi meja ke meja untuk berbual dengan pelanggan kerana itu memang passionnya.
"Sis Emma sudah berpunya??," tanya Aishah sebaik sahaja pelanggan pergi meninggalkan mereka.
"Eh tentulah saya ada yang berpunya ibu dan ayah saya!," jawab Emma sambil mengulum senyum sengaja mahu bergurau dengan Aishah bila dia bertanya samada dia sudah berpunya ke belum.
"Sis..tak ada boyfriend lagi??," ujar Aishah dengan wajah terkejut bila Emma memberinya jawapan begitu. Dia tahu Emma tahu akan maksud pertanyaannya tadi dan pertanyaannya di beri jawapan sedemikian, ini bermakna sis Emma masih belum berpunya. Jika ada pasti dia sudah memberi jawapan straight to the point!
"Hisshhh. Cakap tu pelan-pelan sikit nanti orang lain dengar!," bisik Emma bila Aishah mendapat tahu dia masih belum punya kekasih hati. Memang dia tidak punya kekasih hati kerana belum sempat dia berkasih orang yang di kasihi itu sudah meninggalkan dia tanpa sebarang pesan. Nasibnya kurang bernasib baik dalam hubungan begitu.
"Serious ni???," ulang Aishah dengan wajah tidak percaya. Managernya Emma bukan wanita yang tidak cantik dan biasa-biasa sahaja. Dia boleh di kelaskan wajah seperti celebrity. Orangnya cantik berdarah kacukan cina-thai, berbudi bahasa package lengkap lah! Dia percaya pasti Emma ramai peminat lelaki yang gilakan dirinya.
"Ada untung ke jika saya berbohong!," jawab Emma membuahkan senyuman kepada pelanggan yang baru keluar dari restoran.
Aishah menoleh kearah MDnya yang sedang berbual dengan Director F&Bnya iaitu Mr Shahrul Nizam. Dia suka melihat wajah Mr Liam kerana dia memiliki rupa paras wajah yang kacak 'Oppa' korea dan tidak jemu mata memandang. MDnya seorang lelaki yang tidak sombong. Walaupun dia tidak peramah namun dia tidak pernah lupa memberi senyuman kepada pekerja dan juga pelanggan di Hotel. Mr Liam tidak begitu rapat dengan pegawai atasan yang lain kerana dia lebih suka keluar makan bersama dengan setiausahanya atau makan di cafeteria dan jika dia benar-benar sibuk. Setiausahanya akan mengambil makanan untuknya. Dan dia juga tahu managernya Emma agak rapat dengan Mr Liam kerana teman seangkatannya yang lain sampaikan berita sensasi mengenai Emma dan Mr Liam tentang peristiwa di mana Cik Emma melekatkan lipstik di baju kemeja Mr Liam.
"Mr Liam tu saya rasa single, padan dengan sis!!," ujar Aishah lalu memandang kearah Emma. Emma menjeling kearah MD mereka yang berada tidak jauh dari restoran mereka. Lelaki itu sedikit tidak menoleh atau memandang ke arahnya. Dia percaya lelaki itu perasan namun dia tidak memandang ke arahnya mungkin kerana dia sibuk berbual dengan Mr Shahrul.
"Eh ada saya kisah jika dia single!! Saya tak minat dengan dia pun!," ujar Emma sambil mencebik bila Aishah cuba kaitkan dirinya dengan Liam.

YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...