DANIEL terjaga dari tidur dia menyalakan lampu dari meja sisi dan mendapati jug airnya tidak di isi dan tekaknya pula terasa dahaga. Dia bangkit dari katil lalu menuju kearah pintu untuk menuju kearah dapur. Dia berjalan perlahan dan mendapati cahaya lampu dari arah dapur. Daniel menyangka pasti salah seorang pembantu rumahnya berada di dapur. Dilihat seseorang duduk di island kaunter sendirian dan Daniel tidak begitu ambil tahu siapa yang duduk di situ kerana dia tidak mahu menganggu.
Bila Daniel membuka peti sejuk. Wanita yang duduk di kaunter menoleh ke arahnya kerana terdengar seseorang membuka peti sejuk. Daniel terkejut bila dia mendapati yang duduk di situ bukan pembantunya Saidah tapi Bella. Bukan Bella sudah lama beradu di kamarnya? Daniel akan keluar dari bilik Bella bila wanita itu sudah tidur. Dan dia tahu Bella tidak akan terjaga sehingga esok pagi kerana ubat yang di berikan kepada Bella akan membuatkan wanita itu tidur. Ia menjadi rutin selama 3 tahun dia menjaga Bella.
"Bella! Bella buat apa duduk seorang di situ?," ujar Daniel bila dia mendapati Bella duduk termenung sendirian di situ. Di hadapannya terdapat sebuah mug berisi air yang masih berwap panas. Bella membancuh sendiri minuman panas itu? Selalunya apa yang dia hendak Bella, pembantunya yang akan menyediakan untuknya kerana Bella tidak mampu melakukannya sendiri.
"Abang..abang tak tidur lagi?," jawab Bella lembut lalu tersenyum bila suaminya menegur.
Daniel segera membatalkan niat asalnya. Dia risaukan Bella. Bella tidak pernah bangun di malam hari dan duduk bersendirian di dapur begini kerana dia tidak mampu melakukan sendiri kerana kesihatannya. Daniel perasan sedikit perubahan ke atas diri Bella sebaik sahaja mereka pulang dari bertemu dengan Dr. kelmarin. Walaupun Bella tidak menunjukkan ketara namun Daniel dapat merasakannya.
"Bella tidak sihat ke?," tegur Daniel lalu duduk di sebelah Bella wajah wanita itu dipandang dengan wajah risau. Dia khuatir berlaku kemalangan kecil kerana Bella tidak dibantu mahupun di temani sesiapa di sini. Selama Bella tidak sihat Daniel yang menjaga dan sentiasa berada di sisi Bella menemaninya. Segala urusan peribadi lain pembantu rumahnya yang akan membantu Bella.
Bella tersenyum bila suaminya bertanya samada dia tidak sihat.
"Bella terjaga dari tidur. Abang tak ada di sebelah Bella. Bella terasa hendak minum milo sebab itu Bella ke dapur!," jawab Bella lalu mencapai mug berisi milo yang di bancuhnya awal tadi. Bila dia tersedar dari tidur suaminya tidak berada di sebelahnya. Dia mengambil keputusan untuk ke dapur membancuh air sendiri. Dia percaya suaminya pasti tertidur di dalam study room kerana itu sudah menjadi kebiasaan Damien menyambung kerjanya dan tertidur di study room. Penat Bella menasihati suaminya yang workaholic itu namun ianya tidak berhasil dan Bella tidak merasa hairan lagi bila suaminya tidak berada di sisinya di kamar tidur.
"Ah abang tertidur di study room!," jawab Daniel serba salah bila Bella mengatakan dia tidak berada di kamar bilik bila dia terjaga dari tidur. Dia tidak menyangka Bella tahu yang selama ini dia akan meninggalkan bilik Bella sebaik sahaja wanita itu beradu.
"Abang memang selalu buat macam tu bila Bella dah tidur! Akhirnya Bella tidur sendiri selalu," jawab Bella lalu tersenyum. Dia tidak merasa marah pada Damien. Dia tahu suaminya itu seorang peguam yang begitu berdedikasi dengan kerjayanya. Hanya dia merasa khuatir kesihatan suaminya akan terganggu jika tidur tidak menentu waktu kerana tidak dapat tidur dengan secukupnya.
Daniel menjadi tidak senang hati bila Bella peka dan tahu dia berbuat begitu setiap malam. Adakah Bella tahu bahawa dia bukannya Damien? Namun mendengar komen Bella. Dia pasti Bella masih tidak ingat apa yang berlaku ke atas dirinya 3 tahun dahulu dan masih belum menyedari bahawa dia seorang balu. Daniel tidak mahu membuat serkap jarang kerana dia tidak tahu sejauh mana anggapannya itu benar. Dia tidak tahu samada Bella benar-benar sudah ingat dan pulih ingatan atau Bella masih tidak tahu akan keadaan yang sebenar dan benar-benar menyangka dia adalah suaminya.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...