Part 80

27 4 2
                                    



AIDA menjeling kearah Liam dan Emma yang duduk sebelah menyebelah namun mereka berdua tidak bertegur sapa malah leka menyantap makanan di hadapan mereka seperti tiada apa-apa. Keadaan mereka berdua begitu cukup membuatkan Aida tidak senang hati kerana tidak cantik pada gambarannya. Jika mereka berdua tidak mahu bertegur sapa mengapa mereka duduk sebelah menyebelah? Banyak lagi meja yang kosong.



"You berdua bergaduh ke?," ujar Aida lalu memandang kearah Liam dan Emma.



Liam menoleh kearah Emma manakala Emma menoleh kearah Liam, mereka berdua memandang kearah Aida di hadapan mereka.



"Tak!!," jawab mereka serentak lalu kembali menyantap makanan mereka.



"Sah bergaduh, mengalahkan pasangan suami isteri yang sudah kahwin lama," ngomel Aida lalu menyuapkan salad kentang ke dalam mulutnya. Dia tidak tahu apa yang mereka berdua gaduhkan kali ini, kerana Liam tidak menceritakan apa-apa kepadanya sejak akhir-akhir ini. Mungkin kerana Liam sibuk kebelakangan ini, maka Emma merasakan dirinya tidak di hiraukan. Aida membuat andaian sendiri. Dia tahu Liam sukakan Emma begitu juga dengan Emma namun kedua-dua mereka cuba merahsiakan hubungan mereka dari pengetahuan pekerja di Hotel.



Emma meletak garpu bila terdengar komen Aida.



"Liam you boleh tolong ambilkan I fruit punch!," ujar Emma lalu menoleh kearah Liam.



Liam berhenti mengunyah lalu menoleh kearah Emma sekilas.



"Ok," jawabnya ringkas lalu mengelap mulutnya dengan napkin sebelum bangun menuju kearah meja buffet untuk mendapatkan air minuman untuk Emma.



"See!! Mana ada kami bergaduh," jawab Emma memandang wajah Aida semula. Sejak kejadian kelmarin dia tidak lagi berhubungan dengan Liam kerana dia masih merasa marah dan sakit hati dengan lelaki itu. Namun bila dia fikirkan semula, tiada gunanya dia merasa marah pada lelaki itu kerana dia tiada sebab untuk berbuat demikian.



Liam meletak gelas berisi fruit punch di hadapan Emma.



"Thanks," ujar Emma tanpa menoleh kearah Liam.



"When is your last day at work?," tanya Liam tanpa menoleh kearah Emma. Dia mencapai latte lalu meneguk perlahan.



"Next week. You??," tanya Emma kepada Liam pula. Mereka berada di cafeteria kerana para pekerja Hotel mahu mengucapkan Selamat Tinggal kepada mereka berdua. Emma akan ke Jepun manakala Liam akan kembali ke US semula.

Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now