Part 81

13 2 0
                                    



AIDA mengetuk pintu Liam sebelum masuk ke dalam pejabatnya. Liam berada di meja pejabatnya sedang membaca sesuatu. Dia mengangkat wajah sekilas kearah pintu bila kedengaran pintu pejabatnya di buka seseorang. Dia kembali menunduk lalu membaca dokumen yang terbentang di hadapannya.

Aida duduk di sofa sambil memerhatikan Liam yang buat tidak endah dengan kehadirannya. Bukan dia tidak biasa dengan keadaan begitu, Liam selalu buat begitu terhadap dirinya bila dia sibuk membaca dokumen atau membaca report yang penting kerana tidak mahu di ganggu. Tapi kali ini Aida tahu Liam berbuat demikian bukan kerana perlukan konsentrasi tapi kerana dia tidak mahu Aida bertanya kepadanya tentang kejadian awal tadi. Dia tidak mengerti mengapa hubungan Emma dengan Liam tiba-tiba begitu bukankah mereka suka sama suka? Apa yang telah berlaku??

Aida bangkit dari tempat duduknya lalu berjalan menuju kearah meja Liam. Dia berdiri di sebelah Liam lalu menjeling kearah dokumen yang di baca Liam. Bulat mata Aida bila mendapati bukan dokumen yang di baca Liam malah majalah mengenai art and gallery. Selamba sahaja Aida menyelak muka surat majalah yang di baca Liam. Perbuataannya itu cukup membuatkan Liam menoleh dengan wajah tidak senang bila Aida sengaja berbuat begitu.

"Why??? Marah?? Nak marah..marahlah! I tak kisah lagi," ujar Aida lalu merenung tajam kearah Liam bila lelaki itu menunjukkan wajah tidak senang bila dia berbuat demikian. Liam tahu Aida cuba membuatkan dia marah kepadanya namun Liam tidak melayan. Dia kembali menyelak ke muka surat yang di bacanya awal tadi. Melihatkan Liam tidak makan dengan umpannya. Aida menutup majalah itu lalu mengambilnya.

Liam merenung wajah Aida bila wanita itu berani berbuat demikian. Aida membalas renungan yang Liam berikan kepadanya.

"Ah take..take..Just take that bloody magazine if you want it so much!!," ujar Liam mengalah bila Aida tidak takut dengan renungan yang dia berikan. Jika dahulu Aida begitu takut bila dia berbuat begitu tapi sekarang Aida tidak takut lagi dengannya, malah Liam banyak mengalah dengan Aida sejak akhir-akhir ini.

"Mana perginya Dylan Liam Dawson Kim pelanggan VIP yang terkenal dengan perangai arrogant dan snobbishnya dahulu??? Yang buat hal dengan guest Hotel lain kerana-,"

"Kerana PAnya buat kesilapan booked Hotel Room," sambung Liam lalu tersenyum sinis.

"Err....I ke yang buat silap booking dulu?," tanya Aida dengan wajah tidak bersalah bila Liam berkata demikian.

"Kalau bukan you then I ke???," jawab Liam tersenyum lagi bila dia mengimbas kembali kenangan di mana waktu itu dia masih tidak dapat mengawal panas barannya kerana emosinya terganggu dengan masalah keluarga. Liam menjadi lelaki yang cepat marah dan baran. Namun perangainya sedikit berubah bila dia bertemu dengan lawannya iaitu Emma. Wanita pertama yang berani mencabar keegoaannya. Sehingga kini dia masih tidak dapat menjinakkan Emma kerana dia sering mengalah dengan wanita itu.

"Last time you tak pernah give in, but why now you give in to her? Sorry to say she kind of rude just now, even I can't take it when she gave that kind of remarks!," ujar Aida dengan jujur lalu memandang wajah Liam. Dia kembali duduk di sofa lalu meletak majalah itu di atas meja.

Liam menyandarkan badannya di kerusi lalu memandang tepat ke wajah Aida bila Aida ingin tahu akan sebab dia masih boleh tenang bila Emma memberinya kata-kata kesat begitu. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia masih boleh tenang begitu. Bohong jika dia katakan dia tidak terkesan dengan kata-kata Emma tadi. Dia merasa amat terkesan maka dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa selain dari menelan apa yang Emma hamburkan kepadanya awal tadi. Benar apa yang Aida katakan tadi. Dia seorang lelaki yang tidak akan mengalah dan bisa diam jika seseorang itu menghinanya atau berkelakuan aneh dengannya. Namun dengan Emma dia kalah. Dia seolah-olah sanggup menerima apa sahaja dari Emma hamburkan kepadanya mungkin kerana?

"Maybe..I like her too much!," jawab Liam tersenyum pahit.

"And she is not??," tanya Aida bila Liam akui dia sukakan Emma dan dia percaya Emma juga suka padanya. Jika Emma benar-benar suka padanya mengapa Emma berkelakuan begitu terhadap Liam?

"She didn't like me," keluh Liam perlahan tersenyum lagi.

"Dia tak suka you?? That's impossible! She said she didn't like you?? What makes you think she didn't like you??," tanya Aida bertubi-tubi kerana merasa terkejut dengan kenyataan yang Liam berikan kepadanya. Benarkah Emma tidak suka padanya.

"Dia suka pada orang lain..," jawab Liam lalu bangkit dari kerusi. Dia berjalan menuju kearah sofa di mana Aida duduki.

"What?? She suka orang lain! Siapa?? I really want to know! Dia suka siapa?? Siapa lagi yang handsome to the max kat Hotel ni besides you dengan Mr Daniel! Tell me siapa?," desak Aida lalu menarik lengan baju Liam berkali-kali seperti anak kecil yang mahukan sesuatu dari ayahnya.

Liam tergelak kecil bila Aida mengaku terang-terangan bahawa mereka dua beradik lelaki yang terkacak di Hotel ini mengikut standard Aida. Benarkah tiada lelaki lain yang bekerja di Hotel ini yang kacak selain dari mereka berdua? Atau Aida saja ada-adakan cerita?

"Siapa???? Tell me!!," desak Aida lagi dengan wajah tidak puas hati bila Liam tidak mahu memberitahunya siapa yang Emma suka.

"You said siapa lagi yang terhandsome to the max selain dari I??," tanya Liam memberi hint kepada Aida akan lelaki yang Emma suka.

"Wait!!! What??? Mr Daniel!! OMG!! Don't tell me she like Mr. Daniel!! But how?? She baru jumpa Mr. Daniel kan!! How dare she!," ujar Aida lalu mengetap bibir menahan geram. Hissh!! Dia baru hendak tackle Mr. Daniel, Emma mahu menganggu port dia pula. Tapi ianya tidak masuk akal Aida, bila Liam mengatakan Emma suka pada Mr Daniel sedangkan Emma hanya bertemu dengan Mr Daniel beberapa kali sahaja. Unless!!??? Ada cerita disebaliknya yang dia tidak tahu? Aida memandang wajah Liam ingin tahu berita selanjut darinya.

"Itu sahaja yang you perlu tahu," jawab Liam lalu bangkit dari sofa, dia mengerti akan pandangan yang Aida berikan kepadanya. Aida mahu tahu berita selanjutnya mengenai hubungan Emma dengan Mr. Daniel dan dia pula tidak bercadang mahu memberitahu Aida tentang hubungan mereka.

"Ahhh Mr. Liam!! Please!!," rengek Aida. Dia bangkit dari sofa lalu mengoyang-goyangkan bahunya bertujuan agar Liam lemah dengan cara pujukannya itu kerana lelaki lemah pada pujuk rayu cute begitu.

"Stop!! Please stop!! Don't make me cringed!!," ujar Liam dengan wajah jengkel. Mungkin pada pemikiran Aida lelaki suka bila dia berbuat demikian. Cute kata mereka. But to Liam it's a nightmare! Jika teman wanitanya cuba berbuat begitu dia akan lari tinggalkan wanita itu. Liam tidak suka wanita dewasa cuba berlagak cute begitu. Turn off.

Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now