DANIEL menzip bag luggagenya. Dia kembali duduk di atas katil semula. Dia menoleh ke arah meja sisi dimana terletak gambar mereka bertiga. Dia, Bella dan Hayden sewaktu di majlis hari lahir Hayden. Walaupun gambar itu diambil beberapa bulan lepas namun ia memberi kesan yang mendalam buat dirinya. Mereka bertiga kelihatan gembira dan kelihatan seperti sebuah keluarga bahagia. Namun apa yang di harapkan tidak menjadi kenyataan dan Daniel hormati keputusan Bella. Dia tidak mahu mendesak dan memaksa Bella untuk menerimanya. Jika itu kehendak Bella dia akan turutkan demi kebahagiaan Bella dan Hayden.
Daniel menoleh ke arah pintu bila menyedari Hayden berdiri di muka pintunya dengan wajah suram. Daniel membuahkan senyuman lalu bangkit dari katil dia menghampiri Hayden.
"Kenapa my son look so gloomy hari ini???," tanya Daniel sambil tersenyum. Dia mengusap kepala Hayden perlahan lalu membawa Hayden menuju ke arah katil. Dia mengangkat Hayden lalu mendudukkan Hayden di atas katilnya. Daniel merasa sebak dan sayu tiba-tiba kerana dia akan merasa rindu pada Hayden bila dia berada di Kuala Lumpur. Dia tidak akan bisa pulang ke Jakarta selalu sebaik sahaja dia mula bertugas. Selama ini, tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa dia akan berpisah dengan Hayden kerana dia yakin akan membawa Bella dan Hayden tinggal bersamanya di Kuala Lumpur setelah berkahwin dengan Bella. Namun apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan. Maka dia terpaksa berpisah dengan Hayden.
Daniel memeluk Hayden erat. Air matanya mengalir perlahan tidak dapat menahan rasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan Hayden. Sungguhpun dia bukan ayah kandung Hayden namun Hayden adalah anaknya kerana dia telah menjaga Hayden sejak dia kecil sehingga sekarang. Daniel tatang Hayden seperti minyak yang penuh dan mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada Hayden. Hayden anaknya.
Hatinya berat untuk meninggalkan Hayden namun Bella tidak membenarkan Daniel membatalkan niatnya untuk kembali ke Kuala Lumpur semula kerana dia mahu berdikari dan tidak mahu membebankan Daniel lagi. Bella mahu Daniel menjalani kehidupan seperti biasa dan mencari kebahagiaannya sendiri tanpa mereka. Bella merasakan ia tidak adil buat Daniel untuk terus berada di Jakarta menjaga mereka sedangkan Daniel tahu bahawa dia tidak dapat mengubah fikirannya untuk menerimanya. Bella mahu dia berkahwin dengan wanita yang di cintai dan bahagia di samping wanita itu. Tidakkah Bella tahu wanita yang di cintai adalah dia?
Daniel cuba terangkan kepada Bella bahawa dia mahu berkahwin dengan Bella bukan kerana dia merasa simpati dengan Bella dan Hayden. Dia benar-benar ikhlas mencintainya Bella. Namun Bella tidak dapat menerima kerana merasakan ia bukan perasaan hati Daniel yang sebenar. Dia tahu Daniel punya teman wanita bernama Emma. Wanita itu yang di temuinya semasa hari lahir Hayden. Bella percaya Daniel masih menyayangi wanita itu. Bella tidak mengerti mengapa Daniel sanggup mengorbankan cintanya, adakah kerana dia telah berjanji pada arwah Damien yang dia akan menjaganya setelah dia tiada? Adakah kerana janjinya itu maka Daniel sanggup korbankan kebahagiaannya sendiri dengan wanita lain? Bella tidak mahu menjadi punca Daniel tidak dapat bersama dengan wanita yang di cintainya.
"Daddy don't go!!," ujar Hayden lalu menangis bila Daniel memeluknya. Dia membalas pelukan Daniel. Tangan kecilnya memeluk Daniel erat tidak mahu melepaskan Daddynya pergi. Dia dapat merasakan Daddynya akan pergi lama kali ini. Bukan seminggu malah berbulan-bulan lamanya. Dia tidak tahu mengapa mamanya mengejutnya hari ini meminta dia mandi awal dari biasa. Mamanya memintanya ke bilik Daddy kerana mama mahu dia mengucapkan Selamat tinggal kepada Daddynya.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...