DANIEL menoleh kearah pintu pejabatnya bila seseorang membukanya dari luar. Dia membuahkan senyuman kepada Sophia sebaik sahaja wanita itu masuk ke biliknya. Hampir 10 hari dia tidak bertemu dengan Sophia kerana dia berada di Jakarta bertemu dengan Damien dan semalam baru dia pulang ke Malaysia. Dia merasa gembira dan anxious bila mendapat berita bahawa Damien dapat membantunya kerana tulang sum sum mereka match. Dia merasa bersyukur kerana dia punya harapan untuk sembuh dari penyakitnya. Dia juga merasa gembira kerana mereka dapat mengeratkan hubungan mereka semula setelah hampir 15 tahun tidak bersua. Daniel benar-benar merasa gembira dan bersyukur. Hari mereka bersama semula adalah hari yang paling bahagia buat dia dan keluarganya. Dia hanya merasa sedikit kesal kerana mereka tidak bersua lebih awal.
"Looks like the Jakarta trip was a good break for you! You look radiant!," ujar Sophia melihat wajah ceria Daniel. Pertama kali dia lihat lelaki itu kelihatan berseri begitu. Daniel jarang tersenyum kerana menurutnya senyumannya mahal. Sebelum Daniel mendapat tahu akan penyakitnya dia jarang tersenyum namun setelah dia mengetahui akan penyakitnya dia cuba mengubah personaliti dan tidak uptight dan rileks. Dia selalu keluar pejabat dan cuba beramah mesra dengan pekerja di Hotel. Dia serahkan hal pengurusan kepada Sophia.
"Oh ya ke?," tanya Daniel tersenyum bibirnya tidak lekang dengan senyuman sejak akhir-akhirnya. Pelbagai peristiwa dan kenangan yang menarik berlaku di Jakarta. Dan setiap kali dia teringat akan kenangan itu ia akan membuatkan dia tersenyum.
"Yes! So you bertemu dengan Damien and his wife?," tanya Sophia. Dia baru mendapat tahu bahawa Daniel mempunyai abang kembar bila lelaki itu memberitahunya dia mahu ke Jakarta seminggu yang lalu untuk bertemu dengan abang kembarnya. Sophia tidak tahu langsung kerana Daniel tidak pernah menceritakan kepadanya tentang Damien selama ini. Dia hanya menyangka Daniel dua beradik sahaja.
"Yes," jawab Daniel tersenyum lagi. Dia meletak frame gambar mereka berempat yang di ambil tempoh hari di atas meja di sebelah laptopnya.
Sophia menuju kearah meja Daniel bila lelaki itu meletak frame di sebelah laptopnya. Dia mencapai frame gambar itu lalu tersenyum melihat mereka berempat bergambar riang bersama. Dia memerhatikan wajah satu per satu di frame tersebut. Daniel dan Damien benar-benar serupa sehingga dia tidak dapat meneka yang mana satu Daniel dan mana satu Damien, jika wanita cantik yang terdapat didalam frame itu tidak duduk sebelah salah seorang dari mereka di mana dia percaya wanita itu adalah isteri Damien dan dia duduk di sebelah suaminya. Dan Daniel duduk di hujung disebelah Liam.
"It gives me creeps!! You and Damien look exactly the same! How is it even possible!," ujar Sophia lalu meletak frame gambar di atas meja Daniel semula di tempat asalnya. Dia turut merasa gembira Daniel dapat berhubung semula dengan kembarnya yang terpisah lama.
Daniel tersenyum lagi bila dia teringatkan isteri Damien yang sering kali keliru dengan mereka berdua. Disebabkan itu Bella menyediakan nametag kepada mereka berdua dan berkeras mereka berdua melekatkan sticker nametag itu ke baju mereka sepanjang mereka berada di Jakarta agar mereka bertiga tidak keliru.
"I am going back to Jakarta again next week! The surgery has been scheduled for when Damien is back from his honeymoon," ujar Daniel lalu duduk di sofa.
"Honeymoon Damien baru berkahwin??," tanya Sophia turut duduk di sofa bila Daniel mengatakan operasi keatas dirinya akan dibuat setelah Damien pulang dari bercuti bersama isterinya.
"Dah 1 year lalu tapi dia belum ada masa untuk pergi real honeymoon dengan isterinya-,"
"Let me guess! He's a workaholic too!!," celah Sophia bila Daniel cuba menerangkan kepadanya.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...