EMMA membawa tray makanannya lalu menuju kearah meja di mana Aida sedang duduk makan sendirian. Dia mendapat tahu Liam cuti sakit dan sedang berehat di Suitenya. Liam yang di kenali tidak akan duduk diam seperti di arahkan kerana lelaki itu tidak pernah mendengar kata selama ini. Itu apa yang dia pelajari tentang lelaki itu. Dia bukan hendak mengambil tahu tentang lelaki itu. Dia hanya merasa bersalah kerana dia menyebabkan lelaki itu terlantar di hospital.
Aida terkejut terperanjat bila seseorang meletak tray makanan di hadapannya kerana dia tidak pernah ditemani sesiapa ketika makan selain dari bosnya. Dan di sebabkan lelaki itu cuti sakit dia duduk sendirian. Aida menarik earpiece dari kedua belah telinganya lalu memandang kearah wanita yang duduk di hadapannya. Wajahnya kelihatan selamba sahaja menikmati hidangan.
Aida melirik kearah meja di seberangnya dan kiri dan kanan kosong tiada sesiapa yang duduk kenapa wanita itu mahu duduk bersama dengannya. Mereka bukan kenalan atau sahabat baik. Dia layankan Emma kerana majikannya suka melayan wanita itu dan dia terpaksa melayan Emma secara tidak langsung. Aida bangun dari kerusinya.
"Jangan membazir makanan!," ujar Emma lalu menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya tanpa memandang kearah Aida. Wanita itu tidak habiskan makanan kerana banyak lagi bersisa. Dia tahu Aida tidak suka dia duduk bersama.
"Kau nak apa sebenarnya?," ujar Aida lalu duduk ke tempatnya semula bila di tegur Emma kerana dia telah membazir makanan. Dia tidak bermaksud hendak membazir makanan dia mahu beralih ke meja lain kerana Emma menganggunya.
"Beritahu aku apa lagi yang Mr. Liam tidak boleh makan kerana alahan?," ujar Emma lalu memandang wajah Aida. Dia mencapai gelas berisi air suam lalu di teguk perlahan. Matanya tidak lepas dari memandang wajah Aida.
"Kenapa kau nak tahu?," jawab Aida bila Emma bertanya tentang alahan bosnya.
"Don't you feel guilty too??," tanya Emma lalu mencapai napkin. Dia mengelap bibirnya perlahan.
"Guilty kenapa pulak?," jawab Aida memandang wajah Emma sambil tersenyum sinis. Dia hendak merasa bersalah kenapa pula? Yang membuatkan bosnya masuk ke hospital bukan dia tapi Emma. Dia tahu wanita itu sengaja berkata demikian kerana tidak mahu pekerja lain menyalahkannya seorang sahaja dan mahu kaitkan dia sama.
"Sebagai PA Mr. Liam bukan kau perlu beri memo kepada staff sini yang dia alahan kekacang?? Bukan your job to look after your boss ke? Kau yang patut rasa guilty sebab kecuaian kau telah menyebabkan Mr. Liam masuk hospital!," ujar Emma lalu memandang wajah Aida tepat. Dia tidak berniat hendak mengugut atau menakut-nakutkan Aida. Dia hanya mahu wanita itu lebih peka dan prihatin tentang perkara penting begini kerana tugasnya sebagai pembantu majikannya. Jika dia cuai lagi nyawa bosnya akan terancam. Dia mahu Aida memberi memo kepada staff di Hotel akan alahan MD mereka agar mereka berhati-hati dan perkara sebegini tidak akan berulang lagi.
Reaksi di wajah Aida berubah bila Emma berkata demikian. Betulkah dia bersalah kerana tidak memberitahu staff di Hotel akan alahan bosnya kerana dia yang menguruskan makan minum Mr. Liam dan memastikan tiada kekacang di dalam makanannya. Namun dia akui kebenaran kata-kata Aida. Dia sepatutnya memberitahu mereka agar perkara ini tidak berlaku lagi. Jika alahan biasa sahaja tidak mengapa namun alahan Mr. Liam serius boleh menyebabkan kematian.
****
LIAM berbaring di atas katil lalu merenung ceiling kamar tidur hotelnya yang bercorak-corak. Dia merasa restless berada di dalam bilik Suitenya selama 2 hari. Menanti hari esok serasa begitu lama. Dia tidak sabar hendak kembali bertugas. Dia memusingkan badannya ke kanan. Laci di sebelah di buka lalu mengeluarkan frame gambar yang di simpan di dalam laci. Gambar yang terdapat di frame itu di renung dengan perasaan sayu. Wajah satu per satu yang terdapat di gambar itu di amati lama. Liam meletak frame gambar di atas katil.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...