Part 52

30 4 1
                                    


"ARE YOU OKAY??," ujar Liam dengan wajah prihatin kerana Emma hanya duduk diam sahaja di hadapan meja makan. Jaket kelabu yang di pakainya di tanggalkan lalu di letakkan ke bahu Emma. Tangan wanita itu seakan menggigil bila dia menyerahkannya segelas air putih.



Emma menganggukkan kepalanya perlahan. Liam mencapai pinggan di hadapan Emma berisi baked salmon lalu di potong menjadi kepingan bitesize. Dia mencucuk kepingan salmon mengunakan garpu lalu di suakan ke mulut Emma.



Emma menggelengkan kepalanya perlahan tanda tidak mahu.



"Eat ok dear! Nanti you pengsan I yang susah hendak kena angkat you!," ujar Liam memandang tepat ke wajah Emma. Dia tahu Emma tidak punya selera untuk makan kerana merasa terkejut dengan kejadian awal tadi. Namun Emma harus makan untuk mengisi perutnya jika tidak dia akan jatuh pengsan.



"Susah?? Kenapa?? Bukannya I berat sangat pun!," jeling Emma bila lelaki itu cuba menyakitkan hatinya dengan memberi komen sedemikian.



"You mana tahu berat ke tidak," bisik Liam perlahan tanpa mengalihkan pandangannya dari terus menatap wajah cantik kekasih hatinya yang kelihatan bertambah comel ketika dia marah.



"Apa dia??," tanya Emma kerana dia tidak mendengar apa yang Liam katakan tadi kerana terlalu perlahan.



"Ah you ringan sahaja sebab tu tangan kiri I bruise!," jawab Liam lalu tersenyum menyindir merasa seronok menyakat Emma.



"Lebam???," ujar Emma dengan nada terperanjat. Matanya menjeling kearah tangan kiri Liam. Emma merasa terkejut kerana Liam tidak berbohong memang benar ada kesan lebam di pergelangan tangannya. Spontan sahaja Emma segera mencapai tangan lelaki itu lalu membeleknya perlahan merasa bersalah pada Liam.



"I'm sorry!! Is it hurting so much!!," ujar Emma lalu memandang wajah Liam dengan wajah bersalah. Disebabkan dia maka lelaki itu cedera walaupun cedera yang tidak seberapa. Dia tidak tahu mengapa dia bersifat pelindung pada Liam jika lelaki itu ditimpa musibah kerananya. Dahulu Liam sakit kerana dia tidak tersengaja memberinya makanan yang Liam allergy.



"No I can't forgive you!," ujar Liam cuba menahan tawa bila Emma mengambil serius akan komennya tadi. Setakat lebam biasa sahaja Emma tidak perlu merasa risau. Dia hanya bergurau sahaja dengan Emma. Untuk Emma dia sanggup berkorban apa sahaja kerana dia mula menyayangi wanita itu.



"No??," ujar Emma hairan bila Liam mengatakan tidak dapat memaafkan dia.

Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now