DANIEL masih tidak dapat berhenti memikirkan tentang apa yang dia perolehi secara tidak sengaja dari Aida siang tadi. Dia benar-benar tidak menyangka bahawa Dylan sukakan pada Emma kerana Dylan tidak pernah menyatakan atau menyuarakan hasrat bahawa dia benar-benar suka pada Emma. Jika benar Dylan sukakan Emma mengapa adiknya itu tidak meneruskan hubungannya dengan Emma? Adakah kerana Emma menolak cintanya? Adakah Emma masih mengharapkan cinta darinya maka Emma tidak dapat menerima hati Dylan? Ah pening kepalanya memikirkan tentang mereka berdua. Dia tidak dapat bertemu dengan mereka kerana kedua-duanya tiada di Malaysia maka dia tidak berpeluang untuk mendapatkan kesahihan dari mereka. Emma masih sukakannya? Mustahil kerana Emma sendiri mengatakan dia tidak punya apa-apa perasaan lagi terhadap dirinya. Jadi Emma menolak cinta Liam kerana lelaki lain??
"Apa yang buatkan you mengelamun panjang Dan sampai I duduk depan you pun you masih berkhayal lagi??" tegur Sophia bila Dan kelihatan mengelamun dan tidak perasan bahawa dia sudah duduk di hadapannya.
"You dari office?" tegur Daniel bila menyedari Sophia masih memakai baju yang di pakai ke pejabat siang tadi. Sophia tidak pulang ke rumah.
"Ya a lot of meetings so no time to go back and changed, I hope you don't mind" ujar Sophia dengan wajah selamba lalu mencapai napkin yang terdapat di hadapannya lalu di letakkan di atas ribanya.
Seketika kemudian pelayan datang menghidangkan steak yang dipesan di hadapan Sophia dan Daniel.
"Why do I mind, Sop just don't work too hard, share the workload with me, I'm here to help you" ujar Daniel merasa risau melihat Sophia yang terlalu workaholic. Dia khuatir akan kesihatan Sophia. Sophia yang di lihat sekearang seperti dirinya yang dahulu. Terlalu workaholic dan tiada masa untuk menjaga kesihatan.
"I'm so proud of you Dan..you have changed tak seperti Dan yang I kenal dahulu, I really like the new Daniel" ujar Sophia lalu menyandarkan badannya di kerusi merasa gembira dengan perubahan pada diri teman akrabnya.
Daniel hanya mampu tersenyum mendengar komen Sophia mengenai dirinya. Ya, dia akui dia telah banyak berubah sejak di beri peluang kedua. Dia tidak lagi seperti Daniel yang dahulu kerana life is short dan dia tidak mahu merasa menyesal di kemudian hari.
"So, what is your plan now? When is the big day?" ujar Sophia lalu mencapai garfu dan pisau lalu memotong steaknya perlahan. Daniel memberitahunya bahawa dia telah melamar Bella sebelum dia kembali bertugas. Dan Sophia benar-benar merasa gembira dengan perkhabaran berita Daniel sudah bertunang. Namun oleh kerana mereka berdua sibuk sejak Daniel kembali mengambil alih tugas CEO maka dia terlupa hendak bertanya plan Daniel mengenai hari perkahwinannya.
Daniel mengeluh kecil lalu meletak garfu dan pisau di atas meja bila Sophia bertanya padanya bila dia bercadang untuk berkahwin.
"Eh kenapa mengeluh berat macam tu? What happen?" ujar Sophia lalu memandang wajah Daniel bila lelaki itu mengeluh berat begitu. Dia menjadi khuatir tiba-tiba kerana dia tidak tahu kenapa dengan Daniel dia sering merasa takut bila lelaki itu mengeluh begitu seolah-olah dia mahu memberitahunya berita yang tidak menyenangkan.
YOU ARE READING
Not A Usual Luv Story
RomanceDaniel, merupakan typical CEO yang hardworking dan hanya akan berkahwin dengan wanita yang bakal menjadi business partnernya. Tiada cinta hanya cita-cita untuk mengembangkan empayarnya. Namun cita-citanya musnah bila mendapat tahu dia mengidap cance...