Part 65

74 5 4
                                    

EMMA memalingkan badannya ke kanan lalu memejamkan matanya cuba untuk tidur. Namun matanya tidak dapat di lelapkan kerana otaknya tidak berhenti berfikir sedari tadi. Dia masih tidak dapat melupakan pertemuannya dengan Daniel. Jika tadi dia tidak mampu berkata dan bertanya apa-apa pada Daniel, kini dia punya seribu satu soalan yang hendak dia ajukan kepada Daniel. Kenapa lelaki itu meninggalkan dia tanpa sebarang pesan? Apa alasan Daniel untuk berbuat demikian? Emma merasa dia berhak untuk mendapatkan penjelasan dari Daniel. Kerana lelaki itu adalah punca hatinya tertutup untuk bercinta lagi. Dia tidak mengerti mengapa Daniel bersikap sedemikian rupa kerana Daniel yang di kenali seorang lelaki yang tidak akan melakukan perkara yang tidak masuk akal.



Emma mencapai handphonenya bila dia menerima watsapp dari seseorang. Dia menekan icon watsapp.



Are you still awake? Si pengirim kelihatan online. Hati Emma berbelah bagi samada mahu membalas messagenya ataupun tidak. Emma menaip sesuatu.



'Y' balas Emma ringkas.



Boleh jumpa dengan abg?



Emma tidak membalas. Haruskah dia bertemu dengan Daniel?? Adakah perbuatannya itu betul? Liam tidak tahu akan hubungan dia dengan Daniel. Adakah Liam akan menuduhnya wanita bermain kayu tiga kerana melayan abang dan adik? Emma menjadi buntu sendiri. Dia tidak berniat hendak mempermainkan hati sesiapa baik Daniel mahupun Liam. Dia hanya mahukan penjelasan Daniel akan sebab dia berbuat demikian sedangkan lelaki itu tahu bahawa dia suka padanya.



O.K.. Balas Emma ringkas lalu bingkas bangun. Dia mencapai kardigan di atas sofa lalu menyarungkan ke tubuhnya. Dia melirik kearah handphonenya bila menerima pesanan seterusnya dari Daniel. Daniel mahu dia bertemunya di taman yang terdapat di Hotel itu.



****



LIAM menyarungkan sweatshirt ke badannya sebaik sahaja dia mengeringkan badannya. Sehabis sahaja majlis Hayden. Dia meminta izin dari mummy dan keluarganya untuk ke bilik hotelnya awal kerana dia mahu berehat badannya terasa penat dan letih kerana seharian menghadiri majlis. Namun sebaik sahaja dia berada di bilik. Dia mengambil keputusan untuk ke gym Hotel di tingkat 2. Liam menuju kearah balcony yang terdapat di luar gym. Dia mengeluarkan sebatang rokok dari kotak rokok. Liam melemparkan pandangannya kearah taman. Liam mengambil keputusan untuk mengambil angin di taman.

*****



DANIEL segera bangun dari bangku yang dia duduki sebaik sahaja Emma berada di hadapannya. Dia membuahkan senyuman kepada Emma. Wanita itu kelihatan cute tanpa sebarang make-up di wajahnya yang sedia cantik.



"Eh Tak perlu bangun! It's not necessary!," ujar Emma lalu duduk di sebuah bangku di sebelah bangku yang Daniel duduki. Dia sengaja tidak mahu duduk sebangku dengan Daniel kerana dia tidak mahu orang menyangka mereka ada tujuan lain bertemu di taman pada waktu begitu.



Daniel hanya tersenyum mendengar komen Emma lalu duduk di bangkunya semula. Dia mencapai hot chocolate yang di beli di 24hrs starbucks yang terdapat di lobby Hotel lalu menghulurkan kepada Emma. Emma menoleh bila menyedari Daniel menghulurkan sesuatu kepadanya.



"Thanks! Hope it's not coffee!," ujar Emma tanpa mengulas panjang lalu mencapai papercup take away starbucks dari tangan Daniel. Nasib baik Daniel terfikir untuk membeli air panas. Jika tidak menggigil kesejukan dia dibuatnya kerana dingin angin malam.



"Don't worry it's not coffee nanti Emma tak boleh tidur malam pulak!," jawab Daniel lalu tersenyum bila Emma bertanya untuk memastikan bahawa air yang di beli itu bukan air kopi. Dia masih ingat lagi akan air kesukaan Emma. Hot cocoa.



"Do I look worried to you??," tanya Emma dengan wajah selamba. Dia tidak tahu mengapa dia bersikap seperti remaja yang sedang rebel dengan orang tuanya. Dia tidak tahu mengapa dengan Daniel dia akan bersikap begitu sedangkan dengan Liam dia lebih bersikap matang dan tidak ke budak-budakkan.



Daniel tidak dapat menahan diri dari terus tersenyum bila Emma menjawab seperti anak remaja. Apa yang membuatkan Daniel tidak henti dari terus tersenyum kerana dia merasakan perbuatan Emma itu cute pada pandangan matanya.



Emma menoleh kearah Daniel. Perasaan rindu mula menerpa di hatinya. Rindu berbual dan meluangkan masa bersama lelaki itu. Dia tidak tahu mengapa Daniel memutuskan hubungan mereka dengan cara sebegitu tanpa meninggalkan sebarang pesanan apa-apa. Apa alasan Daniel untuk berbuat demikian. Adakah dia telah membebankan lelaki itu maka dia mengambil keputusan sebegitu?



"Emma tak faham mengapa abang pergi begitu sahaja! Emma membebankan abang ke?," ujar Emma tiba-tiba dengan nada sebak. Dia benar-benar tidak mengerti dan mahu Daniel menjelaskan kepadanya agar dia mengerti.



Daniel terdiam seketika bila soalan pertama Emma berbunyi begitu. Daniel tidak merasa terkejut kerana dia sudah menjangka dia tidak akan dapat lari dari pertanyaan sebegitu.



"Maafkan abang Emma. Abang menyangka cara sebegitu adalah cara yang terbaik untuk kita berdua! Abang sedar bahawa abang silap membuat keputusan begitu kerana perbuatan abang telah menyakitkan hati Emma," jawab Daniel lalu menoleh. Dia tidak mengharapkan Emma memaafkannya kerana dia sedar dia telah melukakan dan menyakitkan hati Emma.



"Abang tak jawab lagi soalan Emma. Adakah Emma bertepuk sebelah tangan selama ini? Abang tahu akan perasaan Emma terhadap diri abang. Kenapa abang begitu kejam sekali meninggalkan Emma begitu sahaja??," ujar Emma air matanya mengalir perlahan. Dia tidak dapat menahan air matanya dari mengalir. Dia benar-benar merasa sedih dan marah pada Daniel. Sampai hati Daniel berbuat begitu kerana Emma tidak pernah terfikir Daniel sampai hati berbuat begitu padanya.



Daniel terdiam lagi bila Emma bertanya padanya samada dia membebankannya.



"Berterus teranglah pada Emma abang!," ujar Emma bila Daniel tidak menjawab pertanyaannya.



"Emma masih sayangkan abang?," tanya Daniel perlahan lalu menoleh kearah Emma bila wanita itu mahu dia berterus terang. Daniel tidak mahu memberitahu Emma akan sebab dia berbuat demikian kerana dia tidak mahu wanita itu membuka kisah silam mereka dan bukan kerana dia mahu mengelak dari menjawab pertanyaan Emma. Pada Daniel, itu adalah kisah silam mereka. Daniel tidak mahu memikirkannya lagi. Dan dia mahu Emma jangan pandang ke belakang dan teruskan kehidupannya. Dia tidak mahu Emma terus di belenggu dengan kisah lama kerana tiada apa yang mereka dapat peroleh membuka kisah lama selain dari kecewa dan sakit hati.



"Apa abang cakapkan ni-,"



"Emma tak sayangkan abang??," Daniel mencelah.



Emma terdiam bila Daniel bertanya padanya. Sayang?? Emma menoleh memandang wajah Daniel bila lelaki itu bertanya soalan sedemikian. Adakah Daniel bergurau dengannya setelah apa yang dia lakukan pada dirinya, Daniel masih boleh bertanya samada dia sayangkan padanya? Apa tujuan Daniel bertanya soalan itu tiba-tiba. Adakah Daniel cuba menduga hatinya?



Daniel tersenyum bila Emma tidak menjawab pertanyaannya. Melihat Emma terdiam begitu dia sudah tahu jawapannya dan sememangnya jawapan itu yang hendak dia tahu. Tujuan dia bertanya begitu dia tahu Emma tidak mengharapkan cinta darinya.



****



LIAM menyalakan rokoknya. Liam menyedut rokok asap keluar berkepul-kepul dari mulutnya perlahan. Dia hanya menyedut dua hingga 3 kali sahaja lalu bangkit dari bangku yang di duduki. Dia berjalan menuju kearah dustbin lalu memadamkan api di puntung rokoknya. Dia menyelukkan kedua belah tangannya ke saku seluarnya lalu menuju ke lobby. Sepanjang perjalanan dia menuju ke bilik Hotelnya. Otaknya tidak berhenti berfikir dengan apa yang dia peroleh secara tidak sengaja tadi.

Not A Usual Luv StoryWhere stories live. Discover now